Asam Pedas Ikan Tuna
1:17 PTG
Selamat bertemu kembali, buat pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Terima kasih kerana sudi singgah dan terima kasih juga buat follower baru. Kongsi lagi menu hari ini, dengan Asam Pedas Ikan Tuna. Ikan tuna ini Amie beli 2 kg di pasar ikan Tawau tempohari. Nampak macam okey saja sebab peniaga ikan menyusun hirisan isi ikan tuna. Masa membeli, elok jew tangan peniaga tu masukkan kepingan isi ikan tuna dalam bekas plastik. Sampai rumah, lain pulak yang Amie jumpa. Hirisan ikan tuna hanya beberapa keping, yang lain hanyalah kepingan tulang dan bahagian kepala ikan!
4 keping ikan tuna - anggaran 600 gram
600 ml air
2 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
2 biji tomato - belah 2
7 batang kacang bendi
2 batang serai - dititik
5 tangkai pokok kesum
1 kuntum bunga kantan - belah 2
1 sudu teh lada putih - ditumbuk
garam / perasa pilihan secukupnya
1/2 cawan minyak untuk menumis
Bahan kisar:
20 biji cili kering
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2 cm belacan
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dengan api perlahan. Masukkan serai dan bancuhan pati asam jawa. Gaul sebati.
2. Masukkan air dan biar mendidih dengan api sederhana selama 10 minit atau lebih.
3. Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan serta ikan tuna. Tambahkan lada putih tumbuk.
4. Masak ikan tuna di antara 3 hingga 4 minit dan kemudian masukkan potongan tomato dan biarkan seketika sehingga kacang bendi berubah warna.
5. Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
6. Padamkan api dapur.
Tak perlu masak ikan tuna lama-lama, sebab isinya sudah sedia lembut.
0 comments