Pages

Isnin, 11 Ogos 2025

Makan Tengah Hari di Esplanade Sipitang : Pelbagai Jenis Sate, Kelupis dan Ketupat

Bismillahirrahmanirrahim. 
Sebelum ini Amie pernah kongsikan beberapa entri berkaitan makan sate di Esplanade Sipitang:
Dulu datang ke sini dengan Encik Suami dan Firdaus, sekarang bersama gang kaki jalan pula. Ketika kami sampai lebih kurang pukul 11:15 pagi, kebanyakan gerai sudah dipenuhi pelanggan. Memang meriah sungguh kalau datang makan sate di Esplanade Sipitang. Boleh sarapan, makan tengah hari, makan petang atau malam dengan sajian aneka jenis sate!

Menjamu selera dengan aneka sate, kelupis dan ketupat dan juga nasi himpit.


Makan sate dengan kelupis.

Video kenangan makan sate di Esplanade Sipitang.

Sate Kerbau

Ada pelbagai jenis sate di sini seperti sate daging (kerbau), kambing, ayam, berubut dan sebagainya. Selain sate, seiap warung turut menawarkan makanan lain seperti sup, gorengan, nasi dan sebagainya.

Sate Ayam & Sate Kerbau

Sate Berubut - di depan sekali.


Sate Berubut yang hendak dibakar.

Kelupis

Kelupis dibungkus dalam daun nyirik.

Ketupat Nasi


Semoga ada rezeki untuk kami sampai ke sini lagi.

Esplanade Sipitang

Ketika menulis entri ini (Sipitang) terus-menerus terbayang peristiwa tragis yang menimpa Allahyarhamah Adik Zara Qairina. Semoga segala urusan untuk menuntut keadilan dipermudahkan oleh-Nya. Harapnya ibundanya serta keluarganya terus diberi kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam menghadapi musibah yang sangat berat ini.

Allahu Akbar!
Kun Fayakun!

15 ulasan:

  1. Menarik tarikan di Esplanade Sipitang ni la. Seronoknya kalau dapat jjcm kat situ, Kak Amie. Sy sekeluarga peminat sate pulak, terus kecur tengok.

    Sungguh, semoga nama adik Zara yang difitnah membunuh diri, dapat dibersihkan, Aminnnn3 YRA.

    BalasPadam
  2. Masyaallah lihat satenya tu, nampak sedap. Macam-macam sate ada ya... Ya, Sipitang tempat tinggal adik Zara. Kesiannya adik Zara, kita doakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

    BalasPadam
  3. Ya rabbi, terus lapar perut SA kak tengok sate Sipitang tu..ngan kelupisnyaaa...sedap betul ni

    BalasPadam
  4. Sate berubut tu sate perut ke amie. Aduhaiiiiii syioknya layan sate pelbagai jenis. Kalau boleh semua nak rasa

    BalasPadam
  5. satay berubut tu mcm satay perut ke??

    BalasPadam
  6. Sayap tu sedapnya cicah kuah kicap...

    BalasPadam
  7. SEdapnya semua menu tu kak, dana suka pulut , sate jugak... semua best lah situ

    BalasPadam
  8. Tempat menarik dan makan pun sedap. Sate pun banyak pilihan yang ada. Menarik pulak tengok Kelupis bungkus dengan daun nyirik tu. Mungkin ada aroma macam daun pisang.

    BalasPadam
  9. Nampak menarik kelupis tu teringin nak makan.

    BalasPadam
  10. BETUL BETUL MENARIK TU ..HEBAT,,TERBAIK

    BalasPadam
  11. InsahaAllah akan datang sini menraik sekali

    BalasPadam
  12. Sedapnya kelupis dan macam2 jenis sate

    BalasPadam
  13. Sedapnya kelupis dan macam2 jenis sate.

    BalasPadam
  14. Saya langsung cek lokasi sipitang. Trus rute road trip di sana. Betul2 kalo nanti ke Sabah - Serawak - Labuhan , saya teringin kalo bisa road trip.

    Makanannya ya ampuuuun 😍😍😍. Sukaaa sangat semua kak. Sate nya apalagi. Tp penasaran dengan rasa kelupis. Manis atau gurih kak?

    BalasPadam