Bercuti ke Surabaya (11) : Taman Selecta
10:45 PG
Kebun Apel kami tinggalkan.
Dalam hati berkata : Kalau ada rezeki dan kesempatan, akan berkunjung lagi ke sini! Mudah-mudahan. Aamiin.
Kini bas pariwisata menuju ke Taman Selecta yang terletak di Desa Tulung Rejo, Bumiaji, Tulungrejo, Kota Batu, Malang.
Jom masuk!
Di belakang pintu masuk taman ini, sebuah patung besar sedang duduk menyambut kedatangan pengunjung. Melihat kepada kedudukan jari tangan patung itu, Amie rasa ia patung Buddha, berdasarkan pemerhatian Amie sewaktu melawat Candi Borobudur di Jogjakarta beberapa tahun lepas. Sama halnya semasa mengunjungi Air Terjun Grojogan Sewu, terdapat dua patung Hindu / Buddha di tempat tersebut. Sesiapa yang berkunjung ke daerah ini, memang tidak dapat lari dari melihat kesan-kesan dan pertembungan budaya dan agama. Sama seperti ketika berada di Keraton Jogjakarta.
Kalau rajin bolehlah lawat kesemua tempat di atas tu. Ada flying fox, ada kolam renang dan macam-macam lagi. Kalau tak berapa rajin, dan kesuntukan masa seperti kami, lihat-lihat sahajalah persekitaran yang berhampiran. Hari itu hari Jumaat. Sudah menjelang tengahari, dan selepas ini kami nak ke masjid, Faiz nak solat Jumaat.
Besar-besar saiz ikan dalam akuarium di pintu masuk taman.
Nun di atas sana... seekor burung merak sedang bertenggek!
Di puncak sanun pulak, mulut singa sedang menganga nak baham mangsa!
Wah! Kelihatannya seperti berada di Jurasic Park!
Banyak replika haiwan purba!
Si burung merak kian dihampiri.
Lihat dulu pemandangan sekeliling... ada swimming pool.
Tempat ini memang sesuai sekali dijadikan tempat santai-santai bersama keluarga!
Ada restoran yang besar dan cantik!
Namanya pun Restoran Cantik!
Sebelum masuk ke mulut singa, jumpa dulu dengan sang zirafah!
Melihat replika singa ini teringat Kerajaan Singhasari.... belajar sejarah lagi! Singhasari juga disebut Singosari atau Singasari. Banyak ejaan Singosari yang Amie lihat sepanjang jalan di sini. Singa ejaan Melayu, singo pula ejaan Jawa. Kan sebutan Jawa banyak 'o'nya. Gunung Brahma jadi Gunung Bromo. Singa jadi singo! Betul tak? Kan Amie ni keturunan Jawa @ Jowo hohohoooo!
Replika burung merak ini sebenarnya terdiri daripada pelbagai jenis pokoki bunga! Merak memang sinonim dengan penganut Hindu di sini kerana burung tersebut dipercayai menjadi kenderaan dewa perang iaitu Skanda atau Karteya yang merupakan putera Dewa Siwa dan Parwati.
Cukuplah setakat ini dahulu.
Kami tinggalkan tempat ini, dan beberapa minit kemudian waktu Zohor pun tiba!
Entri berkaitan :
2 comments
Seronok lah tempat ni! PH ada baca entri yang lepas pasal kebun epal. Wah, kalau kat sana boleh tanam epal, kat Malaysia pun boleh juga kot.
BalasPadamHe heee.... Cuaca tak sama di daerah ni PH.
BalasPadam