Awan Kelabu di Kundasang
5:21 PTG
Assalamualaikum.
Petang ini terasa dingin sekali... kalau boleh nak tidur saja! Tapi layan dulu entri merepek di bawah ini ye... Kononnya nak ambil gambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu tapi disebabkan kabus tebal, walaupun pukul 12 tengahari, gunung penuh misteri ini terus diselimuti awan kelabu! Mendung rupanya!
Apasal pulak melalut cerita dari Kundasang tanpa mukadimahnya. He he ehh... seawal pukul 6 pagi tadi, kami bertolak dari Lahad Datu. Oleh kerana kami bawa Firdaus, jadi Encik Suami tidaklah memandu laju.
Sepanjang perjalanan... Firdaus asyik tidur! Tapi sesekali meraung kuat sebab badannya berpeluh! Dalam kereta berhawa dingin pun boleh berpeluh-peluh! Ini mesti banyak lemak dalam badannya yang bam bammmm tu!
Ketika kami berhenti rehat untuk makan tengahari di Kundasang, Firdaus tetap lena. Sebelum itu kami berhenti berhampran Pine Resort sebab si kecil ini meraung-raung! Rupanya belakangnya basah berpeluh. Jadi, selain tukar lampin, tukar bajunya sekali. Sekarang pakai baju lubang-lubang tak berlengan dan berseluar pendek tapi tangan & kaki tetap bersarung.
Perjalanan diteruskan. Nampaknya terpaksa meredah jalan berkabus... pukul 3 petang barulah kami sampai ke Kota Kinabalu dan terus menuju ke Condotel Seapark, Tanjung Aru. Di sinilah tempat penginapan kami setiap kali datang ke Kota Kinabalu. Awal pagi esok kami akan bertolak ke Menumbuk untuk menaiki feri ke Labuan.
Pukul 11.30 pagi dijangka akan naik feri selama 2 jam ke Labuan. Ni sebab nak hantar bujang sulung kami untuk daftar program matrikulasi pada 19 Mei, hari Ahad. Jadinya, ambil kesempatan jalan-jalan ke Labuan. Tu pasal Encik Suami bawa kereta sekali naik feri, sebab katanya kalau hantar naik kapal terbang susah nak ronda-ronda Labuan atau pun Kota Kinabalu.
Cerita tentang Gunung Kinabalu... daku teringat lebih 20 tahun lalu... puncak Kinabalu telah berjaya kutawan! Gambar di atas tu, gambar Amie menggigil sejuk di puncak gunung! Tu .. pakai baju 7 lapis tau!
Jadi... entri kali ini nampak sangat melalutnya, tak padan dengan tajuk, tak sesuai dengan suasana penceritaan... agaknya kepala Amie tengah tak berapa betul ni. He he ehhh.... lepas ni nak ronda-ronda KK...jom ...jommmm ada yang nak ikut?
6 comments
Assalam amie, ni kiranya sambil menyelam minum airla, best juga mcm ni, perjalanan jauh memang best la jalan2 tu.
BalasPadamBestnya amie pernah sampai ke puncak kinabalu tu, teringin juga nak kesana, tapi rasanya tak larat nak sampai atas nunn
setiap kali balik ke Ranau mesti nak singgah kat Kundasang..hehehe
BalasPadamcomeynye baby akak,
BalasPadamwahh akak dah tawan puncak kinabalu :)
Semoga bujang sulung terus maju jaya. Cute betul si cilik tu. Beritahu dia, Embah Temuk kirim salam dan kirim pesan untuk bondanya, usah jadi kepingin manjat Kinabalu lagi, hihihi.
BalasPadamAyah sangat teruja dengan Kundasang yang sejuk nyaman itu walaupun baru sekali kesasar ke situ. InsyaAllah akan sampai ke sana lagi!
Amie..dah berjalan jauh Firdaus ye,bestnya kecik2 dah dapat ambik gambar background Gunung Kinabalu.Geram tengok Firdaus yang lena tu, rasa nak cium2 je.
BalasPadamTahniah buat bujang sulung Amie, moga terus cemerlang.Nanti pasti Amie akan rindu-rinduan.
Hebat lah Amie berjaya menawan gunung kinabalu. Kita angkat bendera putih
BalasPadam