Mari Berkenalan Dengan Buah Asam Gelugur
7:28 PTGAssalamualaikum.
Sumber : Google
Ada yang belum berkenalan dengan buah asam gelugur? Ia seakan-akan buah manggis, terutama pada bahagian tampuknya. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan kuning keemasan bila sudah tua. Biasanya ia dijadikan asam keping ketika masih berwarna hijau ataupun kuning. Sekiranya buah itu masih berwarna hijau, asam keping akan rasa sedikit kelat selain masam. Orang Melayu biasa menyebutnya sebagai asam keping atau kayu gelugur. Dalam bahasa Inggeris pula disebut gandarusa. Selain di negara kita, pokok asam gelugur juga banyak tumbuh di Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, Myanmar, Indonesia, Filipina dan India.
Daun dan bunganya terasa lemak, sedikit masam manis dan kelat! Buahnya? Sudah tentu sangat masam! Tapi... biarpun masam, asam gelugur mempunyai pelbagai khasiat. Buah ini dikatakan mengandungi asid sitrik, asid tartarik, asid malik, asid askorbik yang berperanan sebagai anti bakteria, asid hidroksisitrik, flavonoid, serat, vitamin dan mineral, manakala daunnya pula mengandungi serat, karbohidrat, alkoloid, vitamin dan mineral.
Bila kepingan buah yang disagat dijemur, ia bertukar menjadi warna coklat seperti mana yang dijual dikedai. Proses menjemurnya memakan masa hampir seminggu hingga 12 hari untuk mendapatkan hasil asam keping yang baik.
Apa khasiat asam gelugur?
1. Amalan memakan daun, bunga atau buah asam gelugur dikatakan dapat menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung.
2. Buah, bunga dan pucuknya boleh bertindak sebagai antioksidan dan boleh membuat pengamalnya kelihatan sentiasa awet muda, dan menggalakkan selera makan. Pucuk mudanya enak dimakan dengan budu, cencaluk dan sambal belacan.
3. Asam gelugur boleh dibuat jus minuman dan dapat membantu mengurangkan kolesterol dalam badan.
4. Air rebusan asam gelugur boleh diminum untuk meredakan demam panas.
5. Kepingan asam gelugur yang lembut selepas direndam boleh melegakan kesakitan gusi sekiraya dtampal atau diselitkan di celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10-15 minit.
Buah asam gelugur yang telah siap diproses sering dijadikan bahan perisa dalam masakan Melayu serta dijadikan bahan untuk menghilangkan rasa atau bau hanyir yang terdapat pada ikan atau daging.
Asam gelugor kering digelar asam keping dan sering digunakan penambah rasa kemasaman dalam masakan. Antara masakan popular yang memerlukan asam keping ialah seperti masakan asam pedas, masak lemak cili api, masak singgang dan segala jenis masakan lain. Asam keping ini mengandungi bahan asid hidrositrik dan boleh menggantikan asam jawa.
Sumber:
Majalah SAJI November 2012
4 comments
tepi rumah mak wc ada pokok gelugur ni.dulu selalu juga tolong mak hiris buah gelugur untuk dijemur buat asam keping.
BalasPadamsuka asam gelugor..
BalasPadamsedapnya kak :)
Oohh..ni ke buahnye? xpnah nmpak..
BalasPadamheheh;)
dekat mana ye ade jual buah asam gelugur ni ??
BalasPadam