ADSENSE

Ahad, 21 Oktober 2012

Nasi Ayam Panggang Rosemary

Assalamualaikum.
Hari minggu yang redup ini, Amie cuba satu resepi gandingan timur dan barat. Amie masak Nasi Ayam tetapi berlauk Ayam Panggang Rosemary. Kemudian Amie tambah acar timun bubuh kacang tanah tumbuk serta sos sambal. Untuk Nasi Ayam, Amie tidak masak seperti kebiasaan, kerana Amie gunakan minyak zaitun sebagai pengganti marjerin. Selalunya Amie masak cara kukus tetapi kali ini Amie gunakan rice cooker saja.




Resepi : Nasi Ayam
Idea dan Olahan : Amie's Little Kitchen


Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi - rendam selama 10 minit dan kemudian basuh bersih
3cm halia - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan serbuk pati ayam Maggie
1 helai daun pandai - siat dan simpulkan
air secukupnya - anggaran 1:1.5 (1 cawan beras = 1.5 cawan air)

Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam rice cooker.
2. Tekan suiz memasak dan jangan dibuka sehingga nasi masak dan kering.


Resepi : Ayam Panggang Rosemary

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (saya potong biasa/ stock camtu je yg ada..) - Amie gunakan 3 ketul bahagian peha
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
Sedikit perasa (saya tak letak)
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil (minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby karot (saya gantikan dengan lada benggala)
Sedikit mentega
Amie tinggalkan kentang, tomato dan baby carrot memandangkan Ayam Panggang Rosemary akan disantap bersama Nasi Ayam.

Cara penyediaan:
1.Ayam dipotong 4 atau dibiar tidak dipotong kemudian dibersihkan.Ketepikan dulu.Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam.Gaul rata.
2.Panaskan minyak zaitun.Goreng bawang putih hingga kekuningan.Angkat dan ketepikan dulu.
3.Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4.Mauskkan bawang putih yang telah digoreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5.Masukkan lebihan minyak zaitun (masa menggoreng bawang putih) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa dan jus limau ke dalam rempah yang telah ditumbuk tadi.Gaul rata.Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6.Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam.Masukkan ayam dalam beg berzip dalam peti sejuk beberapa jam.(saya masukkan dlm tupperware)
7.Kentang dikopek dan direbus 3/4 masak.Ketepikan.Lebihan rempah ayam tadi boleh dilumur pada kentang.
8.Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot dalam tray pembakar.Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180-200 darjah celcius selama 1 jam.
Amie tinggalkan yang ke 7.


Alhamdulillah, resepi hari ini diterima baik oleh seisi keluarga! Cuma... Ayam Panggang Rosemary kena buat lebih! Maklumlah, dengan kelazatannya yang tidak terhingga, lembut isinya sampai ke tulang, anak-anak pun macam tak puas makan!
Terima kasih buat Rohah dan Wana, kerana sudi kongsi resepi yang lazat ini.


23 ulasan:

Nuwairani Ismail berkata...

ayam panggang rosemary ni memang sedap. suka sangat makan. nani selalu ratah2 je ayam ni. agaknya kalau makan dengan nasik ayam lagi sedap tu.

Cik Bunga Raya @ Neeza Sunflower berkata...

baca cara2 nya pun dah terliuq . .

hazila berkata...

Bagus juga idea gandingan nasi ayam dengan ayam panggang rosemary. Mesti sedap ni.

Anna Qawina berkata...

aslmkm kak...esok buat lg ye..ni dah mlm sure dah habis..hihi

EmbunRosaliza berkata...

Assalam, amie, tgk nasi pun dh menyelerakn, apa tah lg mkn ngan ayam rosemary lg sodap

kasihredha berkata...

laporrrrrrrrr
perut ni bunyi krukkkk krakkk

Wana Yusuf berkata...

salam amie...
serius nampak sedap sgt amie... mmg sesuai sgt dgn gandingan ayam, acar dan nasi tu... boleh cuba satu hari nanti!!

myda_ahmad berkata...

kak amie,sedap je nampak ayam rosmary tu....dimkn pulak dgn nasi ayam,acar timun pun ada,fuhhh,selera betullll....

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam amie..lapar la perut atie singgah kat sini mlm2 nih.:)

zila norazila berkata...

cantiknya nasi tue ..akk amie guna beras basmati brd apa?..panjang2 lg..gandingkan dgn ayam rosemry..mmg klu mkn rasa x cukup tu kak..mabless:)

Amie berkata...

Nani,
ni kak Amie panggang 3 bahagian peha pun anak-anak kata tak cukup!

Cik Bunga,
mudah saja ye nak buatnya Cik Bunga.

Hazila,
Alhamdulillah, licin!

Amie berkata...

Anna,
waalaikumussalam... memang kena buat lagi nih he he hehh.

Rosa,
waalaikumussalam,
syukurlah dapat diterima seisi keluarga, licin habis Rosa!

Kasih,
jom makan Kasih...

Amie berkata...

Wana,
terima kasih Wana, kerana sudi kongsi resepi ayam panggang tu... alhamdulillah, sedap memang sedap!

Myda,
cuba kreativitikan resepi, syukurlah rasanya pun memang sedap!

Atie,
meh makan sama Amie Atie...

Zila,
brand apa ye (kelmarin habis dah satu bungkus tu, dah buang karungnya)... tapi basmathi extra panjang punya (Prince of Rice)

Emma berkata...

Sangatlah menarik, bagus entry ni, memang bercadang nak buat nasi ayam raya korban ni....

Qasey Honey berkata...

slm Kak Amie...

mnarik la QH tgk menu nasi ayam n ayam rosemary tu...bleh dijadikan sbg hidangan raya haji nti ni...

Rohah berkata...

ala kakak, macam nak makan lagi tgk peha ayam possing kat pinggan tu..suka harumannya..menusuk kalbu..

KuNanGKuNanG berkata...

sama menu lunch sy semalam..:)

Nens Collection berkata...

sedapppnyerrr...;)
geram tgk nasi yg panjang2 tu.hehe

mama sara nur berkata...

laparnya sy tgk ni....
dpt gigit ayam rosemary tu lupakan semuanya he he
sedappp

qemaishak berkata...

sedapnya...
kak amie guna beras basmathi ke kak, panjang2 nasinya:)

ummiross berkata...

Amie,2-3 hari tak jengah dapur Amie, terasa rindu-rinduanlah pulak, singgah2 je ada ayam panggang Rosemary pulak, terliur den!

mama aini berkata...

ehem sedapnya kalau dpt makan nasi ayam dgn aayam panggang rosemary.... :)

ummukhadeeja berkata...

Erm sedapnye..mmg cari resepi ni..wajib mencuba...tq for sharing..