Pages

Khamis, 17 Januari 2013

Nasi Kuning Sambal Ikan Tongkol & Serunding Kelapa

Assalamualaikum.
Jom sarapan nasi kuning, bukannya nasi kuning yang gunakan beras pulut itu ye.... tapi nasi kuning guna beras biasa, dan biasanya Amie gunakan beras basmathi. Hidangan yang terkenal di negeri Sabah di Bawah Bayu ini turut Amie titipkan untuk siaran salah satu resepi  Amie dalam majalah AROMA Edisi Januari 2013. Sebelum ini memang telah beberapa kali Amie paparkan menu ini dalam blog seperti NASI KUNING SAMBAL IKAN KAYUNASI KUNING SAMBAL IKAN TONGKOL, dan  NASI KUNING SAMBAL IKAN ALU-ALU. Sebenarnya lauk-pauk nasi kuning boleh dipelbagaikan termasuklah penggunaan pelbagai jenis ikan yang digemari, sambal telur dan juga daging ayam. Untuk resepi nasi kuning kali ini Amie tambah satu lagi bahan iaitu serunding kelapa kerana menurut teman-teman dari daerah lain di negeri Sabah, memang serunding kelapa merupakan salah satu bahan di antara lauk-pauk nasi kuning selain turut dihidangkan bersama semangkuk kecil sup!


Resepi : Nasi Kuning Sambal Ikan Tongkol & Serunding Kelapa
Olahan : Amie's Little Kitchen


 Bahan-bahan untuk nasi kuning:
4 cawan beras
1 batang serai - dititik
3cm halia - hiris halus
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam / kiub / perasa pilihan
500ml pati santan

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Masukkan santan bersama serai, halia, serbuk kunyit dan garam ke dalam kuali.
3. Masukkan beras dan kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan mengering.
4. Pindahkan beras dari kuali ke dalam periuk pengukus.
5. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi masak.

Ada yang merendam beras semalaman bersama kunyit, dan dikukus pada keesokan harinya. Namun begitu, terpulanglah kepada kehendak dan citarasa masing-masing untuk menghasilkan nasi kuning ini. Sesetengahnya pula mencampurkan segenggam beras pulut untuk ditanak bersama.



Bahan-bahan untuk Sambal Ikan Tongkol:

6 keping ikan tongkol
garam secukupnya
gula secukupnya
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
minyak

Bahan kisar:
15 biji cili kering
5 biji bawang putih
7 biji bawang merah
1.5cm belacan
1 batang serai

Cara:
1. Lumurkan ikan tongkol dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
3. Masukkan pati asam jawa.
4. Masukkan ikan tongkol yang telah digoreng. Biar masak sehingga kuah memekat.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya. Padamkan api dapur.
6. Hidangkan bersama nasi kuning.



Untuk  Serunding Kelapanya pula, Amie ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Cikgu Alias Selliming dan isterinya,  Cikgu Nozia Amil Basah dari Tawau yang sudi berkongsi resepi. Minta izin ya Cikgu Alias dan  dik Nozia, Kak Amie paparkan resepinya di sini.

Resepi : Serunding Kelapa
Sumber : Nozia Amil Basah & Alias Selliming

Bahan-bahan:
2 cawan kelapa parut - (kalau boleh gunakan isi kelapa yang agak muda, dan buang kulit ari)
3 sudu makan udang kering - rendam dan toskan airnya kemudian ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - tumbuk
3 biji bawang merah - tumbuk
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan cili kisar
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, dan cili kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan udang kering dan tumis lagi hingga wangi.
3. Masukkan kelapa parut , serbuk kunyit, garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
4. Gaul rata dan balik-balikkan sehingga serunding menjadi kering.


Tidak rugi mencuba resepi Nasi Kuning ini, dan boleh dipelbagaikan lauknya. Sekian.... paparan kali ini merupakan hidangan alas perut di waktu padi dari seberang Laut China Selatan.

17 ulasan:

  1. Rasa nasinya berlemak la skit ye kak....msti wangi gak sbb buh serai tu....kalau makan ngan sambal ayam pun ok kan....?

    BalasPadam
  2. pulut kuning..mmg layan..ade ikan greng yg masin2 skit pon best!

    BalasPadam
  3. Asyifa,
    macam nasi lemak juga tapi bubuh kunyit, memang boleh makan dengan lauk apa sana.

    Nens,
    bukan pulut kuning ni Nens...nasi kuning.

    BalasPadam
  4. satu kelainan... nasi kuning ngan sambal tongkol... nampak sedap ni... mcm buat nasi lemak gak kan.. cuma warna nye kasi kuning2 gitu.. ye dak? hmmmm nyam nyam.. sedapppp

    BalasPadam
  5. Fulamak Amie, sambal ikan tongkol tu nampak sangat 'meletop', sedapnya makan dengan nasi kuning

    BalasPadam
  6. assa;am amie..sedapnya tengok nasi kuning amie...mulanya acik ingatkan pulut kuning..cantik warnanya

    BalasPadam
  7. Memang tergoda tengok si kuning tu....

    BalasPadam
  8. mengancam jiwa dan raga ku, kalau ada sambal mmg terangkat tambah2 nasi kuning ni yg ala2 nasi lemak gitu kan

    BalasPadam
  9. nasib semalam zila pun lauk ikan togkol..tapi masak asam jew kak..klu x kecur habis nie:)

    BalasPadam
  10. Salam kak amie..uwaaaaaa... nmpk sgt sedap!! tun dh terliur nih.. kalu kat ganu, pagi2 selalu org jual nasi lemak dgn sambal ikan tongkol.. tgk nasi ni teringat kt kg halaman.

    BalasPadam
  11. nasi kuning rupenya..skali pandang mcm pulut kuning plak hihi...

    BalasPadam
  12. Salam Kak Amie...lama saya tak merasa nasi kuning....lapar pulak tengah malam ni...aduii

    BalasPadam
  13. Cocok untuk selamatan kalau di Indonesia Nasi kuning macam nih,Hari ini saya juga sedang olah nasi kuning untuk selamatan di Masjid bahru,,,,,

    BalasPadam
  14. sedapnya kak amie.. uwa.. lamanya xmakan nasi kuning..

    BalasPadam
  15. insallah ..ada masa nak buat..mesti sedap nieeehh...terima kasih berkongsi resepi...

    BalasPadam