Tempe & Tauhu Bacem, Sayur Asam & Ikan Panggang

11:08 PTG

Jumpa lagi teman-teman maya. Sambil melapis kek, seminit dua jengah Mr. Lappy untuk kemas kini blog. Kalau asyik melayan kesibukan dengan tempahan kek lapis, memang malaplah dapur maya kesayanganku ini he he heh... orang kata sambil menyelam minum air, tapi kena pastikan kek tidak hangus, Mr Lappy pun taklah bersalut dengan tepung hihihiiii.


Kali ini Amie kongsikan kombinasi hidangan yang boleh dinikmati bersama keluarga sama ada pada waktu tengahari atau malam. Menu ini Amie sediakan untuk makan tengahari kami pada minggu lepas... haaaa dulu Amie pernah kata, Amie tidak suka tunda-tunda resepi takut cerita dah basi, tapi nampaknya semakin hari semakin suntuklah pula masa untuk kongsi hidangan keluarga. Jadi, di kesempatan ini (sebab takut tertidur menunggu kek lapis masak), Amie pilih menu yang ringkas tapi sungguh menyelerakan.... selera kami sekeluargalah ye. Seperti sebelum ini DI SINI, Amie telah paparkan resepi Tempe & Tauhu Bacem yang sangat sedap sebab sebelum digoreng sebentar, terlebih dahulu tempe & tauhu direbus dengan air kelapa! Di bawah ini Amie turunkan kembali resepinya.


Bahan-bahan:
tempe dan tauhu secukupnya - Amie gunakan 12 kepingan tempe & 4 keping tauhu
600ml air kelapa - jika tidak ada boleh juga gunakan air biasa
2 helai daun salam
1 batang serai - dititik
2cm lengkuas - diketuk
1 sudu teh pati asam jawa

Bahan kisar / tumbuk halus:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu makan gula merah - boleh kurangkan/ tambah untuk cita rasa masing-masing
1 sudu teh ketumbar
2 biji buah keras
sedikit garam

Cara:
1. Campurkan kesemua bahan tumbuk, serai, lengkuas, daun salam dan pati asam jawa ke dalam periuk berisi air kelapa.
2. Masukkan tempe dan tauhu. Didihkan di atas api sederhana.
3. Biarkan kesemua bahan meresap ke dalam tempe & tauhu sehingga rebusan mula mengering.
4. Panaskan minyak dalam kuali.
5. Goreng tempe & tauhu, tetapi jangan sampai kering. Goreng sekejap saja.
6. Angkat dan toskan.



Selain Tempe & Tauhu Bacem serta sambal belacan, Amie cuba gandingkan dengan Sayur Asam. Sebenarnya Sayur Asam Amie ini tidak lengkap kerana ketiadaan beberapa bahan seperti  daun melinjo dan buah melinjo, tapi Amie buat juga menggunakan beberapa bahan yang ada dan yang penting Sayur Asam ini hendaklah ada terasa sedikit rasa masam dan manis. Rasanya kalau nak makan daun & buah melinjo terpaksalah tunggu balik Selangor hujung tahun nanti, bolehlah petik buah & pucuknya yang rimbun di belakang rumah Bonda. Untuk resepi Sayur Asam ini Amie ambil dari buku masakan Koleksi Sajian Indonesia oleh Veleria S. Wangunsaputra.

Resepi : Sayur Asam
Sumber : Koleksi Sajian Indodesia : Veleria S. Wangunsaputra

Bahan-bahan:
1biji labu siam - potong dadu
1 biji terung - potong kecil & RENDAM DALAM AIR
1 bungkus buah melinjo
1 ikat daun melinjo - buangkan batang
50 gram kacang tanah - rendam dalam air
5 batang kacang panjang - potong 1 cm
1 biji jagung manis - potong ukuran kecil
2 cm lengkuas - ketuk
3 helai daun salam
1 sudu besar asam jawa - rendam dengan sedikit air
1 sudu teh gula 
1 liter air

Bahan kisar halus :
5 biji bawang merah
1 sudu teh belacan
2 biji cili merah
1/2 sudu teh garam

Cara:
1. Didihkan air lalu masukkan kacang tanah dan jagung manis, masak sehingga matang.
2. Masukkan bumbu kisar kemudian labu siam, buah melinjo, lengkuas dan daun salam.
3. Masak sehingga mendidih kemudian masukkan kacang panjang, daun melinjo dan air asam jawa.
4. Sup hendaknya terasa sedikit masam dan manis.


Untuk resepi Ikan Panggang pula, Amie gunakan ikan pari dan panggang cara ringkas dengan hanya melumurkan garam dan kunyit saja. Kemudian bakar dalam oven! Siaplah hidangan yang bagi Amie cukup menyelerakan sebagai sajian tengahari! Jumpa lagi....


7 comments

  1. saya sungguh teringin untuk makan ikan yang Amie buat tu.nampak sedap..

    BalasPadam
  2. Amie..kalau ummi bertandang rumah Amie,takyah susah2,masak lauk ni je ye, hehehe..

    BalasPadam
  3. sedapnya amie.. tempe tu mmg feberet madihaa..

    BalasPadam
  4. Ermm sedap nyer Amie cuma D5 xmakan ikan pari jer :)

    BalasPadam
  5. rajin buat kek lapis...masak pun rajin. kalau sy ni rajin apa la agaknya...????

    BalasPadam
  6. sdpnye...sy rs tempe bacem ni mesti sama dgn yg kt restoran ayam penyet AP tu kan? sy tertanya2 ape bhn perap yg diletak coz sedappp sgt..xcukup mkn kt situ..satu hdgn dpt seketul kecikkk aje..nk try wat sdri..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe