Memandang Tebing Barat Palestin dari O Beach Hotel & Resort
12:08 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Ketika kaki melangkah hendak meninggalkan O Beach Hotel & Resort, hujan gerimis telah berhenti. Namun awan masih mendung dan kelihatan sangat berat mengandung air. Tour guide membenarkan kami turun ke pantai.
Laut Mati merupakan sebuah tasik yang sangat masin, terletak di sempadan antara Jordan dan Tebing Barat. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.Ia terkenal kerana beberapa ciri unik:
- Kadar garam sangat tinggi sekitar 30–34%.
Jauh lebih masin daripada laut biasa. Garam tinggi ini membuatkan orang boleh terapung di permukaan tanpa berenang. - Tiada hidupan laut besar.
Air yang terlalu masin menyukarkan ikan dan kebanyakan haiwan laut hidup di situ, jadi ia dipanggil mati. Namun, mikroorganisma tertentu masih wujud. - Ketinggian rendah.
Permukaan Laut Mati ialah titik darat terendah di bumi, sekitar 430 meter di bawah paras laut. - Kegunaan perubatan dan kosmetik.
Lumpur dan mineral dari Laut Mati sering digunakan untuk rawatan kulit, spa, dan produk kecantikan. - Tarikan pelancongan:
Orang ramai datang untuk mandi, terapung, dan mencuba lumpur mineral yang dikatakan baik untuk kulit.
| Melihat Dead Sea yang tenang, sambil mata memandang ke arah West Bank dari O Beach Hotel & Resort. |
| Nun jauh di bawah, kelihatan peserta rombongan menjejakkan kaki dan menyentuh sendiri air Laut Mati. |
Konsep utama tempat peranginan ini ialah Natural Rustic Mediterranean dengan sentuhan moden minimalis. Walaupun terletak di kawasan Laut Mati yang gersang dan berwarna keperangan, hotel ini banyak menggunakan kayu, batu semula jadi dan warna tanah (earth tone) untuk mewujudkan suasana yang mesra alam. Dek kayu, katil santai (sunbed), dan ruang terbuka memberi aura resort pantai eksklusif. Walaupun Laut Mati bukan pantai berpasir biasa, suasananya tetap seperti private retreat.
O Beach Hotel & Resort memang indah dan mengasyikkan, namun apabila pandangan mata melintasi permukaan air yang diam itu, kelihatan tanah berbukit di seberang, terasa sunyi dan jauh. Di situ hati berasa sayu. Laut yang sama memisahkan dua dunia, satu tempat kami berehat dan menikmati keindahan, satu lagi tanah yang sarat dengan perjuangan.
Walaupun sekadar singgah untuk makan tengah hari, namun di tengah kemewahan resort, hati berbisik penuh rasa syukur, berempati dan tidak lupa mendoakan kesejahteraan buat mereka di seberang sana.
10 comments
Cantik juga ya pemandangan Laut Mati. Resort pun nampak mewah. Tapi betul la kan, berat rasa bila kenang situasi mereka di seberang sana.
BalasPadamMasya-Allah, cantiknya pemandangan. Gambar langit, awan dan laut. Saya yang sekadar tengok gambar ni pun, boleh rasa sayu.
BalasPadamSebak pulak rasa hati membaca nukilan amie. Tul lah berat mata memandang berat lagi penderitaan rakyat Palestine. Semuga Israel nyah dari muka bumi Palestine. Aamiin
BalasPadamLaut Mati menjadi saksi bisu.. Ya Allah, betapa beratnya penderitaan mereka di seberang, tetapi mereka tetap positif.. semoga dipermudah segala urusan dan langkah mereka, doa yang tak putus2 buat mereka...Aamin
BalasPadamCantik juga hotel ini.. berhadapan dengan laut mati .. view pun nampak indah sejauh mata memandang.. betul tu tanah palestine menyimpan sejuta kisah, kenangan dan sejarah..
BalasPadamSaya pernah merasakan tiruan air laut mati di water park Escape Penang. Dj sana ada 1 kolam namanya dead pool. Jadi kandungan air garam di dalamnya sama dengan kandungan air laut mati. Untuk masuk ke pool, wajib pakai kacamata renang. Saat saya masuk, memang tak tenggelam badan kita. Dan sedikit saya icip rasa air ya, asinnya berkali lipat dr air laut biasa.
BalasPadamSempet kena mata sedikit, percikan air ya, pediiih sangat kak. Memang bagi yg belum jejak laut mati yg asli, coba yg di Escape Penang lah 😄.
Nampak jauh ke bawah pantai Laut Mati tu dari atas area hotel ... namun terasa dekat pula Tebing Barat.
BalasPadamDisebalik laut mati, ada perjuangan yg tak pernah mati oleh rakyat2 di seberang sana. Walaupun Palestinian di West Bank tak kena seteruk mcm di Gaza, tapi boleh nampak perbezaan layanan zionist tu pada penduduk sana. Tak buat salah pun tiba2 kena bantai dengan askar
BalasPadamSubahanallah, hebat panorama alam di sana kan..syukur dapat travel jauh ni..
BalasPadamtak dinafikan kawasan resort ni mmg cantik...
BalasPadambila tgk jarak tu entah kenapa sy terfikir... tentu ramai rakyat P yg pernah cuba utk selamatkan diri dan berenang merentasi laut tu... entah hidup entahkan tidak sebelum tiba di jordan...