Bercuti ke Surabaya : Penanjakan - Bromo - Malang (8) : Bermalam di Hotel Seulawah Grand View
3:34 PTG
Kami menyambung perjalanan ke Malang pula. Sepanjang perjalanan memang mata asyik menyaksikan pelbagai jenis tanaman sayuran, sawah padi, serta kesesakan rumah penduduk di kiri kanan jalan yang sempit. Bagaimanapun, di hati tetap merasa betapa tenang dan damainya suasana kehijauan di sini! Setiap penduduk memaksimumkan pengunaan tanah, sehingga di halaman rumah pasu-pasu dan beg plastik ditanami dengan pelbagai pokok sayuran! Amie tak pandai nak tangkap gambar kerana setiap kali ambil gambar, hasilnya kabur sebab bas sedang bergerak. He he hee... sebenarnya memang tak tahu pun gunakan kamera kecuali tekan butang automatik sahaja! Nak usik butang lain takut lari atau hilang setting!
Perjalanan dari Probolinggo hingga ke Malang menyaksikan betapa suburnya bumi yang kami lawati ini! Teringat pula sejarah sistem tanaman paksa yang dikenakan ke atas penduduk Pulau Jawa oleh penjajah Belanda! Rupanya memang tanah di pulau ini sangat subur! Itu merupakan salah satu sebab mengapa Belanda sanggup bertahan selama 300 tahun mengaut hasil bumi di sini!
Pemandangan sepanjang menuruni lembah dari pergunungan Bromo. Di kiri jalan penuh sesak dengan rumah penduduk, di seberang jalan pula gaung atau jurang dalam. Banyak selekoh jalan yang perlu dilalui.
Walaupun kabur, dapat juga tangkap gambar tanaman pokok kentang. Kalau Pak Bachtiar tidak tanya kami : Itu pokok apa? Kami tidak tahu rupa pokok kentang yang selama ini kita makan? Selain kentang,, lobak merah juga dihasilkan di sini. Kata Pak Bachtiar, itu wortel! Kami kata carrot atau lobak merah. Kobis, pokok bawang besar (leek), pokok kekacang dan sebagainya menambah kehijauan di situ!
Kedudukan rumah, kedai dan bangunan lain sangatlah dekat dengan jalan raya! Rasanya jalan raya yang kami lalui itulah halaman rumah!
Pak Bachtiar menghentikan bas pariwisata di warung Bu Fatimah, sementara menunggu Faiz menunaikan solat. Faiz 'terttinggal' solat sewaktu di hotel, maklumlah waktu yang berbeza dengan tempat kita, ditambah pula Faiz tinggal sendiri di bilik! Sangkaannya waktu solat sama dengan di tempat kita. Di sini waktu solat lebih awal.
Pak Bachtiar pelawa kami makan rengginang.
Cuba lihat selekoh jalan raya di hadapan murid sekolah yang sedang berjalan itu. Tapi kami memang tabiklah sama Pak Bachtiar. Sentias berhemah dalam pemanduan!
Banyak sawah padi sini.
Jadi, setiap kali waktu makan kami berpeluang makan nasi beras tempatan yang lembut dan wangi!
Banyak masjid yang cantik di sini tapi tak dapat ambil gambar penuh sebab kedudukannya yang sangat hampir dengan jalan raya dan rapat pula dengan rumah atau kedai, jadi bentuk masjid sentiasa terselindung!
Walaupun penuh sesak dengan rumah, bangunan dan kedai-kedai, namun tidak semuanya melambangkan kehidupan yang mewah. Banyak bangunan usang dan rumah usang yang dapat dilihat. Barangkali akibat kepadatan penduduk, ada perkara yang tak mampu diurus dengan sempurna.
Banyaklah pulak warung masakan Padang di sini. Walaupun Padang nun jauh di Pulau Sumatera, tetapi masakannya tetap mendapat tempat di Pulau Jawa! Beza bahasa dan masakan, namun tetap menyatukan budaya!
Ikhtiar hidup... penjual jajan! Itu jauh lebih baik dari hanya meminta-minta. Cuma, kalau kita tidak mahu membeli, tolaklah dengan baik. Mereka sekadar mencari rezeki yang halal di muka bumi ini! Di tanahair mereka sendiri.
Ketika kami sampai di tempat penginapan, hari sudah menjelang malam walaupun jam baru menunjukkan pukul 5.30 petang. Gambar di atas merupakan pandangan pertama Amie nampak dari pintu masuk hotel. Berada di sini seolah-olah berada di negara kita sendiri sebab kedengaran pelbagai lagu instrumental irama nusantara berkumandang! Sukanya Amie di sini sebab berasa diri berada di tengah-tengah kehidupan rumpun Melayu!
Ini bilik penginapan kami. Hotel Seulawah Grand View, hotel 3 bintang yang terletak di Jalan Jl. Flamboyan No.11, Songgokerto, Kec. Batu, Kota Batu, Jawa Timur 65312, Indonesia.
Hotel ini okey, cuma airnya saja yang tak berapa okey! Airnya tak kuat. Baru basahkan tubuh sedikit, airnya menjadi perlahan!
Yang berhasrat datang ke sini, eloklah singgah di warung ini sebab selain layanan yang cepat, harganya juga jauh lebih murah. Matawang kita sekitar RM150.00 untuk makan malam itu!
ni pun sedap tapi tak dapat mengurangkan terkilan untuk makan tempe goreng di puncak Penanjakan!
Pak Bachtiar ingin membawa kami jalan-jalan, tapi kami dah tak larat. Semuanya keletihan. Turun di Batu Night Spectacular pun kami hanya ambil gambar saja di luar! Kecapek'an!
Ayoh laaa... balik hotel!
Tempatan sarapan kami di hadapan tu...
Malam tadi dah pesan dengan kawan-kawan supaya turun awal pagi untuk sarapan dn bolehlah bertolak awal untuk ke destinasi seterusnya.
Gunung apa itu?
Kami sekarang berada di Desa Songgokerto, bahagian barat Kota Batu, lebih kurang 45 minit perjalanan dari Kota Malang.
Kami semua sudah bersedia untuk meneruskan perjalanan .
Pagi ini terus check-out hotel.
Sementara menunggu Ramle dan isteri yang masih lagi bersarapan, Amie ambil kesempatan tangkap gambar di sekitar hotel.
Sebenatr lagi kami akan tinggalkan Hotel Seulawah Grand View. Tangkap gambar buah tin dulu. Wokey! Ramlee dah selesai sarapan belum? Oh! Belum lagi... jom tangkap gambar buah tin lagi.
Perjalanan dari Probolinggo hingga ke Malang menyaksikan betapa suburnya bumi yang kami lawati ini! Teringat pula sejarah sistem tanaman paksa yang dikenakan ke atas penduduk Pulau Jawa oleh penjajah Belanda! Rupanya memang tanah di pulau ini sangat subur! Itu merupakan salah satu sebab mengapa Belanda sanggup bertahan selama 300 tahun mengaut hasil bumi di sini!
Pemandangan sepanjang menuruni lembah dari pergunungan Bromo. Di kiri jalan penuh sesak dengan rumah penduduk, di seberang jalan pula gaung atau jurang dalam. Banyak selekoh jalan yang perlu dilalui.
Walaupun kabur, dapat juga tangkap gambar tanaman pokok kentang. Kalau Pak Bachtiar tidak tanya kami : Itu pokok apa? Kami tidak tahu rupa pokok kentang yang selama ini kita makan? Selain kentang,, lobak merah juga dihasilkan di sini. Kata Pak Bachtiar, itu wortel! Kami kata carrot atau lobak merah. Kobis, pokok bawang besar (leek), pokok kekacang dan sebagainya menambah kehijauan di situ!
Tak tahulah sayur apa tu!
Kedudukan rumah, kedai dan bangunan lain sangatlah dekat dengan jalan raya! Rasanya jalan raya yang kami lalui itulah halaman rumah!
Pak Bachtiar menghentikan bas pariwisata di warung Bu Fatimah, sementara menunggu Faiz menunaikan solat. Faiz 'terttinggal' solat sewaktu di hotel, maklumlah waktu yang berbeza dengan tempat kita, ditambah pula Faiz tinggal sendiri di bilik! Sangkaannya waktu solat sama dengan di tempat kita. Di sini waktu solat lebih awal.
Pak Bachtiar pelawa kami makan rengginang.
Sedaplah pulak rasa rengginang ni! Patutlah... rengginang udang!
Banyak sawah padi sini.
Jadi, setiap kali waktu makan kami berpeluang makan nasi beras tempatan yang lembut dan wangi!
Berhenti seketika di di sini.
Hari menjelang senja, tapi Kota Malang belum lagi ditemui!
Banyaklah pulak warung masakan Padang di sini. Walaupun Padang nun jauh di Pulau Sumatera, tetapi masakannya tetap mendapat tempat di Pulau Jawa! Beza bahasa dan masakan, namun tetap menyatukan budaya!
Ikhtiar hidup... penjual jajan! Itu jauh lebih baik dari hanya meminta-minta. Cuma, kalau kita tidak mahu membeli, tolaklah dengan baik. Mereka sekadar mencari rezeki yang halal di muka bumi ini! Di tanahair mereka sendiri.
Ketika kami sampai di tempat penginapan, hari sudah menjelang malam walaupun jam baru menunjukkan pukul 5.30 petang. Gambar di atas merupakan pandangan pertama Amie nampak dari pintu masuk hotel. Berada di sini seolah-olah berada di negara kita sendiri sebab kedengaran pelbagai lagu instrumental irama nusantara berkumandang! Sukanya Amie di sini sebab berasa diri berada di tengah-tengah kehidupan rumpun Melayu!
Ini bilik penginapan kami. Hotel Seulawah Grand View, hotel 3 bintang yang terletak di Jalan Jl. Flamboyan No.11, Songgokerto, Kec. Batu, Kota Batu, Jawa Timur 65312, Indonesia.
Hotel ini okey, cuma airnya saja yang tak berapa okey! Airnya tak kuat. Baru basahkan tubuh sedikit, airnya menjadi perlahan!
Pemandangan dari balkoni hotel.
Esok pagilah kalau nak tangkap gambar!
Sekarang dah gelap, pemandangan tak berapa jelas!
Kami janji pukul 7 malam untuk bertemu di lobby hotel. Perut dah lapar!
Kami nak cari makan di luar!
Nampaknya hanya Akmi dengan Jusna di situ. Yang lain tak nampak batang hidung lagi!
Jomlah turun bawah.
Semua sudah bersedia untuk naik bas, kecuali Ramle dan isteri. Kesian Faiz... menunggu di bawah payung biru!
Manalah Ramle ....
Jomlah Faiz... kita naik bas. Nanti turun juga Ramle tu.
Akhirnya perut yang sangat berkeroncong semakin memperlahankan irama kelaparannya! Pak Bachtiar bawa kami ke Warung Wareq. Dalam bahasa Jawa, wareq membawa maksud kenyang!
Kami makan sambil duduk bersila berhadapan dengan kolam ikan!
Tanpa banyak songel, kami pesan saja Paket Rp. 450,000 untuk 10 orang.
Yang berhasrat datang ke sini, eloklah singgah di warung ini sebab selain layanan yang cepat, harganya juga jauh lebih murah. Matawang kita sekitar RM150.00 untuk makan malam itu!
Yang enak sudah pastinya sambal ulek di atas itu...eh! Betulkah itu sambal ulek?
Dah kenayng... sesi sandar-menyandar pun bermula!
Ayoh laaa... balik hotel!
Pemandangan dari balkoni bilik kami!
Malam tadi dah pesan dengan kawan-kawan supaya turun awal pagi untuk sarapan dn bolehlah bertolak awal untuk ke destinasi seterusnya.
Sedap juga menu sarapan pagi di sini.
Yang seronoknya... sudah tentulah makan pisang rebus!
Ada jagung rebus dan keledek rebus juga!
Kalau boleh semua menu nak dirasa!
Lontongnya sangat lembut!
Sambil sarapan pagi, mata melayan pemandangan indah di luar sana!
Kami sekarang berada di Desa Songgokerto, bahagian barat Kota Batu, lebih kurang 45 minit perjalanan dari Kota Malang.
Kami semua sudah bersedia untuk meneruskan perjalanan .
Pagi ini terus check-out hotel.
Sementara menunggu Ramle dan isteri yang masih lagi bersarapan, Amie ambil kesempatan tangkap gambar di sekitar hotel.
Ini tempat Faiz menunggu Ramle turun malam tadi untuk sama-sama ke Warung Wareq.
Terpikat dengan kuntuman anggerik ungu di pintu masuk hotel!
Akhrnya, berkumpullah semua untuk memenuhkan bas pariwisata.
Selamat tinggal Hotel Seulawah grand View!
Kami teruskan perjalanan lagi...
Entri berkaitan :
0 comments