Ikan Bolu @ Milkfish Rebus Kunyit, Peria Masak Tumis & Sambal Tomato
6:33 PTG
Hari ini lauk antara pedas dan tak pedas weh! Ikan Bolu @ Milkfish Rebus Kunyit tapi bubuh juga cili padi. Boleh picit-picit untuk rasa kepedasannya, maklumlah kalau diketuk atau ditumbuk lebur dalam periuk, rasa pedaslah kuahnya. Nanti ada yang tak mahu makan pulak! Lepas tu tumis peria pulak. Tumbuk kasar beberapa biji cili padi dengan udang kering ... ada rasa pedas jugalah walaupun gunakan cili padi minyak. Dan Nak pedas lagi? Boleh saja.... sediakan sedikit Sambal Tomato. Siap. Bolehlah dihidangkan.... dan seperti biasa Amie sajikan hidangan ini merangkap makan tengahari & malam, maklumlah hampir pukul 4 petang barulah siap memasak setelah berkejar pulang dari kerja.
Nampak saja ketiga-tiga lauk di atas menggunakan cili padi, tapi pedasnya taklah sampai terjelir lidah macam tergigit cili padi burung tu!
Ini Ikan Bolu @ Milkfish Rebus Kunyit. Amie namakan begini sebab selalu terjumpa menu begini di mana-mana kedai makan. Siap dengan cili padi sebiji-sebiji lagi tu. Biasanya ada serai saja, tapi tangan Amie saja gatal petik daun limau purut nak bagi aroma Ikan Bolu Rebus Kunyit ni tambah menyengat! Sebenarnya bau serai yang dititik saja pun dah cukup, apalagi kalau ditambah dengan kunyit hidup... haaaa kalau nak sedap kenalah gunakan kunyit hidup, memang aromanya berbeza jika kita gunakan serbuk kunyit. Tapi kalau tak jumpa kunyit hidup, kunyit serbuk pun boleh, tak menyalahi undang-undang pun.
Sebenarnya dah banyak kali tayang resepi ini, tapi nak buat tayangan lagi untuk kali yang entah ke berapa, sebab suka ikan ini, dan suka sangat masak cara begini! Ringkas, mudah, cepat siap dan yang penting sihat berkhasiat!
Resepi : Ikan Bolu @ Milkfish Rebus Kunyit
Bahan-bahan :
1 ekor ikan bolu - bersihkan dan potong 5
2 batang serai - dititik
5 helai daun limau purut
1 labu bawang besar - mayang kasar
10 biji cili padi minyak - buang tangkai
1-2 keping asam gelugur
2 biji tomato - belah 2
garam / perasa pilihan
800ml air
Bahan tumbuk:
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 inci kunyit hidup
Cara:
1. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan semua bahan tumbuk bersama serai, bawang besar, dan asam gelugur dan cili padi minyak.
2. Setelah mendidih, masukkan ikan dan biarkan hingga masak antara 5-7 minit.
3. Masukkan daun limau purut dan tomato.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
5. Padamkan api dapur.
Sementara menunggu ikan masak di dalam periuk, mari sediakan bahan untuk sayur pulak. Lama tak makan peria. Memang Amie suka peria, dan rasanya taklah sepahit mana. Amie suka makan peria sebab boleh bantu bersihkan dan cuci perut kita!
Resepi : Peria Masak Tumis
Bahan-bahan:
1 biji peria - belah 2, keluarkan biji dan hiris nipis atau tebal ikut citarasa
1 biji telur - pukul ringan dan ketepikan
garam / perasa pilihan
minyak
Bahan tumbuk kasar :
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu makan udang kering - rendam seketika
7 biji cili padi minyak
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis semua bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan peria dan gaul rata.
3. Masukkan garam / perasa pilihan. Sebatikan.
4. Tuangkan telur secara merata di atas tumisan peria. Biarkan seketika.
5. Gaul sekali lagi.
6. Padamkan api dapur.
Tak lengkap rasanya kalau tak ada sambal, walaupun dah ada cili di dalam kedua-dua menu tapi .... he heheh nak buat Sambal Tomatolah pulak.
Resepi : Sambal Tomato
10 biji cili padi minyak
1 biji tomato merah - buang kulit dan potong dadu / cincang
1/2 labu bawang besar - mayang halus
1 keping belacan sebesar ibu jari - digoreng
3 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
Cara:
1. Tumbuk cili padi bersama belacan, garam / gula / perasa pilihan.
2. Masukkan bawang besar dan tomato. Lenyek dengan alu lesung hingga separuh lunyai.
3. Perahkan jus limau kasturi.
4. Sedia untuk dihidangkan.
8 comments
suka makan milk fish ini walupun banyak tulang nya, sayang dui kch ngga ada ikan bandeng ini.. huhuhu
BalasPadamtumpang makan yah di rumah kak Amie... hehehe
hai Mie, aduh semua nya buat akak tergoda lah dengan milkfish nya, peria nya yg pahit2 gitu dan sambal tomat waduh2 mmg kena dah tu
BalasPadamMelly,
BalasPadamjadi inilah ikan bandeng yah...
Kak Noor,
khasiat peria tu yang buat kita rasa berselera nak makannya kan kak.
Sy suka peria tu kak...mmg sedap goreng cmtu...:-)
BalasPadamK.amie, bila tuka template blog ni....merah menyala gitu...:-)
eh eh.... ada orang cat rumah baru ya... terkejut tadi tengok merah menyala... :) hujung minggu lepas saya pi tesco baru la nampak camana rupanya milkfish tu... pasti sedap kan
BalasPadamsalam Amie...punya la lama tak dtg sini..dah cantik 'blog' Amie..merah gitu!
BalasPadamKlu kat umah atie mmg semuanya msknnya pedas2!!
ooo Kak Amie...
BalasPadamsambal tomato...tumis peria...n ikan bolu kegemaran gue...mari sini...lapar ni..
Salam
BalasPadam