Bermalam di Coconut Bay Lodge Bandar Seri Begawan

5:24 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Malam pertama kami menginap di The Cottage Hotel di Kundasang, Sabah. Malam kedua kami sudah berada di luar negara. Untuk penginapan di Brunei Amie tidak pasti bagaimana Nano uruskan, padahal Amie sebilik dengan Nano sepanjang tempoh kembara kami. Cuma Nano pernah suarakan sewaktu kamai di LD, risau tempah penginapan yang mahal sebab nilai mata wang tidak sama. Di Brunei, walaupun gunakan matawang dollar (BND) mereka tetap juga sebut ringgit. Tukaran mata wang ketika kami sampai 1 BND bersamaan dengan RM3.65 sen.

Coconut Bay Lodge Bandar Seri Begawan


Pilih punya pilih, akhirnya Nano terjumpa Coconut Bay Lodge. Kata Nano, mungkin inilah tempat penginapan paling murah sesuai dengan nilai ringgit kita. Tak kisahlah kalau bukan taraf hotel. Yang penting ada tempat untuk berehat, bersihkan diri dan solat. Jadi, Nano terus tempah tiga bilik. Selepas itu, Amie tidak pasti adakah Nano bayar secara online atau bayar apabila sampai di sana.

Coconut Bay Lodge


Apabila kami masuk ke bilik, Nano berteriak kegembiraan. Katanya, bilik kami seperti hotel juga kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan. Biliknya agak luas. Tidaklah terpaksa menyelit di celah katil sewaktu solat. Sudah tentulah Nano tambah teruja kerana katanya harga untuk satu malam hanya RM154.00 sahaja. 



Ada pula disediakan Basikal Excersice!


Sofa warna biru.

Peti sejuk.

Almari pakaian dan meja solek.

Dalam almari ada sterika dan iron board.


Kelengkapan untuk minuman.





Toilet turut dilengkapi dengan tuala besar dan tuala kecil.




Alhamdulillah. Dapatlah kami meluruskan pinggang, berehat dengan selesa  satu malam di Coconut Lodge Bay. Sayangnya malam itu kami tidur lewat sebab menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun yang dipikul dalam beg dari LD.

3 comments

  1. Kira dah okay sangat dah ni kan. Bilik luas dan bersih. Cukup kelengkapannya juga. Aduhaiii..terpaksa bawa juga kerjanya ye kak Amie. Ni namanya nak hilang stress, tapi stress ikut sekali. Sabar je lah.

    BalasPadam
  2. Berbaloi sungguh ni Kak Amie... Bilik lengkap segala kemudahan, saiz pun elok luas je... Selesalah nak menanda kertas exam hihi

    BalasPadam
  3. Uncle panggil Basikal tak kemana-mana

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe