Ayam Ungkep
9:34 PTG
Ringkas tapi sedap dan memang menyelerakan! Itulah Ayam Ungkep.... masakan tradisi orang kampungku nun di Bukit Hijau sanun! Daku membesar bersama Ayam Ungkep... hidangan yang dirasakan sungguh istimewa untuk dinikmati di hari-hari perayaan dan juga majlis kendur-kendara di kampung.
Entah kali keberapa Ayam Ungkep ini menjadi hidangan dalam Amie's Little Kitchen! Apa pun, untuk tatapan rakan pengunjung, generasi akan datang, Amie paparkan juga resepinya untuk kesekian kalinya di bawah ini. Boleh juga klik DI SINI.
Resepi : Ayam Ungkep (Masakan tradisi masyarakat Jawa di Kampung Bukit Hijau, Jeram, Selangor)
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1kg daging ayam - potong 8 - lumur dengan sedikit garam & kunyit - perap seketika
2 batang serai - dititik
3 cawan air
minyak
garam / gula / perasa pilihan
2 helai daun salam - saja Amie tambah, sebenarnya orang kampung kami tak gunakan daun salam
Bahan tumbuk / kisar:
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
sejemput ketumbar biji
sejemput jintan manis
sejemput jintan putih
3 cm kunyit hidup
3cm halia
15 biji cili padi
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan serai ( dan daun salam) dan daging ayam dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna.
3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan.
4. Tutup kuali rapat-rapat.
5. Kacau sekali-sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.
6. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api.
Yang dinamakan 'ungkep' itu ialah semua bahan termasuk garam dan gula hendaklah dimasukkan bersama menjadi satu supaya mesra dalam keadaan 'diungkep nang njero wajan!
Kalau ingin benar-benar menikmati kelazatan Ayam Ungkep, makan dengan nasi panas tanpa lauk-pauk yang lain! Tapi ingat, jangan sampai lupa diri pandai-pandai menambah nasi... tambah sekali dua tak apa, tapi kalau dah sampai 4-5 kali tu Amie tak bertanggungjawab ke atas resepi Ayam Ungkep ini tau..... hiks!
7 comments
salam kak amie..
BalasPadamserius nampak sedap la ayam ungkep tu..
Salam Amie,
BalasPadamMemalam singgah sini, tak tahan tengok ayam ungkepssss.....
Suka tengok kek lapis hasil air tangan Amie, kemas dn rapi.
slalu dgr....tp x pnah rasa la k.amie....
BalasPadamAMIE NI RAJIN SANGAT, SELALU BER UNGKEP YER.. ALASAN BER'ANAK KECIK TIDAK LAGI RELEVAN UNTUK PARA IBU BERAKSI DI DAPOR.. KAN
BalasPadamNampak sedap, kak Zai suka masakkan yang pedas2.
BalasPadamSalam. Saya Amir dari iluminasi[dot]com. Saya ingin memohon keizinan puan untuk berkongsi sebahagian info dalam artikel ini.
BalasPadamResepi tidak akan diambil. Namun, kredit dan link kepada resepi puan akan diberikan.
Puan boleh melihat artikel tersebut di sini: https://iluminasi.com/bm/resepi-ayam-ungkep-versi-jawa-johor.html
Jika puan mahu saya membuang kandungan yang diambil, boleh hubungi saya dengan kadar segera di amirwrites_271@yahoo.com.
Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai :)
Amir,
BalasPadamsaya izinkan, tq.