Nasi & Ayam Panggang Rosemary
3:48 PTG
Assalamualaikum.
Selamat Hari Pekerja buat semua ... tidak kiralah yang makan gaji, bekerja sendiri... dan yang sedang bercuti bekerja .... termasuk Amie sendiri yang ambil cuti selama 3 bulan! Wokey... paparan ringkas Amie hari ini sudah tentunya hidangan tengahari kami sekeluarga dan serba sedikit tentang cerita yang berkaitan dengannya.
Hari ini Amie hidangkan Nasi & Ayam Panggang Rosemary. Sebenarnya Amie hendak buat Ayam Panggang Rosemary pada 21 Mac 2012 sempena pengumuman keputusan SPM 2012 si Abang, bujang sulung kami. Ketika keputusan dibawa ke sekolah, pada masa yang sama Amie masuk ke wad bersalin. Kebetulan pula pada masa tersebut kawalan di hospital sangat ketat disebabkan kerja-kerja bedah siasat mayat-mayat pengganas Sulu yang terletak bersebelahan wad bersalin, jadi pelawat yang masuk juga dihadkan kepada seorang sahaja! Kasihan anak-anak... terpaksa tunggu di luar, dan hanya Encik Suami sahaja yang masuk. Apa yang tak dapat Amie lupakan ialah Abang mengirimkan slip keputusan SPMnya melalui Encik Suami untuk dibawa ke wad..... Dan tertundalah hasrat Amie untuk menjamu seisi keluarga dengan Ayam Panggang Rosemary kesukaan anak-anak untuk meraikan kejayaan Abang. Namun begitu, seminggu kemudiannya kami mengadakan majlis kesyukuran sempena majlis aqiqah Mohamad Firdaus, sekaligus majlis untuk Abang sekali.
Alhamdulillah... hari ini kami sekeluarga dapatlah menjamu selera dengan hidangan kegemaran ini, dan bukan sahaja untuk meraikan kejayaan SPM Abang yang tertunda 40 hari lamanya, tetapi juga kerana Abang akan mendaftar bagi mengikuti Program Matrikulasi Jurusan Sains di Kolej Matrikulasi Cawangan Labuan pada 19 Mei 2013 ini.
Untuk resepi Ayam Panggang Rosemary, bolehlah rujuk DI SINI.
Resepi : Rosemary Grilled Chicken
Sumber : DAPUR IBUNDO & Wana - POTRET KASIH
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - guna peha ayam pun boleh
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar (bundo ganti dengan rempah allspice)
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa - guna kiub ayam dihancurkan (bundo guna serbuk pati ayam knorr)
2 sudu besar jus limau- guna limau nipis (bundo guna lemon)
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang - Amie tambah menjadi 10 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot-guna karot biasa dibelah pun boleh
sedikit mentega - untuk sapu atas ayam
Cara:
1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam. (Bundo masukkan dalam bessen dan tutup dengan foil)
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.
Pesan Ibundo:
Bila ayam itu dipanggang, ia akan mengeluarkan banyak air. Jangan dibuang. Bundo gunakan air ayam yang penuh dengan rempah ratus itu sebagai sosnya. Masukkan air ayam di dalam periuk dan tambah dengan satu atau dua sudu besar tepung jagung. Masak sehingga kuah pekat.
Untuk resepi Nasi Ayam pula, boleh klik DI SINI.
Idea dan Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi - rendam selama 10 minit dan kemudian basuh bersih
3cm halia - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan serbuk pati ayam Maggie
1 helai daun pandai - siat dan simpulkan
air secukupnya - anggaran 1:1.5 (1 cawan beras = 1.5 cawan air)
Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam rice cooker.
2. Tekan suiz memasak dan jangan dibuka sehingga nasi masak dan kering.
Abaikan kecacatan rupa Ayam Panggang Rosemary di atas itu ye... sebab Amie main cabut saja bahagian peha! Abang memang suka sangat makan Ayam Panggang Rosemary. Walaupun Amie masak nasi ayam, tapi Abang hanya makan ayam panggang dan kentangnya sahaja. Apa pun, akhirnya habis licin semua nasi ayam dan Ayam Panggang Rosemary bersama kentangnya sekali!
Nampaknya hanya tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi untuk Abang membuat persiapan sebelum berangkat ke Labuan...... Entahlah! Hati ini sering sahaja rasa sayu... dan tak semena-mena selalu mengalirkan air mata mengenangkan saat itu... saat Abang tiada di sisi kami untuk beberapa waktu kerana menyambung pelajaran. Apabila menatap wajah Mohamad Firdaus... baru Amie tersedar, Abang bukan lagi kanak-kanak sekecil Firdaus yang baru berusia 40 hari dan perlu diawasi setiap waktu. Sudah tiba saatnya Abang berdikari... berjauhan dari kami walaupun sebenarnya di hati ini sarat dengan kerisauan dan kebimbangan bila mengenangkan Abang di tempat baru, dengan situasi baru dan jauh beratus kilometer dari kami! Oh! Tuhan... berilah aku ketabahan!
9 comments
Salam k.amie......huhu!!!!sedapnye
BalasPadamwahhh tahniah utk abang sbb nak sambung belajar tu..
BalasPadamamie.. lama nye cuti.. i jeles hokehhh!!.. :P
nani belum penah wat ayam panggang lagi... nanti leh try wat yg ni.. sbb rata2 yg wat mmg menduga iman.. terliur wooooooo!!
Selamat hari pekerja juga buat amie walaupun tengah bercuti.. baby sihat? mana gambar baby?
salam kak amie,
BalasPadamnampak nasi ayam tu perut ni jadi lapar pulak..heheh..
assalam kak amie...wah sangat meggiurkan itu ayam tergolek...sedapnya set nasi ayam keni rojes dia...rajinnya kak amie..walaupun ngan baby tecik tuh...mesti baik sangat baby boy tuh
BalasPadamsedapnyerr...perut dah lapar..huhuuh
BalasPadamTiba tiba teringin nak masak nasi ayam pulak.
BalasPadamHaish kak..tergoda..lg2 tang kulit..huhu
BalasPadamsalam Mie lapar lah malam2 ni tengok nasi tu kalau dpt makan mmg naik berkilo2 ni esuk lusa nak buat lah..
BalasPadamtahniah buat si abang...sedap semua ni..sedap lagi kalau dapat makan yg amie masak..hehe
BalasPadam