Avocado & Pumpkin Sago

11:35 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamay berhujung minggu rakan-rakan pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Apa aktiviti sepanjang hari ini?  Sudah masak untuk hidangan tengah hari?

Hari ini Amie tidak ke mana-mana. Biasanya kami akan ke pasar tani, tapi kali ini berat pula kaki hendak melangkah ke sana. Encik Suami baru sahaja pulang dari membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Sebentar lagi bolehlah masuk dapur, masak apa yang patut.

Sebelum itu, hendak panaskan enjin dahulu dengan menulis entri cerita jalan-jalan cari makan malam tadi. Fairuz ajak kami keluar makan di I Peak LD. Jarang-jarang kami ke sini terutama pada waktu malam. Ikutkan sajalah pelawaannya.

Fairuz memesan Avocado Sago dan Pumpkin Sago. Barangkali anak ini ingin kami kongsi keenakan dessert yang menjadi kegemarannya. Walaupun kami sudah memesan Chinese Tea, tetapi dia pesan juga dessert bersaiz agak besar ini. 
Avocado & Pumpkin Sago

Amie pula tidak memilih hidangan berat. Cukuplah setakat memesan:
  • Tauhu Sumbat
  • Popia Ayam
  • Wantan Goreng
Tidaklah Amie mampu habiskan kesemuanya. Amie tahu nanti semua akan bantu licinkan piring snacks Amie!

Tauhu Sumbat

Popia Ayam

Wantan Goreng

Firdaus - Bihun Goreng Ayam

Fairuz - Bihun Sup Campur

Banyak juga aksesori Bihun Sup Campur - ada bebola daging, perut dan daging.


Encik Suami - Sup Campur & Mi Goreng

Chinese Tea

Kami cuba habiskan Avocado Sago sebab dessert ini datang lebih awal. Pumpkin Sago datang kemudian. Oleh sebab sudah kekenyangan, Fairuz minta bungkuskan Pumpkin Sago, bawa pulang. Terima kasih Fairuz, belanja kami makan. Moga Allah kurniakan kesihatan dan sentiasa lipatgandakan rezeki untukmu, anakanda Fairuz.

11 comments

  1. Besar juga tu avocado & pumpkin sagoo tu jenuh nak habiskan. Sampai dulu dari main course.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, memang besar. Tak perasan pula Fairuz order sampai dua jenis. ingatkan sayu saja.

      Padam
  2. lain tauhu sumbat kat sana ye kak amie...makanan lain semua nampak sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain kan SA dengan tauhu sumbat kita. Kulitnya tauhu, isinya pun tauhu juga.

      Padam
  3. Nampak enak² snack pilihan Kak Amie. Pandai Fairuz pilihkan dessert untuk mommy. Fairuz, nak mak angkat, tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fairuz kata nanti dia kirim google form ke JDT hihihii.

      Padam
  4. Sedapnya tengok gambar makanan. Bihun goreng nampak sangat sedap, feveret saya tu. Sesekali, makan malam di luar. Alhamdulillah, anak belanja.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe