Sarapan Apa di Sepilok Forest Edge Resort?
12:10 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Entri Sepilok Forest Edge Resort belum selesai. Semenjak dua menjak ini agaknya berkawan dengan kura-kura atau siput sebab lambat sungguh hendak menulis. Kalau sehari tidak menulis entri memang akan berlarutan sehingga hari kedua atau ketiga. Harapnya tidaklah sampai berminggu atau berbulan berhibernasi!
Kita sambung cerita minggu lepas sewaktu merehatkan diri di Sepilok Forest Edge Resort, Sandakan. Waktu sarapan dijadualkan pada pukul 7 hingga 10 pagi. Kami turun tepat pukul 7 pagi dan sudah ada beberapa orang kulit putih sedang bersarapan.
| Sebelum masuk ke ruang makan, kena tanggalkan kasut. |
| Sarapan sudah tersedia di atas meja. |
Susu segar diletakkan di dalam kendi berisi ais. Firdaus suka betul apabila nampak susu. Diambilnya mangkuk diisi susu dan bijirin yang tersedia di situ.
Di susut ruang makan terdapat sebuah meja dan tempat membakar.
Amie sangka arang sengaja dibakar untuk keluarkan asap supaya nyamuk tidak berani singgah. Rupanya tempat ini digunakan untuk bakar roti.
Selain roti kosong, ada roti canai dan kuah dal. Ada dua jenis jem yang disediakan iaitu jem betik dan jem nanas. Memang sedaplah setelah sapu mentega atas roti, sapu kedua-dua jemtadi.
Buah epal sebiji-sebiji.
| Yogurt |
| Sekeping roti alas sapuan mentega dengan jem nanas dan jem betik. |
| Minum secawah teh panas. |
Terpikat dengan pisang goreng!
| Pisang Goreng |
| Firdaus dengan yogurt kegemarannya. |
| Pisang Goreng |
| Salad Mangga |
| Hashbrown |
| Nugget & Sosej |
| Telur Hancur |
| Kacang Panggang |
| Ayam Goreng |
| Mi Goreng |
Firdaus sudah tidak sabar untuk masuk kolam renang. Petang kelmarin ada beberapa orang putih mandi di sini. Kebetulan kami balik lewat senja dari bandar Sandakan, jadi terus masuk ke Bilik Mata Kucing. Janji dengan Firdaus, akan turun ke kolam renang waktu pagi.
| Kolan renang di petang hari. |
Di sebelah kolam renang ada tasik dan di bahagian belakangnya ada trek untuk pejalan kaki sampai ke bukit. Encik Suami tidak berminat untuk brisk walk di situ. Bukan apa, takut ada nyamuk atau pacat.... ahaks! Maklumlah hutan.
Pagi itu Firdaus jadi raja di kolam renang. Tidak ada orang putih mandi di sini. Kami biarkan Firdaus mandi sepuas-puasnya.
Sementara menunggu Firdaus mandi di kolam renang, kita tangkap gambar dululah di sini.
| Berat badan Encik Suami sudah sama dengan berat badan kita! |
Pukul 9 pagi, kami tinggalkan kolam renang. Seterusnya bersiap-siap untuk daftar keluar dari Bilik Mata Kucing.
15 comments
Wah…roti bakar guna arang. Tentu lain aromanya kan.
BalasPadamSiap ada pisang goreng, macam belum pernah jumpa hotel/resort sediakan sarapan pisang goreng.
Old school tempat bakar roti.
BalasPadamseronoknya tempat ni, nampak tenang je pagi-pagi. unik ye breakfast ada menu kerabu mangga
BalasPadamzaman kecil2 dulu pernah merasa Tok bakar roti guna dapur kayu..teringat2 rasa&aroma roti tu sampai sekarang..
BalasPadambersantai dalam ruang alam nyaman menghijau tenang n damai
BalasPadamSy pun tertarik dengan goreng pisang tu...
BalasPadamMesti naik aroma roti tu bila dibakar diatas arang begitu. Sedap!
Tergelak saya baca berkawan dengan kura-kura dan siput tu. Sebelum ni saya tak tahu berkawan dengan haiwan apa sampai senyap sepi terus. Agaknya sloth kot. huhu...
BalasPadamBestnya tempat sarapan dia. Open air dapat melihat keindahan luar.closed to nature. Memang terbaiklah tempat Abang Farid pilih untuk mommy, babah dan Firdaus healing bersama.
Syoklah Daus dapat conquer pool sorang. Cantik gambar kak Amie berposing sorang celah bunga tu. Nampak susut Kak Amie dan babah. Firdaus pun semakin tinggi dah. Lama betul saya tak singgah sini kan.
Hati-hati kak.... bersemuttttt 🐜🐜🐜🐜🐜 😁
BalasPadamMenarik tu.. roti bakar arang.
Subahanallah, segar udara kat sana dan makanan meriah betul tu..
BalasPadamWaaah lihat tempat makannya memang sukaaaa. Nature sangat. Harus lepas sepatu pula sebelum masuk yaaa.
BalasPadamMemang betah lah kak, pelan2 menikmati sarapan di sana 😍😍. Pilihan pun lumayan banyak.
Saya sama dengan daus, sukaaa sangat kalau ada yoghurt. Selalu pilih itu dulu, makan dengan buah.
Puas y daus bisa berenang sendiri. Dah seperti private pool 😁👍👍
Siapa yang healing sebenarnya, Kak Amie ke Firdaus ni? Hehe. Menarik betul sarapan dgn roti bakar arang. Mesti sedap ada aroma berbeza
BalasPadamMenarik sarapannya pagi² dah ada pisang goreng. Sy pun kadang² dah rasa malas ni Kak Amie tapi takut nanti Kak Amie denda, hahaha.
BalasPadamcantiknya tempat ni, penuh kehijauan!
BalasPadamCantik gambar Kak Amie ddk tepi bunga tu...
BalasPadamNikmat sarapa bertemakan nature ni, dari lapar bertambah laparrr..
BalasPadam