Menu Berbuka Puasa : Nasi Lemak Pandan, Ayam Goreng Pandan & Sambal Udang
11:25 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Ramadan ke-16, berbuka puasa dengan Nasi Lemak Pandan. Semerbak aroma pandan di segenap ruang dapur. Sudahlah nasi lemak pandan, ayam pun goreng pandan juga! Jiran sebelah tetap bersin! Bukan bersin kerana aroma pandan, tapi bersin sewaktu kita tumis bahan untuk sambal udang!
Nasi Lemak Pandan & The Gang! |
Nasi Lemak Pandan Ayam Goreng Pandan Telur Rebus Sambal Udang Timun Kacang Tanah dan Ikan Bilis Goreng |
Pokok daun pandan. |
Petang kelmarin, sewaktu kita masak sotong kembang, Encik Suami duduk depan pintu dapur sambil mengecat kerusi. Kita kata, bolehkah tanamkan pokok pandan di depan pintu dapur supaya senang kita nak ambil kalau nak masak. Malaslah hendak pusing ke belakang ambil daun pandan.
Eh! Petang tadi sewaktu kita hendak mengambil daun pandan untuk masak nasi lemak, ternampak pula dua tong pokok pandan di tepi longkang sebelah dapur! Tapi daunnya kurus-kurus. Jadi, kita pun teruskanlah perjalanan mencari daun pandan yang lebih lebar di belakang dapur untuk bungkus ayam.
Eh! Petang tadi sewaktu kita hendak mengambil daun pandan untuk masak nasi lemak, ternampak pula dua tong pokok pandan di tepi longkang sebelah dapur! Tapi daunnya kurus-kurus. Jadi, kita pun teruskanlah perjalanan mencari daun pandan yang lebih lebar di belakang dapur untuk bungkus ayam.
Tak lama kemudian, Encik Suami masuk dapur. Katanya, sudah disediakan daun pandan dekat dapur tapi jangan diambil sebab baru ditanam!
Sambal Udang |
Ayam Pandan Air Fryer |
Ayam Goreng Pandan kali ini Amie tak goreng gunakan minyak. Selepas dikukus, Amie masukkan dalam air fryer. Rasanya tetap sedap, tapi sudah tentulah lebih sedap kalau goreng dengan minyak. Firdaus yang sudah mula berselera makan, menambah nasi lemak berkali-kali dalam pinggan dan berketul-ketul Ayam Goreng Pandan masuk ke perutnya. Senang rasa hati melihat Firdaus sudah kembali cergas. Mudah-mudahan minggu hadapan bolehlah datang ke sekolah.
Ayam Pandan Air Fryer |
Resepi Ayam Goreng Pandan ada di sini : RESEPI DAN CARA MUDAH MEMBUAT AYAM PANDAN THAI YANG SANGAT SEDAP!
Apabila menjelang senja, dan hanya beberapa minit masuk waktu berbuka barulah siap juadah yang hendak dijamah. Jadi, ambil gambar pun di tepi tingkap, dalam cahaya samar-samar. Beginilah rupa nasi lemak di remang senja. Siap ada bayang-bayang lagi.
Waktu berbuka puasa di LD hari ini pada pukul 1816 petang.
Hari ini minum jus tembikai. |
8 comments
Seleranya saya tengok. Ada sambal udang lagi. Senanglah lepas ni, nak ambil daun pandan sudah dekat dapur. 😊
BalasPadamwahhhh nasi lemak pandan & ayam pandan!
BalasPadamsemerbak aroma pandan menu buka puasa menyelerakan
BalasPadamWah,harumnya merentas laut China Selatan nih..
BalasPadamAir tembikai..Puasa kali ni belum sekali pun buat air tembikai.Nasib baik nenek Cella tak tanya🤭
kalau kat bazar ni ayam pandan yg akk masak sebyk ni tentu harganya lbh RM20
BalasPadamMenduga betullah nengok jus tembikai tu sekarang ni huhuhu
BalasPadamLengkap sungguh hidangan nasi lemaknya, siap ada air tembikai!
BalasPadamsedapnya menu berbuka akak... untung orang rumah banyak tanah ni kak, merata tanaman nya
BalasPadam