Temankan Firdaus Makan Ramyeon Spicy Chikin di Dee Stove Cafe & Restaurant
7:42 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Minggu ini jarang masuk dapur. Banyak kerja hakiki hendak disiapkan. Tak cukup masa di ladang, bawa balik ke rumah untuk siapkan kerja-kerja menoreh itu.
Jadinya, selepas siapkan sarapan pagi tadi kita terus usung MR. LAPPY masuk bilik. Buka penyaman udara. Sediakan juga bantal. Kalau penat menoreh, boleh baringkan badan seketika. Silap-silap tertidur pula!
Menjelang pukul satu tengah hari, perut rasa laparlah pula. Ajak Encik Suami jalan-jalan cari makan. Tajuk entri kali ini tipu jew tu.... ahaks! Sembunyi di balik nama Firdaus kononnya. Maka makanlah kami di Dee Stove Cafe & Restaurant yang terletak di Palm City Centre, Lahad Datu.
Ramyeon Spicy Chikin |
Firdaus tak banyak fikir. Nampak ramyeon terus dia tulis atas kertas pesanan. Hendak yang pedas pula tu. Jadinya, menu Firdaus sudah tentulah Ramyeon Spicy Chikin. Chicken dieja chikin. Jadi, untuk mengekalkan hak cipta menu, kita pun tulislah chikin juga.
Ramyeon Spicy Chikin yang sampai dulu. Firdaus tak sabar hendak makan!
Tom Yam Seafood |
Amie pula pesan Tom Yam Seafood. Tak mahu tambah apa-apa seperti nasi atau mi. Biar tom yam begitu saja sebab nak hirup kuahnya.
Mee Basah Seafood |
Encik Suami pula hendak makan Mee Basah Seafood. Kata Encik Suami, kuahnya sedap. Disuruhnya kita cuba hirup kuah mi basah, tapi sebab kita dah bersudu-sudu hirup kuah tom yam yang cukup rasa masam masinnya, sudah tentulah tenggelam rasa kuah mi basah!
Jadinya, tidak perlulah masak untuk makan malam. Masing-masing sudah kenyang isi perut di rumah kakak ipar! Terima kasih banyak kakak iparku.
Sayap Ayam Panggang |
Sosej, Udang & Ikan Belais Panggang |
Rezeki itu pelbagai.
Datangnya dari segenap sudut.
Rezeki itu kurniaan Ilahi buat semua makhluk-Nya.
Segalanya perlu disyukuri.
Alhamdulillah.
31 comments
Berseleranya daus makan
BalasPadamAnak-anak kalau jumpa makanan yang disukai memang habis licin dikerjakannya Wak.
PadamBz menoreh pun sempat je akak update blog.. sy ni hmm.. tenggelam timbul je sekarang
BalasPadamKalau ikutkan kesibukan, memang terus bersawanglah rumah maya hihihii.
PadamAlhamdulillah rezeki rimau ni.hehehe selamat bertukang amie
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamTerima kasih Notie, kongsi peribahasa rezeki harimau... lama tak dengar!
waduhhhh sedapnya menu! telan air lior hehehe
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamJemput Ana. Memang sedap.
alhamdulillah
BalasPadamberselera tgk firdaus mkn
Kan. Dah jumpa menu yang disukai memang terus ngap!
PadamAlhamdulillah rezeki walau tak dapat pergi.
BalasPadamFirdaus makan pedas ya, kalah aunty 😄
Pengaruh abang-abangnya ni Mulan. Itu pasal dia pilih yang pedas.
Padambdk2 kalo menu ramyeon mmg suka...sama dgn tisya la...sedap tu nmpk firdaus mkn
BalasPadamBetul tu.
PadamPantang nampak ramyeon, itulah dulu yang ditunjuk.
Assalamualaikum sis, sedapnya mee basah seafood, ramyeon menjadi kegemaran ramai., nampak Firdaus makan, teringin pula:)
BalasPadamWaalaikumussalam.
PadamMemang nampak sedap ramyeon tu. Tapi sebab pedas yang Firdaus pilih, saya tak berani cuba. Lagi pun kuah tom yam itu pun pedas juga.
Aduh.. dah pandai tipu ya sekarang, ingatkan betul² temankan Daus jer makan 🤣
BalasPadamSK yang ajar tipu-tipu ni kihkihkih!
PadamYeay! Sekian lama Daus tak muncul...!
BalasPadamHilang rindu!
Wah, rindu Daus ye. Saya dah simpan rindu tu dalam tupperware nak sampaikan pada Daus.
PadamMesti pedas manis tu kalau dah namanya makanan Korea 😁
BalasPadamRezeki yang tertulis.. bangun2 ada pulak makanan sedap-sedap begitu.
Dulu saya rajin goreng ayam ala-ala Korea waktu anak-anak yang lain ada. Sekarang beli sajalah.
PadamYa, rezeki Allah tak pernah salah alamat.
kuat makan pedas jugak ye Firdaus ni... sedap nengok semua menu kak.... Sekali ke dapur terus cantik sedulang tersusun makanan akak masak
BalasPadamFirdaus memang suka makan pedas.
PadamYa, rezeki bangun tidur. Rasa macam mimpi pun ada.
selamat jamu selera Daus sedap semuanya tu
BalasPadamTerima kasih aunty PI. Jemput ye.
PadamHahaha.. kenapa Ammie tipu tajuk?.
BalasPadamSbb akhirnya join mkn sekali ye?. Biasa la tu, tak kan skdr temankan ank mkn plak kan.
Hehehe... mesti makan sama kan.
PadamYa Allah sedaaap sangat terlihat kak Amie 😍😍😍. Sup tulang, dan juga makanan yg dibeli sebelumnya . Saya pun samaa dengan firdaus, suka ramyeon. Apalagi kalo pedas 😍😍
BalasPadamKuat makan pedas juga ye dik Fanny.
PadamSaya kalau di rumah beranilah makan pedas-pedas, tapi kalau di luar takut tak sempat sampai ke rumah... perut sudah memulas!
amboiiii berselera betul dia ya bla dpt mkn ramyeon👍👍
BalasPadam