Pengat Labu Menantu Pengat Labu Ibu Mentua

by - 9:15 PTG

Seminggu berpuasa, dua kali Amie buar pengat labu. Kali pertama Pengat Labu dengan Jagung, kali kedua Pengat Labu dengan Beras Pulut. Pengat Labu dengan Jagung itu resipi Amie sendiri, sementara Pengat Labu dengan Beras Pulut itu resipi arwah MIL.


Pengat Labu dengan Jagung & Pengat Labu dengan Beras Pulut


Pengat Labu dengan Jagung

Jom kita lihat resipi Pengat Labu dengan Jagung di bawah ini. Makan waktu panas memang sedap, makan sesudah disejukkan dalam peti ais lagi sedap!

Bahan-bahan:
  • 1.2  kg labu manis - kupas kulit - potong dadu ikut saiz yang digemari
  • 1 liter air
  • 250 ml santan pekat
  • 150 ml susu cair
  • 1 tin jagung biji
  • 1 tin jagung krim
  • 1 cawan sagu biji - bilas - toskan 
  • 300 gram gula melaka - didihkan hingga larut dengan 1 cawan air - tapis (boleh tambah atau kurangkan gula - ikut tahap manis yang disukai)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan - siat dan simpul
Cara memasak:
  1. Tuang air ke dalam periuk dan jerang atas dapur.
  2. Masukkan daun pandan, labu manis, jagung biji dan jagung krim.
  3. Setelah mendidih, masukkan sagu biji. Kacau selalu.
  4. Apabila  labu mulai empuk, tuangkan air gula melaka dan garam.
  5. Biarkan mendidih seketika, dan kemudian tuangkan santan pekat serta susu cair.
  6. Kacau perlahan, dan apabila kuah mula mendidih, padamkan api dapur.
Pengat Labu dengan Beras Pulut

Ini Pengat Labu dengan Beras Pulut kegemaran arwah MIL. Kalau kami ziarah ke kampung, kebetulan MIL sedang buat pengat labu dengan beras pulut, memang dibekalkan kami satu bekas untuk dibawa pulang. Resipinya di bawah ini:

Bahan-bahan:
  • 1 kg labu manis - kupas kulit dan potong ikut saiz yang digemari
  • 1/2 cawan beras pulut - cuci - toskan
  • 1 liter air
  • 400 ml santan pekat
  • gula pasir secukupnya
  • secubit garam
  • 2 helai daun pandan - siat dan simpul
Cara memasak:
  1. Tuang air ke dalam periuk dan jerang atas dapur.
  2. Masukkan beras pulut dan daun pandan.
  3. Setelah beras pulut kembang, masukkan pula labu manis.
  4. Kemudian masukkan gula pasir serta garam.
  5. Kacau sekali-sekala dan setelah labu kuning empuk, tuangkan santan pekat.
  6. Kacau perlahan, dan setelah kuah mulai mendidih, padamkan api dapur.

You May Also Like

23 ulasan

  1. Sedappppppnyaaaa, dah terbayang bayang rasa labu tuuuu! Macam jarang jumpa orang buat pengat labu kalau di terengganu ni hehehe

    BalasPadam
  2. sedapnya! esok kena gi cari labu la ni.

    salam kenal dari Kedah :)

    BalasPadam
  3. pengat labu ditambah lain2 bahan nmpk sedap sgt

    BalasPadam
  4. Pengat labu dengan beras pulut tu agak unik, mesti rasanya seakan bubur merah bubur putih tu

    BalasPadam
  5. Jarang buat pengat labu sebab selalu buat masak lemak.
    Pertama kali baca kombinasi labu dengan beras pulut.

    BalasPadam
  6. Selalu buat pengat labu campur sagu biji je. Wah sesekali campur dengan jagung mesti lain rasanyanya. Tapi dengan pulut lagi lah tak pernah dengar. Selalu pulut dibaut pulut kuning atau pulut tanak ja tapi bila di jadikan pengat wah marbelous ni.

    BalasPadam
  7. sedapnya kak, lagila bila labu tu manis lemak... buat pengat memang layan

    BalasPadam
  8. Sedap tu pengat labu.Kalau kat tempat saya di Kedah,pengat labu dimakan besama pulut yang ditanak.Itu dulu la.Sekarang dah jarang jumpa

    BalasPadam
  9. Nampak sedap..tapi sayangnya SA x boleh makan..segala keluarga ubi..angin...

    BalasPadam
  10. Selalu kalau buat pengat labu dgn sagu biji aje atau bubur jagung dgn sagu biji juga.Tapi gandingan labu dgn jagung, labu dgn pulut lain dari yg lain.mesti buat ni

    BalasPadam
  11. Dua-dua saya tak pernah makan, Amie. Masak lemak labu je biasa. Sedap nampak kedua pengat.

    BalasPadam
  12. wah tampak sedap, kak Amie.. Kalau disini mirip dengan kolak, tetapi perbedaannya ditambah beras pulut, jagung dan susunya, kak..

    BalasPadam
  13. Pengat labu favorite arwah ayah. Nak kena buat jugalah, asyik tekan ailio je tengok pengat labu kat dapur ni :D

    BalasPadam
  14. sedapnya dua2 pengat labu..dapat labu yg manis + tekstur halus berambah sedap..

    BalasPadam
  15. Sedapnya pengat labu. Oo x pernah pula mkn yg pulut tu Amie, mesti sedap pekat2 juga kan

    BalasPadam
  16. pengat labu, lepat labu memang sedap amie,tapi kak ana dah tak boleh nak menikmatinya sekarang, walau teringin sekali sekala.. :(

    BalasPadam
  17. So sedappp...tp kalau buat kt rumah ni sikit ja la..saya dan suami ja yg mkn

    BalasPadam
  18. Lalu lalang pengat labu 2 3 hari ni di Instagram, ni nampak sini pula. Dah la feveret, nak kena buat juga ni.

    BalasPadam
  19. Terasa kemanisan dan kesedapan pengat. Labu is my favourite cuma belum pernah makan versi pengat lagi.

    BalasPadam
  20. bolehlah buat mggu dpn pengat ni. tp kena cari labu dulu hehehe

    BalasPadam