Bermalam di Genting Hotel Sungai Kolok
3:41 PTG
Dalam keadaan basah kuyup, kami terus masuk ke lobi Genting Hotel, hotel paling dekat dalam perjalanan kami dari sempadan Malaysia hingga ke sempadan Thailand. Kami mengambil katil dua sebilik dengan bayaran RM110. Ketika itu kami belum tukar matawang, jadi kami bayar dengan matawang RM sahaja.
Dalam kiraan matawang Thailand lebih kurang 800 BAHT.
Perancangan awal Amie dengan Kam sebenarnya, menginap di Rantau Panjang dan keesokan paginya bergegas menuju ke Sungai Kolok. Apa pun idea dari Dik Za Fauzan dan rakannya lebih baik dari perancangan kami. Barangkali memikirkan keesokan pagi tidak perlu kalut untuk melepasi imigresen.
Kami diminta tinggalkan passport oleh petugas kaunter. Bukan semua orang diminta passport, hanya wakil bilik sahaja. Oooo... inilah kali pertama kena serahkan passport ketika menginap di hotel luar negara!
Ketika kami bertanya tentang jadual perjalanan keretapi dari Sungai Kolok ke Hatyai, petugas hotel mengatakan ada kerosakan sedang dibaiki, dan keretapi dijangka akan beroperasi pada esok, tengahari!
Oh! Nampaknya hancurlah segala harapan untuk naik keretapi seawal pagi ke Hatyai.
Kami cepat-cepat nak sampai Sungai Kolok sebab nak kejar masa!
Biasanya orang lain akan naik keretapi pada pukul 9 pagi, tapi kami mahu yang terawal iaitu pada pukul 6.45 pagi! Memandangkan perjalanan yang panjang sekiranya naik keretapi pukul 9, maka akan sampai lewatlah sampai ke Hatyai. Bukan singkat masa yang diambil. Ada yang kata paling kurang 4 jam 1/2 dan boleh sampai mencecah 5 jam juga!
Kata petugas itu lagi, esok pagi bolehlah kamu naik van.
Pukul berapa?
Biasanya pukul 7 pagi.
Tapi bergantung kepada keadaan juga. Kalau van sudah penuh penumpang, memang boleh jalanlah.
Berapa jam?
3 atau 4 jam.
Kami berpandangan.
Tarik nafas dalam-dalam.
Teringat pertanyaan Encik Suami:
Kenapa tak naik kapal terbang ke Hatyai?
Bosanlah. Ke sana sini asyik naik kapal terbang. Nak rasa juga jalan darat, terutamanya keretapi. Nak tengok pemandangan dari keretapi pula!
Huurrmmm.... esok pukul 7 pagilah kita cari van.
Inilah bilik kami berdua dengan Kam.
Agak luas dan selesa juga bilik ini.
Perkara pertama yang kami cari sudah tentunya air mineral. Walaupun hujan tapi haus sebab banyak berjalan.
Setelah bersihkan diri, dan solat... apalagi?
Basah kuyup, berkejaran melarikan diri dari hujan, dan letih menggalas serta menjinjing beg itu sudah cukup lengkap pakej untuk merehatkan diri!
Maka... tidurlah dengan nyenyaknya di negara Ayuthia ini.
Kami pun redha dengan apa yang bakal terjadi walaupun sudah merancang rapi, melepasi pintu imigresen lebih awal tetapi kalau dah tak ada rezeki, nak buat macamana.
Mimpilah kami malam itu, naik van (membayangkan kesesakan duduk dalam van) saja sampailah ke Hatyai.
Pukul 4 pagi terjaga dari tidur oleh bunyi alarm dari HP.
Tutup alarm, dan buka whatsaap, mana tahu ada pesanan masuk dari Dik Za Fauzan sebab sebelum tidur malam tadi sempat tanya : Esok turun lobby kul brp?
Tak ada jawapan.
Melihat Kam masih lena, Amie pun tarik semula selimut.
Tiba-tiba terjaga pada pukul 5:32.
Menyemak semula whatsaap kalau-kalau Dik Za Fauzan tinggalkan pesanan.
Pesanan dihantar pada pukul 5:12.
Salam.
Kak.
Jam 6 kita di train.
6:30 jalan.
Semalam kami pergi tanya.
Boleh dah siap2.
Haaaa????? Apasal lewat sangat bagitau? Tapi di hati penuh teruja sebab ada 'train'.
Ok. Subuh kul brp?
5:52
Naik train?
Ya, kak train.
Ook.
Kami pergi tanya semalam.
Yang modern kul 11 baru ada.
Ni yang jam 6:30 train yang biasa.
(Rupanya lewat malam semalam, mereka berdua pergi sendiri ke stesen keretapi dan meminta kepastian di situ. Alhamdulillah. Panjang juga akal Dik Za Fauzan ye. Disebabkan terlalu letih, masuk bilik terus tidur, dan tak sempat nak hantar pesanan kepada kami!)
(Rupanya lewat malam semalam, mereka berdua pergi sendiri ke stesen keretapi dan meminta kepastian di situ. Alhamdulillah. Panjang juga akal Dik Za Fauzan ye. Disebabkan terlalu letih, masuk bilik terus tidur, dan tak sempat nak hantar pesanan kepada kami!)
Yuhuuuu... train yang biasa itulah yang Amie tunggu! Ada orang kata keretapi klasik, dan ada juga yang kata keretapi kelas kambing. Kambing pun kambinglah. Yang penting dapat pengalaman naik!
Alamak! Dah pukul berapa ni?
Kam! Kam! Bangun! Kita kena turun ke lobby pukul 6 pagi! Sekarang dah 6:35!
Bayangkan betapa kelam kabutnya kami menyiapkan diri pagi itu!
Dan kami tiba di lobi pada pukul 6:05 minit pagi, berasa sudah sangat lewat!
Kami selesaikan bayaran sewa hotel di kaunter dan mengambil semula passport kami. Bayaran yang dikenakan untuk bilik kami ialah sebanyak RM112, lebih RM2. Rupanya kami minum air mineral, dan dikira RM1 untuk harga sebotol.
Tertanya-tanya juga di hati, kenapa tidak terus saja menuju ke stesen keretapi memandangkan masa sudah suntuk. Rupanya, kami salah faham juga! Masing-masing masih keliru. Pukul 6 pagi waktu Thailand bersamaan pukul 5 pagi waktu Malaysia! Untuk sampai ke pukul 6:30 pagi waktu Thailand, kami masih punya waktu lebih satu jam dari sekarang!
Jadi, selepas check out hotel, kami pun berjalan santai-santai sahaja di situ sama ada hendak mencari warung makan dahulu atau tukar matawang. Oleh kerana money changer buka pada pukul 6 pagi, makan kami pun singgah di warung makan dahulu untuk isi perut.
Entri berkaitan Thailand - Hatyai, klik di sini:
Bermalam di Genting Hotel Sungai Kolok
Selamat Pagi Negeri Gajah Putih
Train to Hatyai
Aloha Hotel Hatyai
Selamat Petang Hatyai : S̄wạs̄dī txn yĕn thī̀ h̄ādh̄ıỵ̀
Nasi Goreng Sultan
Sepetang di Hat Yai Floating Market (Khlong Hae Floating Market)
Asean Night Bazaar Hatyai
Hatyai Street Stalls
Sarapan Pagi di Dimsum Chabura
Kim Yong Market
Entri berkaitan Thailand - Hatyai, klik di sini:
Bermalam di Genting Hotel Sungai Kolok
Selamat Pagi Negeri Gajah Putih
Train to Hatyai
Aloha Hotel Hatyai
Selamat Petang Hatyai : S̄wạs̄dī txn yĕn thī̀ h̄ādh̄ıỵ̀
Nasi Goreng Sultan
Sepetang di Hat Yai Floating Market (Khlong Hae Floating Market)
Asean Night Bazaar Hatyai
Hatyai Street Stalls
Sarapan Pagi di Dimsum Chabura
Kim Yong Market
1 comments
Dapat SA bayangkan macam mana kelam kabutnya masa tu....air mineral pun nak kena bayar ye kak..kedekut..
BalasPadam