Kari Ayam Beryogurt
8:01 PTG
Selamat berhujung minggu dan selamat bercuti sempena Hari Malaysia pada 16 September 2013 esok. Nampaknya malam ini Amie perlu menyiapkan satu lagi tempahan ABC : American Brown Cheese Cake, tapi terpaksa menangguhkan tempahan 2 biji Kek Lapis Cheese Masam Manis pula. Nak tidur awal sikit, sebab esok pagi ada program jalan-jalan cari angin.... he he eheh nak makan angin, tapi sebelah petangnya pula kenalah siapkan kek lapis sebab hari Selasa Mr. Lee nak ambil.
Hari ini Amie sempat hidangkan Kari Ayam Beryogurt untuk keluarga kecil kami. Bukan main suka anak-anak kami bila terbau masakan kari dari dapur. Bila dihidangkan masing-masing mengatakan... sedaplah Mummy! Amie jawab : Mummy bubuh yogurt.... Anak-anak terus menyahut : Ohhhh... patutlah sedap!
Betul ke sedap kalau bubuh yogurt? Entahlah, Amie main bantai saja, ikut sedap rasa dan bubuh bahan yang ada di dapur.
Amie gunakan serbuk kari Alagappa's. Pada Amie serbuk kari ini sudah cukup 'menyengat' dengan segala rempah-rempahannya! Dan Amie masak pun ikut resepi yang tertulis di belakang bungkusannya, dengan sedikit pengubahsuaian dan tambahan yogurt itu ikut kepala Amie sendiri.
Resepi : Kari Ayam Beryogurt
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 kg daging ayam - potong 10 keping
80 gram Serbuk Kari Alagappa's
4 biji ubi kentang - dipotong 1/4
2 biji terung - belah 2 & potong 3
2 cawan santan pekat
2 cawan air
4 biji tomato - cincang
5 camb minyak
garam / gula / perasa pilihan
5 sudu makan yogurt
Campuran A: ditumbuk
5 biji bawang merah dan 2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4cm halia
Campuran B:
1 kuntum bunga lawang
6 cm kulit kayu manis
4 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga - ditumbuk
daun kari
Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng Campuran B selama 1/2 minit.
2. Masukkan Campuran A dan goreng hingga berbau wangi. Kemudian masukkan daun kari tomato cincang.
3. Masukkan daging ayam dan gaul sebati. Tambah air dan biarkan masak selama 15 minit.
4. Selepas itu masukkan Serbuk Kari Alagappa's, dan kentang serta santan.
5. Masak dengan api sederhana sehingga daging dan kentang empuk. Masukkan terung.
6. Tambahkan yogurt, garam dan gula.
7. Padam api dapur dan sedia untuk dihidangkan.
Lauk tambahan.... Acar Mentah & Sambal Belacan.
Bismillah....
3 comments
salam kak amie..
BalasPadamem, Nampak menarik kari ayam ni sebab ada penggunaan yogurt..mesti tambah sedap kan..
Salam K.Amie....
BalasPadamWahhh rajinnya masak kari...
Uiii! Tentunya menjilat jari ni :)
BalasPadam