Makan Umai Obor-Obor & Sate Itik di Restoran Baroqah , Bintulu
5:28 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari kedua di Sarawak, pukul 8:30 pagi kami sudah berada di Restoran Baroqah, Bintulu. Walaupun masih agak awal pagi, tetapi restoran ini sudah menyediakan pelbagai juadah sarapan dan juga masakan berat.
Alhamdulillah, semua menu yang ada nampak menyelerakan. Mata ini, sudah tentulah mencari sesuatu yang lain dari kebiasaan. Terpandang Umai Obor-Obor! Ya, pertama kali datang ke Miri pada tahun 1996, kita sudah belajar makan Umai Ikan di Mega Hotel. Kali ini kita cuba Umai Obor-Obor pula!
Dan satu lagi, kami tertarik dengan sate arnab dan sate itik!
Pelayan restoran maklumkan sate arnab tiada ketika ini, yang ada hanya sate itik.
Mana lagi nak cari sate itik kalau bukan di sini. Dua hari lepas kami makan segala jenis sate di di Sipitang tetapi tiada sate itik. Rezeki kami jumpa sate itik di Bintulu!
Pelayan restoran maklumkan sate arnab tiada ketika ini, yang ada hanya sate itik.
Mana lagi nak cari sate itik kalau bukan di sini. Dua hari lepas kami makan segala jenis sate di di Sipitang tetapi tiada sate itik. Rezeki kami jumpa sate itik di Bintulu!
Umai Obor-Obor & Sate Itik |
Umai Obor-Obor
Pelbagai hidangan di Restoran Baroqah.
Aneka lauk-pauk.
Jom kita cuba sate itik! |
Umai Obor-Obor
Rasa masam, pedas cukup rasa. |
Menu utama kami semuanya ambil nasi lemak tapi lain-lain lauk. Ada yang makan nasi lemak dengan ikan, sotong, udang, sambal paru, rendang daging dan sebagainya.
Selesai makan nasi lemak, mari intai-intai sate itik yang sedang dibakar.
Semuanya belum pernah makan sate itik. Inilah kali pertama kami makan! Perapannya sem[urna secukup rasa. kalau makan begitu saja tanpa sambal kacang pun sudah cukup lazat! Seperti biasa, kulit itik ada rasa liat sedikit tapi tidak mengganggu kami menikmatinya.
Sate Itik. |
Video makan sate itik.
5 comments
Menarik..tak pernah lagi rasa umai obor-obor.
BalasPadamKebetulan adaumai obor-obor di pagi hari, kita cubalah buat rasa-rasa.l
PadamPelbagai jenis sate nya tu. Boleh la merasa semua jenis kalau ada.
BalasPadamBetul Cie. Bukan selalu jumpa jenis sate begini.
PadamPada senarai harga tu... Secara teknikalnya semua tu 'daging' kan? Tapi lembu juga yang dapat pegang title daging... hehehehe
BalasPadam