Bismillahirrahmanirrahim.
Malam di Jerusalem begitu menggigit. Menurut Firdaus yang terjaga waktu dinihari, suhu merosot hingga sekitar 3°C. Selepas sarapan Firdaus sempat berjalan-jalan di hadapan hotel. Amie suruh Firdaus sapu lip balm di bibirnya supaya lembap. Kelmarin bibirnya kelihatan sangat kering dan hampir pecah-pecah.
| Matahari sudah terbit, namun sinarnya seolah-olah tidak mampu menembusi selimut awan kelabu yang menyelubungi langit Jerusalem. |
Amie masih teringat, sekembalinya kami dari Palestin, ramai saudara mara dan sahabat-handai bertanya : Selamatkan di sana? Bagaimana keadaan perang di sana? Hal ini kerana mereka merasakan bahawa kawasan bergolak itu berlaku di seluruh tanah Palestin.
Kami berada di Jerusalem. Jarak antara Jerusalem dengan Gaza Strip bergantung kepada lokasi iaitu jika jarak garis lurus, kira-kira 70–80 kilometer dan jarak melalui jalan raya, sekitar 90-100 kilometer, bergantung pada laluan yang digunakan.
Walaupun jaraknya tidak begitu jauh, perjalanan antara Jerusalem dan Gaza pada masa kini sangat sukar kerana terdapat kawalan keselamatan yang sangat ketat, sekatan sempadan, dan keadaan konflik yang berpanjangan. Dalam situasi semasa, orang awam umumnya tidak boleh bergerak bebas antara kedua-dua kawasan tersebut.
Sebagai gambaran, jarak itu lebih kurang seperti perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tuaran, yang boleh ditempuh sekitar satu hingga satu setengah jam jika jalan lancar. Namun, keadaan di Jerusalem dan Gaza sangat berbeza kerana faktor keselamatan dan politik.
Keberadaan kami di Jerusalem semasa ziarah ke Masjid al-Aqsa, sebenarnya tidak terlalu jauh dari Gaza dari segi geografi, walaupun kawasan itu tidak dapat dikunjungi seperti destinasi biasa.
- Muslim Quarter
- Kristian Quarter
- Yahudi Quarter
- Armenia Quarter
| King Solomon's Quarris |
- Di dalam gua ini terdapat ruang gua yang sangat luas, kira-kira 225 meter panjang dan sehingga 15 meter tinggi di sesetengah bahagian. Laluan telah dipasang untuk memudahkan pengunjung berjalan.
- Dinding batu kapur Meleke, iaitu batu kapur berkualiti tinggi yang terkenal di Jerusalem. Batu inilah yang digunakan untuk membina banyak bangunan bersejarah di kota ini.
- Air Mata Zedekiah, iaitu mata air kecil yang sentiasa menitis dari celah batu. Menurut legenda, titisan air itu melambangkan tangisan Raja Zedekiah ketika melarikan diri daripada tentera Babylon.
- Kesan-kesan kerja melombong batu, termasuk tanda-tanda pahat dan potongan pada dinding gua yang menunjukkan bagaimana bongkah batu dipisahkan daripada batuan asal beribu-ribu tahun dahulu.
- Persembahan audiovisual di beberapa bahagian gua yang menceritakan sejarah Jerusalem, legenda Nabi Sulaiman, Raja Zedekiah dan pembinaan kota.
Pertama kali melihat gambar mata ini, ada satu perasaan kurang selesa! Simbol mata yang besar pada papan tanda itu boleh dikatakan kelihatan agak menyeramkan, lebih-lebih lagi apabila kita tidak mengetahui maksudnya.
Merujuk kepada Mr. Hassan sebenarnya, mata itu bukan simbol keagamaan atau unsur mistik. Ia digunakan sebagai elemen grafik untuk menarik perhatian pengunjung kepada King Solomon's Quarries (Zedekiah's Cave).
- Ada beberapa kemungkinan mengapa mata dipilih, antaranya melambangkan penemuan dan penerokaan. Mata mengajak pengunjung melihat sejarah yang tersembunyi di bawah Kota Lama Jerusalem.
- Merujuk kepada legenda Air Mata Zedekiah, di dalam gua terdapat titisan air yang dikenali sebagai Zedekiah's Tears. Pereka papan tanda mungkin menggunakan imej mata sebagai simbol yang dikaitkan dengan air mata tersebut, bukan sebagai lambang keagamaan.
- Reka bentuk promosi moden. Banyak tapak pelancongan menggunakan imej mata, pintu atau cahaya untuk membangkitkan rasa ingin tahu pengunjung.
- Di bawah kawasan pintu sekarang terdapat tinggalan zaman Rom, termasuk kawasan yang dikaitkan dengan pintu gerbang kota lama pada era Maharaja Hadrian.
- Struktur Pintu Damsyik yang dilihat hari ini dibina pada zaman pemerintahan Uthmaniyyah sekitar abad ke-16, semasa pemerintahan Sultan Suleiman the Magnificent.
- Pintu ini dibina daripada batu kapur tempatan yang menjadi ciri utama seni bina Jerusalem.
- penjual makanan dan roti
- gerai buah-buahan
- kedai kecil
- penduduk tempatan yang keluar masuk untuk urusan harian.
Dengan kata lain Pintu Damsyik (Bab al-Amud / Damascus Gate) ialah salah satu pintu masuk yang paling terkenal ke Kota Lama Baitulmaqdis yang dibina pada zaman pemerintahan Sultan Suleiman al-Qanuni sekitar tahun 1537–1541 sebagai sebahagian daripada tembok Kota Lama. Dari pintu inilah ramai penduduk Palestin dan para pelawat memasuki kawasan pasar dan menuju ke Masjid al-Aqsa.
Tangga dan dataran di hadapan pintu ini sering menjadi tempat orang ramai berkumpul, terutama pada hari Jumaat dan bulan Ramadan.
| Pemandangan dekat Pintu Damsyik. |
Gambar ini menunjukkan pemandangan dekat Pintu Damsyik dan nampak lebih jelas seni bina pintu gerbang yang megah. Batu-batu kapur berwarna cerah, gerbang besar dan kubu pertahanan di bahagian atas menggambarkan fungsi asalnya sebagai pintu pertahanan kota.
Nama Arabnya ialah Bab al-Amud, yang bermaksud Pintu Tiang, merujuk kepada tiang Rom yang suatu ketika dahulu berdiri berhampiran kawasan ini.
| Peta Kota Lama Baitulmaqdis |
- Kawasan Islam (Muslim Quarter)
- Kawasan Kristian (Christian Quarter)
- Kawasan Yahudi (Jewish Quarter)
- Kawasan Armenia (Armenian Quarter)
Kami melalui jalan yang sama seperti ribuan penduduk Palestin, melihat penjual roti mula berniaga, kedai-kedai perlahan-lahan dibuka, dan akhirnya melintasi Pintu Damsyik sebelum meneruskan langkah ke Muslim Quarter.
Pagi ini bukan sekadar melangkah beberapa minit berjalan kaki, tetapi satu perjalanan yang membawa hati semakin hampir kepada salah satu tanah paling bersejarah dan suci di dunia.
| Lorong Pasar Kota Lama |
Ini ialah lorong pasar tradisional yang menghubungkan Bab al-Amud dengan kawasan dalam Kota Lama. Di sini terdapat pelbagai kedai yang menjual:
- Jubah dan abaya
- Selendang dan tudung
- Cenderamata Palestin
- Rempah-ratus
- Kurma, buah-buahan dan sayuran
- Minyak zaitun
- Kraftangan dan barangan keagamaan
Lorong berbatu ini telah digunakan oleh para pedagang sejak ratusan tahun dahulu dan masih menjadi nadi kehidupan Kota Lama hingga hari ini.
| Batu laluan pejalan kaki. |