Langit Malam Dubai Bermandi Cahaya - Light Show Burj Khalifa

12:49 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Wellcome to Dubai Mall At The Top Burj Khalifa.
Sambil bergandingan tangan, bimbang terlepas di antara satu sama lain akhirnya kami sampai juga ke tempat khas untuk menyaksikan Light Show Burj Khalifa.

Dalam gemerlap cahaya malam dan di tengah kesesakan lautan manusia, mata tidak lepas dari melihat sendiri Burj Khalifa, bangunan pencakar langit yang sangat terkenal di Dubai, UAE dan merupakan bangunan tertinggi di dunia setakat ini. Tingginya mencecah 828 meter dan 163 tingkat (tidak termasuk beberapa tingkat mekanikal). 


Burj Khalifa dibuka secara rasmi pada tahun 2010. Selain pejabat dan kediaman, di dalamnya terdapat hotel, restoran dan dek pemerhatian di beberapa tingkat tinggi. Rekabentuknya diinspirasikan oleh bunga gurun hymenocallis, dengan struktur bertingkat yang semakin mengecil ke atas. 

Light Show Burj Khalifa merupakan paparan lampu LED memenuhi keseluruhan bangunan. Malam itu kami menyaksikan paparan pelbagai corak, bunga, bendera dan animasi dan dimainkan bersama muzik. Memang rasa terpaku melihat keindahan cahaya yang menari di tubuh bangunan tertinggi dunia ini. 
Selain pertunjukan lampu pada bangunan Burj Khalifa, ada tarian Dubai Fountain yang terletak di tasik buatan di hadapan Dubai Mall. Air memancut dan menari mengikut muzik dengan latar belakang Burj Khalifa.

Dari senja hingga ke malam, dari dalam bas terus menyaksikan bagaimana Dubai berubah wajah daripada kota siang yang sibuk kepada kota malam yang sarat dengan cahaya dan keajaiban. Hebat sungguh ciptaan manusia yang berdiri gagah di kota moden yang penuh gemerlapan. 

Masya Allah.
Perjalanan ini bukan sekadar melihat keindahan dunia, tetapi mengajar diri ini tentang kebesaran Pencipta. Di sebalik cahaya yang memukau pandangan, hati semakin yakin bahawa hanya Allah sebaik-baik pencipta yang menghadirkan segala keajaiban alam semesta.

Antara warna-warni Light Show Burj Khalifa.




Dubai Mall Emmar - Laluan masuk untuk menyaksikan Light Show Burj Khalifa.


Di luar Dubai Mall Emmar, ketika menunggu bas untuk membawa kami ke tempat lawatan seterusnya.

Rakaman gambar Burj Khalifa pada malam 26 Disember 2025.

Google - Burj Khalifa






9 comments

  1. tak sakit leher ke kak asik mendongak je tu? hehehe gurau je

    BalasPadam
  2. cantiknya tgk warna-warni Light Show Burj Khalifa

    BalasPadam
  3. Cantik nya persembahan lampu tu..kalau kat Malaysia..warna je bertukar tukar..ni sekali ada bentuk²...

    BalasPadam
  4. Waktu siang cantik, malam pun cantik. Teringin nak ke dubai juga

    BalasPadam
  5. Memang cantiiiiik kaaan. Sayangnya dulu saya ke sana siang hari, jadi tak adalah permainan lampu2 begini

    BalasPadam
  6. Cantik sungguh bangunan tertinggi di dunia tu kak... ralit tengok tukar-tukar corak tu kan

    BalasPadam
  7. Cantik sangat light show tu... ceria dan warna-warni.

    BalasPadam
  8. Cantiknyaaaaa...salah satu keajaiban..banyangkan pembinaanya kan kak..Burj Khalifa jadi igauan rakyat dunia..kalau la dapat pergi dan saksikan dengan mata kepala sendiri...alangkah indahnya

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine ~Palestine - Jericho - Baitul Maqdis - Hebron - Jerusalem ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Salad Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe