Singgah di Jalan Kelapa - Brunch di Restoran Nasi Lemak Guru Besar
2:58 PTGBismillahirrahmanairrahim.
Setiap kali melalui Jalan Kelapa di Tawau dan terpandang Warung Nasi Lemak Guru Besar, Encik Suami selalu usik : Tak mahu singgah makan? Kadang-kadang kami singgah, kadang-kadang pandang-pandang saja.
Minggu lepas sewaktu jalan-jalan ke Tawau, kami singgah di sini. Melihat ruang makan yang luas, rasa selesa pula duduk-duduk minum sambil ambil angin pagi. Oleh kerana kami singgah waktu antara breakfast dan lunch (brunch) kami pun memesan makanan yang agak ringan sahaja.
| Karipap Inti Kentang |
| Encik Suami - Honey Lemon Panas |
| Nasi Lemak Sambal Kerang |
Teringin pula hendak makan Nasi Lemak Sambal Kerang. Menarik pulalah melihat ada keropok bawang yang kecil comel. Kalau tak silap namanya Keropok Pak Raden. Lama tak makan keropok ini. Kalau jumpa di kedai, hendak belilah juga sebungkus.
Rasanya tak sekufulah makan nasi lemak tanpa kopi hitam! Maka, kita pun memesan secawan kopi 0. Barulah ngam! Barulah ada rasa tradisional, nasi lemak dengan kopi 0!
| Kopi 0. |
| Firdaus ketika ini umur 5 tahun. Daatang makan di sini pada 2018. |
8 comments
Kecur liur tengok Nasi Lemak Sambal Kerang tu Kak Amie! Meriah sungguh sambal kerangnya. Menarik betul ada gandingan keropok bawang comel tu sekali.Setuju sangat Kak Amie, memang tak sekufulah makan nasi lemak kalau tak ada secawan Kopi O panas sebelah!
BalasPadamSambal kerang dia banyak nampak sedap. Cam muskil plak ada tragedi ke bila makan kat tempat Nasi Lemak Cikgu besor tu
BalasPadamsedap pulak memalam tengok nasi lemak kerang hihii..besar dah Firdaus
BalasPadamKalau lupa bayar guru besar rotan!
BalasPadamHai daus!
Oo ingat lagi tempat ni. Rasa macam baru je kak Amie cerita. Sekarang Firdaus pun dah besar.
BalasPadamMakanan tak pernah mengecewakan. Memang ngam tu kak Amie pesan nasi lemak dan kopi hitam. Happy tummy.
Alaaah saya lupa nama kerupuk itu. Banyaaak sangat di sumatera trutama Medan yg jual. Dari singkong kalau tak salah.
BalasPadamAda jual kacang pool juga yaa. 😍 Akhirnya saya merasakan kacang pool saat di Johor
Seronok makan d restoran , dapat makanan lazat pasti happy tu..
BalasPadamNasi lemak kerang memang menambat mata ni Kak Amie
BalasPadam