Nasi Lemak Nyonya 2013
12:53 PTG
Assalamualaikum.
Sempena tahun baru ini jom nikmati Nasi Lemak Nyonya 2013. Amie terjumpa resepi ini dalam buku masakan Variasi Masakan Selatan oleh Norzailina Nordin. Sebenarnya bujang sulung Amie yang mengemas mini perpustakaan di rumah yang meletakkan buku masakan ini bersama susunan koleksi buku masakan Amie yang lain. Amie pun tidak ingat bila masanya Amie beli buku ini, dan mungkin Amie tidak sempat membeleknya. Buku masakan ini turut menjadi mangsa banjir awal tahun ini dan melihat keadaannya yang melekat di antara satu halaman dengan halaman yang lain memang menyukarkan Amie untuk menatapnya. Oleh kerana ada sesuatu yang menarik dalam buku masakan ini, Amie buka satu persatu setiap halaman yang bercantum dengan cermat dan akhirnya bertemulah Amie dengan resepi Nasi Lemak Nyonya.
Sebelum ini Amie tidak pernah mengolah resepi Nasi Lemak Nyonya. Uniknya resepi ini ialah dari segi kepelbagaian lauk-pauk yang disediakan. Nasi lemaknya pula menggunakan resepi nasi lemak biasa, namun lauk-pauknya yang terdiri daripada ikan goreng, udang berasam, sambal tumis dan beberapa bahan sampingan lain itulah yang menggamit keinginan Amie untuk mencuba resepi ini.
Dalam resepi asal, ikan yang digunakan ialah ikan selar kuning tapi Amie tak ada ikan itu, jadi Amie gantikan dengan ikan kerisi saiz kecil. Udang berasamnya pula hanya digoreng ringkas. Ada kacang tanah dan ikan bilis goreng, telur rebus serta hirisan mentimun. Sebagai pelengkap hidangan, sudah tentulah sambal tumis nun di belakang lauk pauk tu!
Resepi : Nasi Lemak Nyonya
Sumber : Variasi Masakan Selatan oleh Norzailina Nordin
Bahan Nasi Lemak:
400 gram beras - dicuci
1 liter santan cair - dari 1 biji kelapa
4 helai daun pandan - disimpulkan
1 sudu teh garam
Cara:
Gaul beras, santan cair, daun pandan dan garam di dalam mangkuk tahan panas hingga rata. Kukus di atas api kuat selama 30 minit atau sehingga masak. Gemburkan nasi dengan kayu penyepit atau garfu.
~Amie masak ikut cara biasa yang Amie lakukan. Masak beras bersama santan dan bahan lain sehingga beras kembang dan kering, kemudian pindahkan ke dalam periuk pengukus dan kukus sehingga masak.
Bahan Udang Berasam:
300 gram udang sederhana - buang sesungut
1.5 sudu makan asam jawa dicampur dengan 3 sudu makan air dan diramas, buang biji dan tapis
2 sudu teh gula pasir
garam secukup rasa
minyak
Cara:
Campur asam jawa, gula, garam dan udang. Goreng udang hingga masak di atas api sederhana.
Bahan Ikan Goreng:
300 gram ikan selar kuning - Amie gunakan ikan kerisi
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
Cara:
Perap ikan bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak.
Bahan Sambal:
3 sudu makan cili kisar - Amie tambah
2 cm belacan - tumbuk
4 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 sudu makan asam jawa dicampur 125ml air - ramas dan tapis
3-4 sudu makan gula pasir
1 biji bawang besar - dihiiris bulat
garam sedukup rasa
60ml minyak
Cara:
Panaskan minyak. Tumis campuran bahan tumbuk dan cili kisar hingga berbau dan terbit minyak. Masukkan air asam jawa, bawang besar, gula pasir dan garam secukup rasa. Angkat.
Bahan Sampingan:
100 gram ikan bilis goreng
100 gram kacang tanah goreng - biar berkulit
1 biji timun - dikupas dan dihiris
4 biji telur rebus - dikupas dan dihiris baji
Jom sama-sama nikmati hidangan di hari pertama tahun baru 2013 di Amie's Little Kitchen!
17 comments
Assalam amie. selamat tahun baru 2013, sedapnya set nasi lemak tu, mcm nasi lemak kat langkawi ada ikan. udang asam tu kita tak pernah mkn la, mesti sedapkan
BalasPadamAssalam kak amie,sama lak menu kite di tahun br ni.Tp sy wt ns lemak bese2 jer.Wah meriah tul ns lemak kak amie.
BalasPadamalahai Amie terliur tengok nasi lemak tu semua ada ikan udang kira lengkap lah sampai kepetang pun tahan tu
BalasPadamkecur dibuatnye kak byk lauk sampinganye kan..sedapp:)
BalasPadamakak kecur tengok ni kak..
BalasPadamnasi lemak my pebereet tau ;)
jemput baca sini
http://lobaksusue.blogspot.com/2013/01/perhatian-kepada-ibubapa-atau-sesiapa.html
Selamat tahun baru Amie..nampak sedap nasi lemak tu,ikan kerisi banyak kat sini tak pernah pula cuba makan dengan nasi lemak.idea yang bagus!
BalasPadamSelamat tahun baru 2013 Amie, moga diberkati Allah selalu.
BalasPadamBanyaknya lauk untuk nasi lemak nyonya ni, pasti sedap, ikan kerisi goreng, walla!!!, ratah pun ummi suka.
Rosa,
BalasPadamwaalaikumussalam....
Selamat tahun baru 2013 Rosa,ini pun kali pertama cuba nasi lemak yang ada udang berasam Rosa.
Lina_pg,
waalaikumussalam....
nasi lemak memang hidangan tadisi yang tak luput dek zaman...evergereen gitu, permintaan sepanjang masa!
Kak Nooriah,
memang sampai ke petang Kak Noor, masak sekali harung!
Zila,
BalasPadambanyak lauk pilihan ye Zila, macam makan nasi biasa pun ada!
Qaseh,
memang nasi lemak hidangan kegemaran ramai Qaseh, tak jemu menikmatinya!
Suzana,
selamat tahun baru...
tak ada ikan selar kuning, ganti ikan kerisi, goreng garing2 memang sedap buat lauk!
Ummiross,
Selamat tahun baru juga Ummi cayangg.... memang sedap kecil2 garing makan ratah gitu Ummi.
salam Kak Amie..Selamat Menyambut Tahun Baru 2013..Semoga kedatangan tahun baru ini memberi lebih keceriaan dan kebahagiaan...
BalasPadamEmmmmm...sedapnya nasi lemak ni...
selamat thun baru amie..amboi! sedapnya nasi lemak ni...nasib baik hari ni dapat pergi sekolah.
BalasPadamwow kak...nasi lemak yg kaya lauk..warek temenan ki angger lauk ei koyo ngono..
BalasPadammasuk sini memang siap kena thn air liur
BalasPadambila le dpt rasa mskan amie ni
Ngences kakak Amie. Ikan kerisi goreng tu ikan kesukaan kakak kalau Amie nak tahu.
BalasPadamMenarik cara Amie susuh buat kakak tambah terpikat.
Selamat tahun baru 2013 dari kakak.
Selamat tahun baru kak...
BalasPadamAduhhhh....memang terliur tengok nasi lemak tu....perut minta diisi...tapi tengah diet skarang ni....hihihi...
ini betul2 sedap...seimbang dgn kesihatan ada ikan grg lg... sedap sungguh tu :)
BalasPadammcm best jer..nak try la nanti
BalasPadam