Sate Sipitang, Boleh Makan dari Pagi Hingga ke Malam!
9:18 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Setelah meronda dan berpanas di Tamu Sipitang, kami beralih arah ke Medan Selera, di deretan gerai sate yang terletak di tepi pantai. Semua gerai di sini menyediakan pelbagai jenis sate untuk dinikmati pelanggan. Tidak perlu memilih masa untuk datang menjamu selera di sini kerana semua gerai memang menjual sate selain makanan lain seperti nasi ayam, pelbagai jenis makanan bersup dan makanan bergoreng. Satenya pula boleh dinikmati bersama kelupis, ketupat dan juga nasi himpit.
Encik Suami mencari sate kerbau. Amie mencari sate berubut dan sate kambing. Firdaus mencari sate ayam! |
Sayap ayam pun ada. |
Sate Berubut. |
Sate Ayam |
Encik Suami : Kuetiaw Basah |
Firdaus : Sirap Laici |
Firdaus makan sepinggan dengan Encik Suami. Amie : Rojak Mi Ayam. |
Alhamdulillah. Tertunai hasrat di hati nak makan sate berubut. |
Warna kuahnya agak kekuningan, tapi sedap dan cukup rasa. |
Para pelanggan terutamanya dari luar daerah Sipitang sedang menikmati makan di Medan Selera. |
Pada waktu-waktu tertentu seperti tengah hari, memang ruangan makan dipenuhi para pelanggan! |
Jumpa lagi Sipitang! |
Dalam perjalanan pulang ke Penampang, kami singgah di Papar mencari minuman. |
Encik Suami : Cendol Amie : Mangga Susu Firdaus : Tidur! |
7 comments
sate kegemaran saya, tak kira apa jenis sate, semua saya suka. tak pernah puas. insyaallah thn ni saya nak jalan2 sabah, sambil cari makan
BalasPadamSamalah dengan saya. Suka makan apa saja jenis sate. Mari datang jalan-jalan Sabah. Paling sedap makan sate di Beaufort, di Sate Lembah Brunei.
Padamteringatkan pekan Papar yg sy tinggalkan pd 2001 yg lampau. Khabarnya dah menjadi bandar skrg..siap ada mall lg...
BalasPadamOh, lebih 20 tahun berlalu!
PadamMarilah datang ke Sabah. Memang jauh beza Papar yang dulu dengan Papar yang sekarang.
Sedapnya satay Sipitang..bila la SA dapat merasa ni...kena honeymoon ke Sabah nampaknya ni
BalasPadamsatay kerbau tkpernh makan
BalasPadamMata salfok pada sirap laici Daus...kalau bulan posa tengok waktu tengahari...meleleh ni
BalasPadam