Makan Tengah Hari di Esplanade Sipitang : Pelbagai Jenis Sate, Kelupis dan Ketupat
10:25 PGBismillahirrahmanirrahim.
Sebelum ini Amie pernah kongsikan beberapa entri berkaitan makan sate di Esplanade Sipitang:
- Sate Sipitang, Boleh Makan dari Pagi Hingga ke Malam!
- Sarapan Sate Kerbau Sipitang
- Memburu Sate di Gerai Esplanade Sipitang
- Sate Jamrut di Gerai Esplanade Sipitang
Dulu datang ke sini dengan Encik Suami dan Firdaus, sekarang bersama gang kaki jalan pula. Ketika kami sampai lebih kurang pukul 11:15 pagi, kebanyakan gerai sudah dipenuhi pelanggan. Memang meriah sungguh kalau datang makan sate di Esplanade Sipitang. Boleh sarapan, makan tengah hari, makan petang atau malam dengan sajian aneka jenis sate!
Menjamu selera dengan aneka sate, kelupis dan ketupat dan juga nasi himpit. |
Makan sate dengan kelupis. |
Video kenangan makan sate di Esplanade Sipitang.
Sate Kerbau |
Ada pelbagai jenis sate di sini seperti sate daging (kerbau), kambing, ayam, berubut dan sebagainya. Selain sate, seiap warung turut menawarkan makanan lain seperti sup, gorengan, nasi dan sebagainya.
Sate Ayam & Sate Kerbau |
Sate Berubut - di depan sekali. Sate Berubut yang hendak dibakar. |
Kelupis |
Kelupis dibungkus dalam daun nyirik. |
Ketupat Nasi |
Semoga ada rezeki untuk kami sampai ke sini lagi.
Esplanade Sipitang |
Ketika menulis entri ini (Sipitang) terus-menerus terbayang peristiwa tragis yang menimpa Allahyarhamah Adik Zara Qairina. Semoga segala urusan untuk menuntut keadilan dipermudahkan oleh-Nya. Harapnya ibundanya serta keluarganya terus diberi kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam menghadapi musibah yang sangat berat ini.
Allahu Akbar!
Kun Fayakun!
Kun Fayakun!
14 comments
Menarik tarikan di Esplanade Sipitang ni la. Seronoknya kalau dapat jjcm kat situ, Kak Amie. Sy sekeluarga peminat sate pulak, terus kecur tengok.
BalasPadamSungguh, semoga nama adik Zara yang difitnah membunuh diri, dapat dibersihkan, Aminnnn3 YRA.
Masyaallah lihat satenya tu, nampak sedap. Macam-macam sate ada ya... Ya, Sipitang tempat tinggal adik Zara. Kesiannya adik Zara, kita doakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
BalasPadamYa rabbi, terus lapar perut SA kak tengok sate Sipitang tu..ngan kelupisnyaaa...sedap betul ni
BalasPadamSate berubut tu sate perut ke amie. Aduhaiiiiii syioknya layan sate pelbagai jenis. Kalau boleh semua nak rasa
BalasPadamsatay berubut tu mcm satay perut ke??
BalasPadamSayap tu sedapnya cicah kuah kicap...
BalasPadamSEdapnya semua menu tu kak, dana suka pulut , sate jugak... semua best lah situ
BalasPadamTempat menarik dan makan pun sedap. Sate pun banyak pilihan yang ada. Menarik pulak tengok Kelupis bungkus dengan daun nyirik tu. Mungkin ada aroma macam daun pisang.
BalasPadamNampak menarik kelupis tu teringin nak makan.
BalasPadamBETUL BETUL MENARIK TU ..HEBAT,,TERBAIK
BalasPadamInsahaAllah akan datang sini menraik sekali
BalasPadamSedapnya sate tu..
BalasPadamSedapnya kelupis dan macam2 jenis sate
BalasPadamSedapnya kelupis dan macam2 jenis sate.
BalasPadam