Bercuti ke Surabaya : Penanjakan - Bromo - Malang (3) : Melihat Bromo Sunrise dari Puncak Penanjakan

9:12 PTG

Rasanya baru saja terlelap!
Jam sudah berteriak menunjukkan pukul 2 pagi! Di luar hujan gerimis. Tak sanggup nak keluar dari bawah selimut. Namun semangat untuk melihat matahari terbit dan segala keindahan di sekitar Gunung Bromo membuatkan Amie cepat-cepat menolak selimut untuk bersiap!
Tak payah mandi lagi! 
Berus gigi, cuci muka dan ambil wudhu'.
Sesiapa yang nak ke Penanjakan, eloklah ambil wudhu' di hotel. Tahan sajalah agar tidak terbatal sehingga menjelang Subuh! Bukan apa, nanti di sana lagi kalut, mana nak ambil wudhu' mana lagi nak berebut tempat solat! Bukan tak ada bilik air, tapi sentiasa dipenuhi pengunjung.

Yang berminat nak tahu catatan Amie sebelum ini bolehlah klik di sini:
Bercuti ke Surabaya (2) : Bandara - Bromo

 Gambar : Google

Inilah misi kami!
Ingin menyaksikan sendiri kemunculan cahaya matahari dari tempat peraduannya! Katanya pemandangan di sini sangat cantik! Beberapa buah gunung menjadi latar belakang pemandangan yang cukup menakjubkan. Kami ingin melihat rupa bentuk Gunung Bromo, Gunung Batok, Gunung Kursi dan Gunung Semeru dari kejauhan. Apakah misi kami berjaya untuk merakam suasana yang ditunggu-tunggu itu? 

Gambar : Google

 Nampaknya Faiz sudah siap sedia di luar biliknya. 

 Jeep kami bersama pemandunya sudah bersedia untuk memulakan perjalanan.

Walaupun pakai baju tebal, pakai gindu tebal... ha ha haaa untuk kurangkan rasa sejuk dan kebas, tapi sejuknya masih terasa hingga ke tulang sum-sum!

 Posing-posing dulu sementara menunggu Nano dan ibunya bersiap.

Adeeehhh! Perjalanan memang sungguh mencabar! Suasana yang gelap menghalang Amie dari melihat jalan yang dilalui, tapi terasa naik turun segala bonggol, lekuk dan lopak! Kenderaan lain atau kenderaan biasa memang 'tak layak' melalui kawasan yang sukar ini! Yang Amie dengar, pemandu jeep kata perjalanan akan sampai ke Cemorolawang! Masa yang diambil selama setengah jam, tapi rasanya macam lebih lama dari itu!
Sebaik sahaja jeep berhenti, datang beberapa orang penjual sarung tangan dan baju hujan.  Akhirnya Amie dan Cikin akur tak dapat melawan kedinginan! Kami beli sarung tangan, dengan harga 5,000 rupiah setiap satu! Sayangnya penjual sarung tangan tidak mempunyai tukaran wang. Maklumlah kami pun tak ada wang kecil, semuanya  kepingan 50,000 dan 100,000.  Wang kecil hanya 5,000 rupiah dan tidak cukup untuk bayar harga dua pasang sarung tangan. Melihat keadaan itu pemandu kami, Hadi Purnomo namanya segera membayar lebihan harga sarung tangan tersebut. Apabila Amie menyuarakan untuk mengembalikan wangnya, Hadi berkata : Usah khawatir ibu. Tidak perlu kembalikan uwangnya. Saya ikhlas.  Amie sangat berterima kasih di atas pertolongan itu.

Haaa....
Orang degilkan!
Kononnya tahan sejuk sebab badan dah cukup comel! Badan banyak lemak boleh tampung sejuk di gunung! Belum pun sampai puncak Penanjakan, sudah mencari sarung tangan! Jadi kalau nak ke sini, dengarlah nasihat orang ha ha haaa.... suhunya 5' Celcius tau!
Kami ditawarkan untuk naik ojek... naik motosikal! Tujuannya agar segera sampai ke atas, dan tak penat berjalan tapi kami menonong jew jalan kaki!

Banyak warung di sini. Semuanya penuh! Masing-masing sedang menikmati minuman panas! Di hujung sekali itulah musolla dan juga tandas. Jangan terkejut sebab di sini tempat solat bercampur lelaki dan perempuan. Pandai-pandailah urus diri dalam keadaan ini.

Ketika kami tiba di situ, azan Subuh berkumandang, entah dari arah mana. Wudhu' masih ada, dan kami cepat-cepat menuju ke musolla. Pada masa inilah Akmi dan Cikin tinggallkan kami untuk membeli baju hujan (Amie dan Cikin belum mempunyai baju hujan) memandangkan gerimis masih belum berhenti. Ketika turun dari jeep tadi, tawaran harga baju hujan hanya 5,000 rupiah tapi bila kami sampai di atas sedikit harganya sudah naik menjadi 10,000 rupiah. Beli sajalah... dah tak ada pilihan dah untuk orang degil...hihihiii!

Perut mula rasa lapar tapi tak berani nak makan. Bukan apa, takut perut tu memulas, maklumlah dah biasa bersihkan perut di Subuh hari!

Kami menapak menaiki anak-anak tangga menuju ke Puncak Penanjakan Bromo. Dapatkah kami menyaksikan pemandangan Bromo sunrise? Apa yang kami rasa ketika itu, hanya suhu yang sangat sejuk serta tiupan angin dengan bunyi deruannya yang menambah kedinginan suasana!

Ramle mengajak kami turun ke tingkat bawah untuk berlindung dari tiupan angin!

Kelihatan beberapa orang penjual bunga mendekati para pengunjung sambil berkata : Belilah bunga abadi. Belilah bunga abadi! Bunga abadi? Nanti kita sama-sama cari info tentang bunga abadi ini ya!


Sumber : http://kantinilmu.com/mitos-bunga-keabadian-edelweis/

Bunga abadi yang disebut-sebut oleh pemuda penjual bunga tersebut merupakan bunga edelweis, iaitu sejenis bunga yang tumbuh di gunung yang tinggi ! Bunga ini mampu hidup lama dan memang sesuailah dengan namanya sebagai 'bunga abadi! Spesies bunga abadi banyak ditemui di daerah pergunungan Jawa, Sumatera Selatan, Sulawesi Selatan dan Lombok.
Nama edelweis juga disebut sebagai everlasting flower yang sebenarnya nama bunga di pergunungan Alps, tetapi di sini nama itu saja jew diguna pakai walaupun bunganya tak sama. Yang sama, jangka hayatnya itu saja.

Ada mitos lain di sebalik jambangan bunga abadi ini. Kalau nak tahu, lebih lanjut bolehlah sembang dengan pak google ye.


 Apa cerita sunrise?
Nampak macam hari semakin cerah!

 Tengoklah... ada yang sampai tertidur menunggu matahari terbit!

Setibanya kami di sini, suasana masih gelap Subuh! Sekarang dah mula nampak satu persatu muka masing-masing! Walaupun basah dek hujan, tapi masih setia menjadi penunggu di situ!



Apa pun... kami kena terima hakikat bahawa kami tidak berpeluang menyaksikan matahari terbit memandangkan hujan dan kabus tebal!

 Tapi kaki tidak juga mahu berganjak meninggalkan puncak Penanjakan!

 Jadi?

 Ambil gambar sajalah dengan latar belakang kabus dan awan tebal yang menutup semua gunung!


Awan nipis awan tebal atau mungkin kabus yang bergerak laju sekejap menutup semua gunung di situ, sekejap membuka sedikit membolehlah gunung mengintai kami....he he heeee!






Memang matahari menyembunyikan diri ketika itu!
Setelah hari beransur siang, dapatlah melihat sedikit pemandangan di kaki gunung!


 Tapi kedinginan masih juga terasa!
Kata Amie : Sejuknya sampai ke tulang sum-sum!
Kata Nano: Sejuknya sampai ke paru-paru!
Sempat rasa kebas hidung...tapi tyak sedar meleleh jugalah air hidung tu huhuhuuu!

 Cikin jugak yang mampu ketawa!

 Orang ramai pun tak mahu berganjak! Nak tunggu matahari terbit memanglah dah tak boleh...

Ahamdulillah... sebelum kaki melangkah turun, sempat juga menyaksikan gunung di sanun mengintai kami!

 Awannya sangat tebal!

Subhanallah!
Walaupun hanya diberi izin-Nya melihat sedikit ciptaan-Nya, tapi cukup rasa takjub melihat gunung-ganang yang sekejap ditutup awan, sekejap menampakkan dirinya sedikit seolah-olah gadis pingitan yang malu-malu untuk membuka hijabnya di hadapan ramai.




 Kami pun dah terjenguk-jenguk ke tangga... dah nak turunlah tu!


 Sempat juga curi-curi tangkap gambar ke bawah Penanjakan.





 Ini sahajalah gambar pemandangan yang dapat Amie rakam.


 Dah sampai masanya untuk bergerak turun!

Hmmmm.. bila tengok gambar di atas tu, ... jangan lupa ikuti catatan seterusnya sebab ada beberapa perkara nak pesan supaya tak rasa terkilan macam kami... hiks! Itu pun kalau Amie tak lupa nak tulislah...ahaks!

 Selamat tinggal puncak Penanjakan!

Antara gunung yang boleh kita lihat dari Puncak Penanjakan ini termasuklah Gunung Jantur, Gunung Bromo, Gunung Kursi, Gunung Batok, Gunung Ider Ider, Gunung Watangan, Gunung Semeru, Gunung Kepolo, Gunung Ayek Ayek, Gunung Jembangan dan Gunung Widodaren serta pemandangan lain seperti Segara Wedi Lor dan Segara Wedi Kidul.
Untuk rasa tidak pulang dengan tangan kosong, Amie pinjam beberapa keping gambar dari Pak Google sebagai kenang-kenangan.

 Gambar : Google

 Gambar : Google

 Gambar : Google 

 Gambar : Google

Gambar : Google

 Kami meninggalkan spot view point sunrise - Taman Nasional Bromo Tengger Semeru.

 Suasana sepanjang perjalanan turun dari puncak Penanjakan.

 Perut yang lapar sudah tentu tak dapat menahan dari menolak aroma jagung bakar!

 Masih lagi memikirkan nasib perut, jadi terpaksa menegakkan keegoan untuk tidak membeli jagung walaupun kawan-kawan berhenti seketika untuk membeli di situ!


 Macam sedap betul Akmi makan jagung bakar tu!

 Amie saja jew buang pandangan dengan merakam suasana di situ supaya tak terpikat dengan jagung bakar!

 Kiri kanan nampaknya penuh orang ramai yang baru turun dari puncak.

 Ojek banyak menunggu di sini untuk membawa sesiapa yang ingin meneruskan perjalanan turun ke bawah.

 Walaaa... orang ni minum panas pulak di sini! Adeeehhhh.... perut oh! Perut!

 Tak boleh jadi!
Sebenarnya perut tu okey... cuma risau sikit jew ... ahaks!

 Nampak pisang sedang digoreng!
Pisang Ambon tu! Wangi!!!!

Hati tak senang dah!
Pandang pulak tong gas yang comel-come!
Tapi nak buat apa tengok tong gas tu?
Takkan nak pikul bawa balik Lahad Datu kot!
Ha ha haaaa...

Oh! Ada tempe baru di goreng!
Di sebelahnya tu kentang tau! Nampak macam kedondong jeruk kan?
Kentang rebus atau kentang rebus kemudian digoreng? Tak tahulah!
yang pasti... Amie tertanya harga tempe goreng tu! 5 keping 10,000 rupiah. Alamak... banyaknya 5 keping!
Beli sekeping boleh?
Boleh...2,000 rupiah saja!

Masha Allah!
Sedapnya!
Serius ...rasanya sangat sedap!
Amie suruh ibu Nano rasa sikit. Memang sedap katanya!
Sayangnya hanya sempat makan sekeping!
Perut pulak okey jew... tak apa-apa pun!
Nak beli lagi tapi dah jauh berjalan tinggalkan tempat itu!
Tanya pada pemandu jeep, katanya di bawah nanti ada tempe goreng juga!
Sayangnya tak sempat beli sebab entah apa benda yang dibuat waktu tu!
Sampai sekarang masih teringat-ingat betapa lazatnya tempe goreng itu!
Jadi, nak pesan sesiapa yang datang ke sini kalau nak makan tempe goreng, makanlah banyak-banyak sebab tak ditemui tempe selazat itu di tempat lain!
Huhuhuuu... barangkali kalau datang lagi ke sini, nak duduk saja depan penjual tempe goreng, mengunyah keping demi keping sampai matahari terbit!

 Warung-warung sentiasa dipenuhi pelanggan! Nampak dari jauh memang ada tempe goreng! Tempe oh tempe goreng!

 Bakso pun ada!
Ini lagi satu masalah!
Aroma supnya menusuk kalbu!

Wah! Berselimut pulak orang tu! Nampaknya satu cara yang baik untuk menahan kesejukan... lain kali bawa selimut atau kain pelikatsaja buat selubung!


 Sekali lagi nak pesan ye... kalau nak beli cendera kenangan belilah di sini! Beli di sini tau! Sebab apa... ha ha ha, nantilah Amie bagi tau! Beli saja dulu di sini. Beli banyak-banyak pun tak apa.

 Ketika kami sampai lebih kurang pukul 4 pagi tadi, tak nampak di mana letaknya jeep kami sebab suasana sangat sesak dengan entah berapa banyak jeep dan juga ojek. 


Sambil mencari jeep kami serta tuan pemandunya, Hadi Purnomo, kami singgah-singgah sebentar di kedai-kedai sebelah kanan perjalanan. Tengok-tengok  apa yang boleh ditengok.


Alaaaa Cikin!
Itu bukan jeep kitalah! Ha ha haaa...

 Jeep kami belum lagi ditemui!




Sempat buang karbon dioksid!
Keluarlah asap!
Tapi tuan kamera tak pandai nak tangkap gambar asap keluar dari mulut!

 Kalau dah asap keluar dari mulut tu maknanya memang sejuk sungguhlah suhu di sini!

 Oh! Mana jeep kami yang dua buah itu?

 Tangkap gambar dululah. di bawah pokok bunga loceng yang besar-besar tu!

 Ojek-ojek ni bawa penumpang turun ke bawah.

 Faiz sedang menghirup udara segar di pagi hari sebelum naik jeep!

 Akhirnya jumpa juga jeep kami. Hadi Purnomo dah pesan, ingat nombor 276!
Yeay...jumpa dah jeep 276!


 Jom balik!
Eh! Balik ke mana?

Bukan balik ke hotel tapi kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya!
Jumpa lagi dalam catatan berikutnya.


Entri berkaitan :

5 comments

  1. Salam, pengalaman yang amat menarik.

    BalasPadam
  2. Ya, sungguh menyeronokkan walaupun tak dapat saksikan sunrise!

    BalasPadam
  3. Maaf nk bertanya, boleh dptkan sya no utk travel yg digunakan? Sya bercdang nk ke sne tpi msih mncrik quote yg trbaek

    BalasPadam
  4. Rina,
    Sesiapa berminat untuk santai-santai mengelilingi Surabaya atau daerah lain di Jawa Timur, bolehlah hubungi Pak Bachtiar (gambar atas). Nombor telefon beliau ialah : 62 852-3164-6669

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe