Ormond Hotel Sandakan : Penginapan Yang Selesa
9:18 PTGAbang Farid tempahkan jenis bilik deluxe twin. Katanya Ormond Hotel taraf 4 bintang. Kita tengoklah nanti adakah bintangnya bersinar atau pudar dengan harga RM448.00 termasuk sarapan. Hotel ini terletak di Sandakan Habour Square di tengah-tengah bandar Sandakan. Kedudukannya berdekatan dengan Sandakan Waterfront, Pasar Umum Sandakan, pusat beli-belah, restoran dan jeti.
Sayangnya sebaik sampai di sini Encik Suami pula bersungut. Tidak lain dan tidak bukan sungutannya sudah tentu tentang tempat letak kereta! Untuk pertama kali sudah tentulah agar sukar, tapi mungkin untuk yang seterusnya lebih mudah sebab sudah terbiasa. Tiada tempat letak kereta seperti yang Encik Suami selalu harapkan kerana kereta perlu diletakkan di tempat parkir mall. Jadi berpusing-pusinglah Encik Suami memandu untuk sampai ke tingkat lima. Kemudian naik lift dari mall dan tukar pula ke lift hotel. Bilik kami pula letaknya di tingkat 20.
Katanya, kenapalah tak menginap saja di Hotel Elopura. Tempat letak kereta ada di depan hotel. Iyolaaa....iyolaaaa.... ahaks!
| Bilik nombor 2019. |
Oleh sebab hari sudah menjelang petang, jadi kami terus sahaja masuk ke bilik untuk berehat seketika. Dari tingkap bilik kami, boleh terus melihat kolam renang yang terletak di tingkat 13.
Sekian.
Sedikit perkongsian tentang Ormond Hotel Sandakan.
Kalau ada yang akan jejak kaki ke Sandakan atau nama lainnya Elopura, bolehlah menginap di sini. Tempatnya sangat strategik dan mudah untuk bergerak ke mana-mana. Sewaktu kami sarapan keesokan harinya, banyak betul orang putih yang menginap di sini.
7 comments
Kenapa Daus tak minat nak mandi situ pulak? Tak sukup cabaran ke?
BalasPadamDah boleh agak dah, mesti bersungut pasal parkir kereta. hihi...Kadang tak suka juga hotel yang leceh bab parkir.
BalasPadamCantiknya permandangan laut dari bilik. Boleh healing tepi tingkap je. Kolam tu tak menarik minat Firdaus pula ye. Selalu dia yang laju nak mandi kolam.
Bilik ada view ni memang syok boleh jenguk2 ke luar.
BalasPadamCantik pemandangan Teluk Sandakan dari bilik Kak Amie tu. Dengan bilik cantik begini, kolam yang besar mmg ada bintanglah hotel ni :)
BalasPadamCuma Sy pun kurang suka kalau hotel bersambung dgn mall, selain isu parking nak angkut barang pun mencabar 😅
Suka view bilik camtu.. pepagi bangun buka langsir syahdunyaaa..
BalasPadamBeza dengan Suami Lin, suka hotel sekali Mall atau sebelah Mall.. uhh ke Mall aja dia nanti hahahaha
Cantik view luar bilik. Betul tu kalau drive sendiri parking le yg penting kalau boleh depan pintu bilik senang nak angkut barang hehehe
BalasPadamDaus takde geng mandilah tu...
BalasPadam