Apa Ada di Di Depan dan Belakang Rumah
7:16 PGBismillahirrahmanirrahim.
Petang kelmarin terpandang setangkai buah epal bidara terjuntai dari pokoknya di penjuru halaman rumah. Banyak buahnya di bahagian atas pokok. Sebahagiannya sudah buruk, dan sebahagian lain masih elok.
Di bawah pokok bidara ada pokok kaduk. Sayang sekali, daun-daunnya layu kekeringan. Musim kemarau?
Epal bidara layu di tangkai. |
Tiga generasi epal bidara : muda, tua, layu dan buruk. |
Nampaknya buah limau ini sudah tiba masanya untuk dipetik. |
Tak tahu apa jenis limau ini. |
Jalan ke belakang rumah. Meninjau pula pokok cili putih yang Encik Suami tanam. Sudah dipetik dan dimasak beberapa kali, tapi baru kali ini kita sempat melihat pokoknyua.
Cili putih ini sedap digoreng dengan bawang dan ikan bilis.
Daun kunyit kelihatan tumbuh subur.
Bolehlah digunakan untuk merendang.
Dulu pokok kunyit yang ditanam di depan rumah selalunya hidup segan mati tak mahu. Setelah dipindahkan ke belakang rumah, subur pula dia.
Daun kesum pun segar merimbun. Bolehlah selalu masak asam pedas. Ada pokok kantan di luar pagar depan rumah. Belum melihat apakah khabarnya, masih berbunga seperti selalu atau tidak?
Pokok halia? |
Dulu banyak pokok kencur. Entah ke mana perginya. Mungkin sudah mati sebab tidak dituai dan jarang dipeduli. Encik Suami tanam lagi dalam pasu. Kelihatan dain-daun muncul dari isi kencur yang ditanam.
Mangga manila di rumah jiran belakang rumah. |
Mangga Manila |
Kelmarin, Amie minta Encik Suami petik buah mangga udang yang matang. Kata Encik Suami, ada mangga tujuh biji di dapur. Dalam hati berkata, kenapa sampai petik tujuh biji buah mangga udang? Petik sebiji pun tiga empat hari baru habis makan.
Rupanya Encik Suami maksudkan tujuh biji buah mangga manila jatuh dari pokok jiran yang dikutip di belakang rumah.
Mangga udang bersama adik-adiknya, mangga manila. |
Mangga manila dari pokok jiran memang tidak pernah mengecewakan. Tidak ada orang di dalamnya dan rasanya lemak manis. Alhamdulillah. Rezeki kami, setiap kali mangga manila masuk ke kawasan rumah kami, jiran sudah berpesan supaya kami ambil dan makan. Semoga mangga manila jiran terus lebat berbuah.
Mangga Manila |
Sekian.
Cerita kosong di depan dan belakang rumah.
31 comments
Banyak hasilnya.
BalasPadamHaritu ada tengok menu lain selain asam pedas yg guna daun kesom di page “adikfoods”. Nampak sedap
Resipi asam pedas memang banyak versi.
Padambanyaknya hasil tanaman. epal bidara tu pernah try beli. sedap rasa dia. macam makan epal jugak.
BalasPadamKalau musim berbuah memang lebat, tak termakan.
PadamWahh sejuknya tangan Kak Amie sekeluarga. Semua elok hidup subur dan keluar hasilnya Alhamdulillah. Hhmm pokok2 di rumah ni, macam merajuk sebab agak diabaikan kebelakangan ni.
BalasPadamHeheee...saya tanam apa pun tak hidup. Encik Suami yang rajin menanam tu semua.
PadamMangga udang bergandingan dengan mangga manila nampak benor beza dia.
BalasPadamKan. Tapi mangga manila sedap, lemak manis.
PadamSaya tanam pokok bidara kat kg tapi susah nak buah. Amie pakai baja apa. Pokok kencur buat masak pecal sedapnya.
BalasPadamTanam gitu jew Notie.
PadamEncik Suami tak pernah bubuh baja.
Seronoknya...PZ punya mini kebun baru je dia tanam baru...belum ada nampak hasil apa2 lagi..kecali pokok bendi yang dah menjulang tinggi...best betul tengok buah mangga dan tanaman suami kak amie semua tu...
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamTanah sekangkang kera saja SA.
rimbunnya mangga tu.. kalau ada yang muda-muda, sis suka buat somtam.. ^^
BalasPadamSedapnya somtam.
Padam7-8 biji mangga Manila = sebiji mangga udang. Memang besar mangga udang tu
BalasPadamSedapnya buah bidara tu, mesti rangup tu.
Saya suka daun cekur, buat ulam.
Betul, buah bidara yang matang memang rangup. Daun dan isi cekur tu kami suka campur dalam masak lemak ikan.
PadamWah... banyak juga tanaman di laman rumah Amie. Buah mangga tu, ada yang dah masak. Sedapnya. Kalau saya nak makan mangga kena beli dulu. Untung kalau tanam pokok mangga, bila musimnya tak payah beli tinggal petik je.
BalasPadamBetul Diela.
PadamBanyak buah mangga kami sampai Encik Suami kupas dan frozenkan. Bokehlah dibuat smoothie.
seronoknyaaa...banyak hasil tanaman, sedapnya mangga
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamTengah musim buah mangga.
Sy paling takut buah mangga ada orang di dalamnya. Memang sy bungkus terus campak ke cik tong, eiiii.. sherammmm.
BalasPadamMenang tak best langsung ada ada orang dalam buah mangga kan SK.
PadamMeriah dan lumayan hasil tanaman belakang rumah. Besar-besar juga buah bidara. Sayangnya yang dah buruk tu. Tak bungkus, tak jadi gangguan haiwan lain pulak ye. Rasa macam buah limau sunkist. Ke bukan? Kadang keliru cekur dan kencur, padahal sama je kan. hihi...Pokok pandan kak Amie okay tak? Jauh beza betul ye saiz mangga manila dengan mangga udang. Kalau 7 biji mangga udang, jenuh nak habiskan tu.
BalasPadamBanyak sangat buah bidaranya dan tinggi pula. Tu yang tak perbah dibungkus. Itulah tak tahu lagi isi limau tu macamana sebab belum dipetik.
PadamPokok pandan Kak Amie, Alhamdulillah subur. Di sebelanya ada dua rumpun serai. Entah bila Encik Suami tanam.
Buah bidara yang kering boleh buat sup tu kak atau campur dalam minuman tu kan kak... geramnya tengok semua tanaman akak
BalasPadamOh, itu bidara jenis jujube, yang boleh dikeringkan dan dimasak.
PadamBeza bebenor antara buah mangga udang dan mangga manila, dari segi saiz. Sedapnya, makan mangga.
BalasPadamWow, ada pokok buah bidara di rumah kak Amie. Banyak juga pokok-pokok lain, nak guna untuk masak, senang je, boleh petik. 👍
Itulah Tot, tak ada ranah rapi nak bercucuk tanam juga hihihiii.
PadamDari warnanya saja dah tahu maniiiis kak 😍😍😍.
BalasPadamSaya berangan kalau ada tanah di belakang rumah nak juga utk tanam sayuran. Tapi sayang tak ada 😅.
Kencur itu sedaap sangat. Saya selalu pakai kalo nak buat sambal. Wangi dan rasanya khas
boleh masak kencur keli tu.. sedapnya.
BalasPadamAlamak first time nampak buah pokok bidara..ada buah pula ni pokok, ada tanam tapi dalam pasu..nak tanam lah di tanah, pokok ni besar tau bila dah lama..berduri adui sakit kena..tapi pokok ini bagus dekat rumah..Wah..banyak tanaman subur pula tu..green hand Amie and suami ni tau...Syukur alhamdulillh jimat tu
BalasPadam