Sarapan Pagi di Dimsum Chabura
11:23 PTG
Kami meninggalkan hotel kira-kira pada pukul 7:30 pagi.
Dalam hati berbisik, sudah tentu penuh restoran yang akan kami tuju sebab sebelum ini memang terbaca dalam blog, kena pergi awal pagi sekurang-kurangnya pukul 7 untuk elak kesesakan pelanggan!
Terbayang di kepala betapa meriahnya dengan kepelbagaian pilihan dimsum di restoran tersebut!
Jom kita cari tuk-tuk!
Eh! Asyik terpandang bas persiaran dari kelmarin petang! Banyak juga bas dari negara kita membawa pelancong datang ke sini.
Sebenarnya hasrat untuk datang ke Hatyai tertunda sejak Tahun Baru Cina yang lepas. Amie ajak Farid datang ke sini temankan, dan sudah bayar deposit untuk trip menaiki bas. Bila Farid terdengar kes-kes pengeboman di Songkla, dia jadi takut. Katanya, tak mahu ambil risiko. Jadi, terbatallah penyertaan dengan sendirinya. Alhamdulillah, rezeki untuk berkunjung ke sini tertunai juga walaupun dalam perjalanan yang agak singkat.
Seperti kelmarin dan sebelumnya sewaktu berada di tanah gajah putih ini, langkah kami pasti diiringi dengan hujan! Kali ini hujan mengiringi kami untuk bersarapan di Dimsum Chabura.
Tambang naik tuk-tuk ke Dimsum Chabura ialah sebanyak 200 BAHT, tapi bila pulang ke hotel bayaran yang diminta 100BAHT pula!
Kami cepat-cepat berlari ke pintu restoran, walaupun pemandu tuk-tuk menghantar kami dengan payung, tapi baju tetap terkena tempias hujan!
Nampaknya di dalam restoran sudah penuh dengan pelanggan!
Rupanya restoran ini ada dua pintu lagi, di bahagian sebelahnya pula! Kami masuk pintu yang pertama. Pintu yang lain kami sedari setelah kami keluar dari restoran tempat kami makan. Di situ pun penuh dengan pelanggan, dan yang memadatkannya tak lain dari orang-orang kita...hiks!
Benda pertama yang kami nampak sebaik sahaja menjejak kaki ke Dimsum Chabura sudah tentunya susunan dimsum yang macam-macam! Macam-macam jenis! Macam-macam bentuk! Macam-macam warna!
Tapi tak berapa sedap hati dengan hanya melihat dimsum yang bersusun itu, sebab restoran penuh sesak dengan pelanggan! Kami masuk ke dalam, dan memang semua meja telah penuh. Kami terlihat sebuah meja yang baru ditinggalkan pelanggan, dan di situlah kami duduk sementara datang pelayan restoran membersihkannya.
Untuk tempahan dimsum ini, kami hanya perlu pilih dimsum yang disukai, dan letak di dalam dulang untuk menanti giliran di kukus. Ada dua nombor yang sama di dalam dulang kami. Satu nombor ditinggalkan dalam dulang dan satu nombor lagi kami bawa ke meja kami. Tujuannya ialah apabila dimsum sudah siap dikukus, memudahkan pelayan restoran membawa ke meja kami dengan hanya melihat nombor di meja kami sahaja.
Oleh sebab terlalu banyak pilihan, sampai tak tahu nak ambil yang mana satu!
Dimsum sedang menunggu giliran untuk masuk pengukus.
Kembali ke meja makan, rupanya masing-masing sudah memesan makanan. Oh! Amie sangka kami bersarapan dimsum sahaja...hiks! Rupanya mereka pesan sarapan berat!
Amie pula sempat capai sebungkus miang kham di pintu masuk restoran. Harganya 50BAHT.
Entah kenapa, tiba-tiba rasa teringin nak cuba hidangan pembuka selera masyarakat Thailand ini!
Jom kita berkenal-kenalan dengan bahan-bahan yang terdapat di dalam bungkusan ini.
Ada daun kaduk.
Ada kacang tanah.
Ada udang kering.
Ada hirisan limau nipis.
Ada cili padi.
Ada hirisan halia.
Ada hirisan bawang.
Ada isi kelapa goreng.
Dan ada sos masam manis.
Bubuh bahan-bahan yang disediakan dan jangan lupa sos masam manis itu.
Bungkus macam nak makan sirih ...ahaks!
Dan masuk mulut!
Kunyah.
Allah!
Nikmat manakah lagi yang ingin kamu dustakan?
Kenapalah selama ini tak tahu betapa sedapnya miang kham?
Nampaknya sarapan kawan-kawan sudah sampai ke meja. Cantiknya nasi lemak versi Thailand! Siap dengan bunga orkid lagi tu!
Tak lama kemudian sampai pula hidangan nasi kerabu Siam dengan lauk daging bakar dan juga ayam bakar!
Biarlah mereka makan dahulu. Makanan yang Amie pesan belum sampai lagi. Baiklah Amie makan miang kham. Sehelai demi sehelai daun kaduk hilang dari pandang. Yang lain tak makan miang kham. Sebaik sahaja Amie makan suapan yang ketujuh, datanglah sarapan Amie ke meja.
Aik???
Sarapan dua menu ke Dik Za Fauzan?
Hahaaa.... ini khao pad kita tau! Pandai dah sebut khao pad. Apa tu? Nasi goreng weh!
Agaknya berapa banyak kuntuman orkid dihasikan untuk dijadikan hiasan makanan ye? Kelmarin nampak banyak orkid di atas buluh, bekas minuman sewaktu berkunjung ke Khlong Hae Floating Market. Untunglah penanam bunga orkid di Thailand ini!
Khao pad ini main-mainkan perasan kita pulak pepagi ini!
Apa tidaknya, terkejut besar kita bila terkorek nasi goreng, rupanya bersembunyi dua ekor udang galah dengan hirisan sotong di dalamnya! Khao pad ini agak berempah sedikit. Harganya 99BAHT=RM13.63sen.
Tidak lama kemudian datanglah dimsum yang kami pilih!
Comel-comelnya jew bentuknya. Taklah besar sangat. Bolehlah setiap sebiji masuk sekali suap.
Marilah kita teruskan acara... pelan-pelan saja. Di luar pun masih hujan.
Selepas makan kami baru tersedar sudah dua kali buat silap!
Pertama, sebelum ke floating market, kami makan berat, jadi tak dapatlah nak merasa banyak jenis makanan di situ.
Kedua, tujuan kami datang ke sini untuk makan dimsum, tapi semuanya 'terlajak' memesan sarapan berat berupa nasi kerabu, nasi lemak dan khao pad.
Alhamdulillah.
Walaupun kekenyangan, tapi masih boleh melangkah keluar.
Bayaran untuk semua menu yang kami pesan ialah sebanyak 646BAHT = RM88.98 sen.
Kita pergi ke Kim Yong Market dekat dengan Lee Garden tu.
Kita cari kacang-kacangan.
Tengahari nanti kita nak gerak dah ke sempadan.
Sekarang dah pukul 10 lebih (waktu Malaysia).
Entri berkaitan Thailand - Hatyai boleh klik di sini:
Bermalam di Genting Hotel Sungai Kolok
Selamat Pagi Negeri Gajah Putih
Train to Hatyai
Aloha Hotel Hatyai
Selamat Petang Hatyai : S̄wạs̄dī txn yĕn thī̀ h̄ādh̄ıỵ̀
Nasi Goreng Sultan
Sepetang di Hat Yai Floating Market (Khlong Hae Floating Market)
Asean Night Bazaar Hatyai
Hatyai Street Stalls
Sarapan Pagi di Dimsum Chabura
Kim Yong Market
Selamat Pagi Negeri Gajah Putih
Train to Hatyai
Aloha Hotel Hatyai
Selamat Petang Hatyai : S̄wạs̄dī txn yĕn thī̀ h̄ādh̄ıỵ̀
Nasi Goreng Sultan
Sepetang di Hat Yai Floating Market (Khlong Hae Floating Market)
Asean Night Bazaar Hatyai
Hatyai Street Stalls
Sarapan Pagi di Dimsum Chabura
Kim Yong Market
3 comments
Huhu...banyaknya makanan.habis ke tu
BalasPadamAidamr,
BalasPadamhabis juga... heheheee.
Rindunya nak makan Miengkam dan jugak dim sum...seronok pi tempat dan makan makanan kat sana...sedap dan banyak pilihan
BalasPadam