Malam Buffet Jordan di Rawa Hotel Suites

1:38 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan 27 Disember 2025 - Amman, Jordan.
Alhamdulillah, sepanjang kembara kami selama 10 hari tidaklah pernah terdengar rungutan daripada Encik Suami atau Firdaus tentang selera makanan yang dihidangkan samada di Sharjah, Jordan mahu pun Palestin. Ini menunjukkan petanda baik, mereka tidak memilih makanan, dengan kata lain tidak cerewet walaupun setiap hari menghadap hidangan berbeza dengan apa yang selalu kita makan di tempat sendiri. 

Biasanya hotel menyediakan hidangan gabungan makanan tradisional negara mereka dan juga menu antarabangsa. Kami juga beberapa kali dihidangkan dengan nasi maqluba atau nasi terbalik. Kalau mezze atau hidangan pembuka memang Amie sudah kenal rapat seperti hummus, mutabbal  atau baba ghanous, falafel, salad tabbouleh dan roti Arab atau khbuz.

Bagi Amie inilah peluang dan masanya untuk berkenalan dengan hidangan negara lain. Firdaus lebih suka kentang dan ayam panggang. Itulah yang diambil berkali-kali.

Alhamdulillah.
Banyak pilihan makanan yang tersedia. Pilih sahajalah mana yang berkenan ikut selera masing-masing. Nikmat Allah manakah lagi yang kita hendak dustakan.

Botol berisi kicap, pelbagai jenis sos, madu, cuka dan sebagainya bukan sebagai hiasan, tetapi kami boleh ambil dan bawa botol pilihan ke meja makan masing-masing sebagai penambah rasa.


Melihat minuman pelbagai warna, rasa hendak cuba minum semua!


Ada jus tembikai, jus lemon dan jus oren.
Amie ambil jus lemon.


Oleh kerana kami antara yanag terawal masuk ke dewan makan, jadi tidajlah perlu berbaris untuk mengambil makanan. Dalam bekas bertutup ini ada nasi Arab, baked penne, kentang panggang, ayam panggang dan beef  stroganoff.


Inilah kawasan paling Amie suka. Meriah dan warna-warni dengan pelbagai salad sesegar mata memandang. Tapi, melihat begitu banyak pilihan sampai tak tahu mana satu hendak diambil.

Suka rasan tomato ceri, manis!


Seperti biasa, hidangan Timur Tengah mesti diseimbangkan dengan buah-buat citrus. Ambil saja sebiji atau dua biji. Tak sempat makan di dewan makan, boleh bawa masuk bilik.


Teringat sewaktu sekolah menengah berpuluh tahun dahulu, tentang seorang guru bahasa Arab kami yang didatangkan khas dari Iraq bernama Ustazah Hana. Beliau bercerita, biasanya mereka makan ayam seekor seorang. Kalau makan kambing, seekor untuk empat orang. Dalam sehari, mereka akan makan 25 biji buah limau. Tujuannya ialah untuk seimbangkan lemak dalam badan. Allahu Akbar! Patutlah saiz mereka besar-besar. Ustazah Hana dan suaminya akan tundukkan kepala ketika berada di dalam kereta. Boleh bayangkan tak betapa besar dan tingginya mereka! Rasanya lebih 6 kaki tinggi.


Kalau banyak masa, boleh tutup makan malam dengan minuman panas.


Pelayan hotel ini berkali-kali sebut perkataan 'stroganoff' untuk menu Beef Stroganoff yang seperti masakan kurma. Amie rasa terbelit-belit lidah untuk menyebut perkataan tersebut!


Tata hias di ruang makan ini  tidak jemu dipandang.


Mata tertarik melihat kayu panjang tersusundalam gelas. Dilihat dari jauh seperti kulit kayu manis, tetapi bukan. Nanti kita cerita ye.


Banyak jenis salad terhidang tapi disebabkan warna gelap, tak berapa rajinlah pula untuk ambil gambar banyak-banyak.

Salad Jagung & Zaitun

Nampaknya hotel ini turut menyediakan salad gaya Mediterranean atau Mexico yang sangat menyegarkan. Ada jagung manis, buah zaitun hitam (black olives), tomato ceri, dan bawang merah. Di atas lapisan salad ada daun lettuce yang dicincang. Salad ini biasanya digaul dengan minyak zaitun atau sos perahan lemon.

Salad Bit & Kubis Ungu

Hidangan berwarna merah tua ini kelihatan ialah salad ubi bit (beetroot). Bahan utamanya terdiri daripada hirisan ubi bit yang dipotong bergelombang (crinkle-cut), dicampur dengan kubis ungu dan lobak merah. Ada taburan bijan hitam di atasnya untuk menambah tekstur dan rupa yang menarik. Rasanya sedikit manis daripada ubi bit dan rangup daripada sayur-sayuran mentah.


Inilah 'kayu manis' yang Amie hendak cerita itu. Apabila melihat dekat-dekat rupanya buka kayu manis. Amie sangka sekadar hiasan sahaja, tetapi setelah nampak beberapa orang makan, Amie pun tertarik untuk mencubanya.


Kayu manis yang Amie sangka sebagai bahan hiasan ini sebenarnya biskut panjang yang dikenali sebagai Breadsticks atau Grissini. Ia merupakan roti kering yang dibakar sehingga  rangup, berbentuk panjang dan lurus, serta disaluti sepenuhnya dengan bijan (sesame seeds) di bahagian luar.
Apabila dikunyah, bijan memberikan aroma yang sangat wangi dan rasa "nutty" atau lemak masin. Di hotel, ia sering dihidangkan sebagai pembuka selera atau dimakan bersama madu (seperti madu Queen Bee yang ada di sebelah biskut itu dalam gambar di bawah), keju, atau dicicah ke dalam sup.


Crissini

Di hari terakhir kami menginap di sini (03 Januari 2026) seorang rakan peserta mengangkut satu  plastik besar berisi grissini ini. Katanya untuk dibuat oleh-oleh apabila sampai ke tanah air nanti. Aduhai... kami pandang saja! Tak sempat hendak beli sebab sudah tiba masanya untuk naik bas.


Inilah hidangan pilihan makan malam Amie. Ambil dulu dedaunan hijau termasuk sesudu kecil sambal. Eh, ada sambal tau disediakan di hotel ini. Tapi bukan sambal belacan.

Ambil serba sedikit baked penne, falafel, kentang panggang dan beef stroganoff.

Terakhir, Amie ambil ayam panggang, salad bit, yogurt, salad jagung dan zaitun serta warak enab atau dolma

Dolma atau warak enab ialah nasi dicampur daging cincang, bawang, tomato dan rempah dan dibungkus dalam daun anggur menjadi gulungan kecil. Dolma ini direbus, ditambah minyak zaitun dan perahan lemon.




8 comments

  1. Rambang mata tengok buffet hidangan macam2 ada.

    BalasPadam
  2. Hidangan terakhir paling menarik. Sy pernah tengok vtt warga Filastin masak makanan dibalut dgn daun anggur. Rezeki Kak Amie dapat merasa

    BalasPadam
  3. Uishhh sedap2 ni Amie. Terliur. Orang Jordan pun suka makan cili hijau tu buat ulam ya....orang turki makan tu dengan nasi jugak.

    BalasPadam
  4. Nampak sedap semua yang akak ambil gambar, menu akak tu pun nampak sedap. Kayu manis tu menggoda nasib la akak nampak orang makan kalau tak ingatkan hiasan je hehehe. Ingatkan botol2 sos tu hiasan tapi boleh ambil rupanya untuk buat makan.

    BalasPadam
  5. Bila pergi negara orang, kenalah rasa local food sana kan. Terkejut jugak orang arab ni makan ayam sekor utk dia je. Buah citrus pun 25 biji sehari. Kita yg baca ni rasa nak meletop perut 🤣

    Sedapnya semua menu yg disediakan..

    BalasPadam
  6. Inilah kenapa saya paksa anak saya utk makan apapun. Sebab saat traveling belum tentu mereka bisa dpt apa yg Dimau. Anak saya yg sulung lebih suka makanan western. Sementara yg bungsu hrs ada nasi. Tp saat traveling, mereka wajib makan apa yg ada 😄.

    Saya kalau kesana pasti sukaaa makanannya, apalagi salad banyaaaak.

    Tapi utk salad beetroot memang tak akan sentuh kak Amie. Pernah coba di Azerbaijan, tak tertelan. Saya tak sanggub aroma dan rasa dia yg langu .

    Memanglah orang2 arab dan eropa ini besar2 sebab mereka banyak makan protein dan susu. Itu yg buat besar. Beda dengan asia yg masih mengutamakan Karbohidrat 😅😅.

    BalasPadam
  7. Firtly nak ambil buah2an..lepas tu nak ambil menu lain..wah..kenyang sarapan ni ..alhamdulillah.

    BalasPadam
  8. banyak betul pilihan makanan yg disediakan
    crissini tu sy pernah jumpa masa gi mesir tp saiznya pendek sikit...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine ~Palestine - Jericho - Baitul Maqdis - Hebron - Jerusalem ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Salad Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe