Telur Cencaluk Berserai

3:02 PTG

Assalamualaikum.
Betul tak kalau Amie katakan telur sebagai penyelamat keadaan sekiranya kesuntukan dan kebuntuan untuk menyediakan lauk hidangan dalam jangka masa yang singkat? Kalau setuju, mari kita nikmati bersama Telur Cencaluk Berserai yang telah menyelesaikan masalah Amie di petang Jumaat yang mendung ini. Terlebih dahulu Amie ucapkan ribuan terima kasih kepada Che Mat Gebu kerana sentiasa sudi berkongsi pelbagai pilihan resepi yang mudah, ringkas dan sudah semestinya enak!


Sebelum ini Amie telah menyelongkar dapur Che Mat dan bertemu dengan resepi Telur Cencaluk Berserai. Bahan-bahan yang digunakan sangat ringkas dan biasanya ada dalam simpanan di dapur kita. Kebetulan pula, Amie agak lewat pulang ke rumah, jadi ketika anak-anak pulang dari solat Jumaat, hidangan tengahari belum sempat disediakan. Memang ada lebihan lauk semalam, tetapi elok juga rasanya kalau Amie tambah lagi satu menu yang ringkas dan mudah sementara menunggu nasi yang ditanak mengering.


Syukurlah Amie masih teringat bahan yang tersenarai untuk menyediakan resepi Telur Cencaluk Berserai ini. Minta izin Che Mat, Amie panjangkan pula di sini untuk tatapan bersama. Mudah-mudahan Che Mat sentiasa dilimpahi rezeki kerana sentiasa berkongsi hidangan yang mudah untuk dipraktikkan di dapur kami!

Resepi : Telur Cencaluk Berserai

Bahan-bahan:
4 biji telur
1 1/2 camca besar cencalok, toskan airnya
1 biji bawang besar dadu kecil
1 biji cili merah, buang biji, cincang halus
1 biji cili hijau, buang biji, cincang halus
1 batang serai, ambil bahagian putih sahaja, cincang halus
2 tangkai daun sup, hiris halus
1 camca teh baking powder
Secubit gula
Belahan limau kasturi, untuk hiasan
Cili padi merah untuk hiasan
Cara:
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali belahan limau kasturi dan cili padi merah, kacau hingga rata. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci (yang ni terpulang pada anda), letakkan sedikit minyak, ratakan.
  2. Kemudian senduk kan 1/4 bahagian bancuhan tadi dan biar masak dengan api sederhana hingga permukaan kental, berhati terbalikkan dan masak hingga kuning keemasan, alih dalam pinggan. Buat kaedah sama hingga habis
  3. Hidangkan bersama cili padi dan belahan limau kasturi jika suka. Hidangkan panas bersama nasi hangat dan lauk2 lain....Selamat mencuba.



Bila Encik Suami ternampak Amie dadar telur ini, katanya telur nampak cantik dan sanggup pula dia menunggu untuk merasa sekeping sebelum kembali ke tempat kerjanya. Amie dapat 5 keping Telur Cencaluk Berserai. Ketika makan, Amie tanya si bongsu: Sedap tak dik? Sedap... katanya. Jadinya, setiap seorang dapat sekeping Telur Cencaluk Berserai untuk dinikmati bersama nasi putih yang masih panas. Sayangnya, tak seorang pun tahu Amie bubuh cencaluk di dalamnya!

15 comments

  1. Oooo....x de rasa cencaluk ye kak....bole try nnti....
    Nmpk cantik je telur2 tu....mkn plak dgn nasi panas....mmg sdap lah....

    BalasPadam
  2. kak amie suntuk2 pon dan lagi olah resepi..kalo nens,mmg telur dadar sedadar nye lah..haha..ni kira resepi org yg rajin dan byk masa la bg nens ni..haha..

    comel2 je kak amie buat..;)

    BalasPadam
  3. Assalam kak amie cayang..wah dtg arini da telor dadar cencaluk yer,dapnyer nmpk..Molat2 jer,ltak bkng pwder yer kak,nti pas pntng leh ler wat..

    BalasPadam
  4. Amie cayang..ummi tak pernah makan lagi yng bubuh cencaluk macam ni,nampak sedap dan comel pula tu, dapat satu sorang.

    BalasPadam
  5. Assalam amie, sedap nampak telur tu, cantik pulak tu, kalo kita pun tunggu nak rasa juga. nak cuba cencaluk tak ada pulak

    BalasPadam
  6. Salam kak amie.. tun xpenah mkn cencaluk. hihi.. nmpk sgt gebu la telur tu, sekali imbas nmpk mcm penkek.

    BalasPadam
  7. Syifa,
    cantik ye... tu pasal bila Encik Suami tengok kakak goreng telur tu dia kata cantik, dan sanggup tunggu selesai digoreng, katanya nak makan juga, barulah dia pergi kerja balik!

    Nens,
    memang kena jadi lipas kudung Nens...

    Zaliedana,
    waalaikumussalam...memang molat2 ikut resepi Che Mat gebu!

    BalasPadam
  8. Ummiross,
    alhamdulillah Ummi... dunia masakan tanpa sempadan, meriahkan Ummi...

    Rosa,
    waalaikumussalam...seronok tengok hasilnya yang nampak molek ye Rosa.

    Tun,
    anak-anak tak sedar dah termakan cencaluk dalam telur!

    BalasPadam
  9. Kak Ros,
    betul tu kak..comelkan...

    BalasPadam
  10. kalo taw ada cencaluk diorang tak nak mkn ke?nak kena try ni...nak try taknak bgtaw ada cencaluk jugak..hehe

    BalasPadam
  11. Faa,
    memang begitulah anak-anak...

    BalasPadam
  12. lama tak makan cencaluk..rindu pula rasanya bila tengok amie buat ni..uwaaa..nak sket!

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. kak!!! faa buat resepi ni n rasa dia memang tersangat awesome! strategi tak bgtaw ingredients dia pon berjaya. tp bukan kat anak2 laa sebab faa xkawen n xde anak lagi. tp berjaya pada abah faa..hehehehe..thanks akak..

    http://faafeefoo.blogspot.com/2013/01/set-lunch-ala-kampung-kuah-santan.html

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe