Ikan Kayu Panggang & Sambal Mangga
2:30 PTG
Assalamualaikum.
Dengan ringkasnya, Amie paparkan hidangan tengahari tadi. Ikan Kayu Panggang, Sambal Mangga dan ulam-ulaman... okey tak?
Ikan Kayu Panggang.... mudah sahaja cara penyediaannya. Hanya lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit. Panggang hingga masak. Siap untuk dihidangkan bersama Sambal Mangga dan ulam-ulaman seperti petai dan bendi celur.
Resepi : Sambal Mangga
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
15 biji cili padi
1 biji cili merah
5 biji bawang putih - belah 2 dan goreng
5 biji bawang merah - belah 2 dan goreng
3cm belacan - goreng (bakar lagi sedap)
1 labu bawang besar - mayang
1 cawan hirisan mangga
2 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam / gula / perasa
Cara:
1. Tumbuk cili padi, cili merah, cili hijau, bawang putih, bawang merah goreng serta belacan.
2. Masukkan 1/2 cawan mangga dan gilis dengan anak lesung hingga hancur.
3. Masukkan garam / gula / perasa secukupnya.
4. Gaulkan dengan bawang besar dan 1/2 cawan lebihan hirisan mangga.
5. Tambahkan dengan jus limau kasturi supaya sambal mangga menerbitkan aroma yang menyelerakan.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Alhamdulillah.... menu ringkas, harap menyihatkan dengan pelbagai khasiat!
12 comments
Salam... wah memang nampak sedap n menyelerakan.. mkn ngan nasi panas2 bertambah2 mkn... kat umah ada mangga muda.. terus dapat idea nak masak aper.. he he he tqvm..
BalasPadamSaya pun plan nak buat sambal mangga semalam tapi cancel bila menu utama bertukar. hehehehehe...
BalasPadamenak ei masaalah...arek mampir nak cedek...
BalasPadamKecur liur menegokkan menu kak amie ni...sedapnya menu sihat camni
BalasPadamnyum nyum sedapnya...untunglah kalau dok serumah ngn K.Amie...hari2 masak sedap2...terliur dah ni..
BalasPadamuiiihh... meleleh air liur..
BalasPadamsedap tu amie... ikan panggang mcm tu mmg layan sungguh dengan ulam & sambal yg mengancam tu... terliur dibuatnya..
BalasPadamTak boleh jadi ni, nanti sat nak pi dapor ambil pinggan nak senduk nasi...tak tahan tengok... meleleh air liur...
BalasPadamsedapnya.. ni kalau asben nani la... mmg bertambah2 kalau dah kena fev dia ikan bakar..
BalasPadamsambal mangga fav zila..bertmbah2 mkn klu ada asambal mangga..kecur nie kak seyess..
BalasPadamKecurrrr...best nya..ikan panggang lagi tu...:-)
BalasPadamMakanan sihat ni sbb ada ulam.
Fulamak, tengok je dah kecur air liur ummi ni Amie, sambal mangga tu betul2 menggoda selera.
BalasPadam