Nasi Kuning Sambal Ikan Tongkol & Serunding Kelapa
10:23 PG
Assalamualaikum.
Jom sarapan nasi kuning, bukannya nasi kuning yang gunakan beras pulut itu ye.... tapi nasi kuning guna beras biasa, dan biasanya Amie gunakan beras basmathi. Hidangan yang terkenal di negeri Sabah di Bawah Bayu ini turut Amie titipkan untuk siaran salah satu resepi Amie dalam majalah AROMA Edisi Januari 2013. Sebelum ini memang telah beberapa kali Amie paparkan menu ini dalam blog seperti NASI KUNING SAMBAL IKAN KAYU, NASI KUNING SAMBAL IKAN TONGKOL, dan NASI KUNING SAMBAL IKAN ALU-ALU. Sebenarnya lauk-pauk nasi kuning boleh dipelbagaikan termasuklah penggunaan pelbagai jenis ikan yang digemari, sambal telur dan juga daging ayam. Untuk resepi nasi kuning kali ini Amie tambah satu lagi bahan iaitu serunding kelapa kerana menurut teman-teman dari daerah lain di negeri Sabah, memang serunding kelapa merupakan salah satu bahan di antara lauk-pauk nasi kuning selain turut dihidangkan bersama semangkuk kecil sup!
Resepi : Nasi Kuning Sambal Ikan Tongkol & Serunding Kelapa
Olahan : Amie's Little Kitchen
4 cawan beras
1 batang serai - dititik
3cm halia - hiris halus
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam / kiub / perasa pilihan
500ml pati santan
Cara:
1. Didihkan air dalam
periuk pengukus.
2. Masukkan santan bersama
serai, halia, serbuk kunyit dan garam ke dalam kuali.
3. Masukkan beras dan
kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan mengering.
4. Pindahkan beras dari
kuali ke dalam periuk pengukus.
5. Kukus selama 15-20
minit atau sehingga nasi masak.
Ada yang merendam beras semalaman bersama kunyit, dan dikukus pada keesokan harinya. Namun begitu, terpulanglah kepada kehendak dan citarasa masing-masing untuk menghasilkan nasi kuning ini. Sesetengahnya pula mencampurkan segenggam beras pulut untuk ditanak bersama.
Bahan-bahan untuk Sambal Ikan Tongkol:
6 keping ikan tongkol
garam secukupnya
gula secukupnya
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan asam jawa -
bancuh dengan 1/2 cawan air
minyak
Bahan kisar:
15 biji cili kering
5 biji bawang putih
7 biji bawang merah
1.5cm belacan
1 batang serai
Cara:
1. Lumurkan ikan tongkol
dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak
dalam kuali. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
3. Masukkan pati asam
jawa.
4. Masukkan ikan tongkol
yang telah digoreng. Biar masak sehingga kuah memekat.
5. Masukkan garam dan gula
secukupnya. Padamkan api dapur.
6. Hidangkan bersama nasi
kuning.
Untuk Serunding Kelapanya pula, Amie ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Cikgu Alias Selliming dan isterinya, Cikgu Nozia Amil Basah dari Tawau yang sudi berkongsi resepi. Minta izin ya Cikgu Alias dan dik Nozia, Kak Amie paparkan resepinya di sini.
Resepi : Serunding Kelapa
Sumber : Nozia Amil Basah & Alias Selliming
Bahan-bahan:
2 cawan kelapa parut - (kalau boleh gunakan isi kelapa yang agak muda, dan buang kulit ari)
3 sudu makan udang kering - rendam dan toskan airnya kemudian ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - tumbuk
3 biji bawang merah - tumbuk
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan cili kisar
garam / gula / perasa pilihan
minyak
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, dan cili kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan udang kering dan tumis lagi hingga wangi.
3. Masukkan kelapa parut , serbuk kunyit, garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
4. Gaul rata dan balik-balikkan sehingga serunding menjadi kering.
Tidak rugi mencuba resepi Nasi Kuning ini, dan boleh dipelbagaikan lauknya. Sekian.... paparan kali ini merupakan hidangan alas perut di waktu padi dari seberang Laut China Selatan.
17 comments
Rasa nasinya berlemak la skit ye kak....msti wangi gak sbb buh serai tu....kalau makan ngan sambal ayam pun ok kan....?
BalasPadampulut kuning..mmg layan..ade ikan greng yg masin2 skit pon best!
BalasPadamAsyifa,
BalasPadammacam nasi lemak juga tapi bubuh kunyit, memang boleh makan dengan lauk apa sana.
Nens,
bukan pulut kuning ni Nens...nasi kuning.
Daku tergudaaa... :b
BalasPadamsedapnyaaaa....lapar laa akak..
BalasPadamsatu kelainan... nasi kuning ngan sambal tongkol... nampak sedap ni... mcm buat nasi lemak gak kan.. cuma warna nye kasi kuning2 gitu.. ye dak? hmmmm nyam nyam.. sedapppp
BalasPadamFulamak Amie, sambal ikan tongkol tu nampak sangat 'meletop', sedapnya makan dengan nasi kuning
BalasPadamassa;am amie..sedapnya tengok nasi kuning amie...mulanya acik ingatkan pulut kuning..cantik warnanya
BalasPadamMemang tergoda tengok si kuning tu....
BalasPadammengancam jiwa dan raga ku, kalau ada sambal mmg terangkat tambah2 nasi kuning ni yg ala2 nasi lemak gitu kan
BalasPadamnasib semalam zila pun lauk ikan togkol..tapi masak asam jew kak..klu x kecur habis nie:)
BalasPadamSalam kak amie..uwaaaaaa... nmpk sgt sedap!! tun dh terliur nih.. kalu kat ganu, pagi2 selalu org jual nasi lemak dgn sambal ikan tongkol.. tgk nasi ni teringat kt kg halaman.
BalasPadamnasi kuning rupenya..skali pandang mcm pulut kuning plak hihi...
BalasPadamSalam Kak Amie...lama saya tak merasa nasi kuning....lapar pulak tengah malam ni...aduii
BalasPadamCocok untuk selamatan kalau di Indonesia Nasi kuning macam nih,Hari ini saya juga sedang olah nasi kuning untuk selamatan di Masjid bahru,,,,,
BalasPadamsedapnya kak amie.. uwa.. lamanya xmakan nasi kuning..
BalasPadaminsallah ..ada masa nak buat..mesti sedap nieeehh...terima kasih berkongsi resepi...
BalasPadam