Pages

Ahad, 14 Julai 2024

Temankan Firdaus Makan Ramyeon Spicy Chikin di Dee Stove Cafe & Restaurant

Bismillahirrahmanirrahim.

Minggu ini jarang masuk dapur. Banyak kerja hakiki hendak disiapkan. Tak cukup masa di ladang, bawa balik ke rumah untuk siapkan kerja-kerja menoreh itu.

Jadinya, selepas siapkan sarapan pagi tadi kita terus usung MR. LAPPY masuk bilik. Buka penyaman udara. Sediakan juga bantal. Kalau penat menoreh, boleh baringkan badan seketika. Silap-silap tertidur pula!

Menjelang pukul satu tengah hari, perut rasa laparlah pula. Ajak Encik Suami jalan-jalan cari makan. Tajuk entri kali ini tipu jew tu.... ahaks! Sembunyi di balik nama Firdaus kononnya. Maka makanlah kami di Dee Stove Cafe & Restaurant yang terletak di Palm City Centre, Lahad Datu.

Ramyeon Spicy Chikin


Firdaus tak banyak fikir. Nampak ramyeon terus dia tulis atas kertas pesanan. Hendak yang pedas pula tu. Jadinya, menu Firdaus sudah tentulah Ramyeon Spicy Chikin. Chicken dieja chikin. Jadi, untuk mengekalkan hak cipta menu, kita pun tulislah chikin juga.

Ramyeon with 3pcs of chicken coated with Gochujang sauce : RM15.90.

Thai Red Tea & Mango Peachy Shake


Ramyeon Spicy Chikin yang sampai dulu. Firdaus tak sabar hendak makan!

Mesti pedaskan?

Tom Yam Seafood

Amie pula pesan Tom Yam Seafood. Tak mahu tambah apa-apa seperti nasi atau mi. Biar tom yam begitu saja sebab nak hirup kuahnya. 

Mee Basah Seafood

Encik Suami pula hendak makan Mee Basah Seafood. Kata Encik Suami, kuahnya sedap. Disuruhnya kita cuba hirup kuah mi basah, tapi sebab kita dah bersudu-sudu hirup kuah tom yam yang cukup rasa masam masinnya, sudah tentulah tenggelam rasa kuah mi basah!

Suka sangatlah Encik Suami dapat hidangan Mee Basah Seafood sebab penuh dengan sayur sawi segar!

Selepas makan, kami singgah di pasar raya. Dapatlah beli buah belimbing besi, limau bali dan yogurt asli. Firdaus suka buat smoothie. Eloklah simpan yogurt supaya Firdaus selalu buat smoothie buah-buahan. Kita tumpang segelas... ahaks!

Dalam perjalanan pulang, kakak ipar telefon Encik Suami. Katanya singgahlah rumah untuk makan bihun sup tulang. Alamak! Kita hendak sambung kerja yang belum siap. Minta maaf sangat. Bukan disengajakan tapi hari ini tarikh akhir hantar markah PBD menerusi aplikasi iDME (Sistem Pengurusan Identiti). Habislah kalau lambat hantar sebab kadang-kadang sistem tak stabil atau ada penyelenggaraan. Jadi, terpaksalah Encik Suami hantar kita balik rumah, tapi Encik Suami datang juga ke rumah kakak ipar dengan Firdaus.

Selesai urusan kerja, kita pun terlelap!
Terdengar suara Encik Suami memanggil. Katanya ada sup tulang kiriman kakak ipar. Kita turun ke dapur. Di atas meja ada bungkusan sup tulang, bihun, sayap ayam panggang, sosej, udang dan ikan panggang.

Alhamdulillah!
Rezeki di petang minggu.


Jadinya, tidak perlulah masak untuk makan malam. Masing-masing sudah kenyang isi perut di rumah kakak ipar! Terima kasih banyak kakak iparku.

Sayap Ayam Panggang

Sosej, Udang & Ikan Belais Panggang

Rezeki itu pelbagai.
Datangnya dari segenap sudut.
Rezeki itu kurniaan Ilahi buat semua makhluk-Nya.
Segalanya perlu disyukuri. 
Alhamdulillah.

31 ulasan:

  1. Balasan
    1. Anak-anak kalau jumpa makanan yang disukai memang habis licin dikerjakannya Wak.

      Padam
  2. Bz menoreh pun sempat je akak update blog.. sy ni hmm.. tenggelam timbul je sekarang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikutkan kesibukan, memang terus bersawanglah rumah maya hihihii.

      Padam
  3. Alhamdulillah rezeki rimau ni.hehehe selamat bertukang amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Terima kasih Notie, kongsi peribahasa rezeki harimau... lama tak dengar!

      Padam
  4. waduhhhh sedapnya menu! telan air lior hehehe

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Kan. Dah jumpa menu yang disukai memang terus ngap!

      Padam
  6. Alhamdulillah rezeki walau tak dapat pergi.
    Firdaus makan pedas ya, kalah aunty πŸ˜„

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengaruh abang-abangnya ni Mulan. Itu pasal dia pilih yang pedas.

      Padam
  7. bdk2 kalo menu ramyeon mmg suka...sama dgn tisya la...sedap tu nmpk firdaus mkn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.
      Pantang nampak ramyeon, itulah dulu yang ditunjuk.

      Padam
  8. Assalamualaikum sis, sedapnya mee basah seafood, ramyeon menjadi kegemaran ramai., nampak Firdaus makan, teringin pula:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam.
      Memang nampak sedap ramyeon tu. Tapi sebab pedas yang Firdaus pilih, saya tak berani cuba. Lagi pun kuah tom yam itu pun pedas juga.

      Padam
  9. Aduh.. dah pandai tipu ya sekarang, ingatkan betul² temankan Daus jer makan 🀣

    BalasPadam
  10. Yeay! Sekian lama Daus tak muncul...!

    Hilang rindu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, rindu Daus ye. Saya dah simpan rindu tu dalam tupperware nak sampaikan pada Daus.

      Padam
  11. Mesti pedas manis tu kalau dah namanya makanan Korea 😁
    Rezeki yang tertulis.. bangun2 ada pulak makanan sedap-sedap begitu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu saya rajin goreng ayam ala-ala Korea waktu anak-anak yang lain ada. Sekarang beli sajalah.
      Ya, rezeki Allah tak pernah salah alamat.

      Padam
  12. kuat makan pedas jugak ye Firdaus ni... sedap nengok semua menu kak.... Sekali ke dapur terus cantik sedulang tersusun makanan akak masak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Firdaus memang suka makan pedas.
      Ya, rezeki bangun tidur. Rasa macam mimpi pun ada.

      Padam
  13. selamat jamu selera Daus sedap semuanya tu

    BalasPadam
  14. Hahaha.. kenapa Ammie tipu tajuk?.
    Sbb akhirnya join mkn sekali ye?. Biasa la tu, tak kan skdr temankan ank mkn plak kan.

    BalasPadam
  15. Ya Allah sedaaap sangat terlihat kak Amie 😍😍😍. Sup tulang, dan juga makanan yg dibeli sebelumnya . Saya pun samaa dengan firdaus, suka ramyeon. Apalagi kalo pedas 😍😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuat makan pedas juga ye dik Fanny.
      Saya kalau di rumah beranilah makan pedas-pedas, tapi kalau di luar takut tak sempat sampai ke rumah... perut sudah memulas!

      Padam
  16. amboiiii berselera betul dia ya bla dpt mkn ramyeonπŸ‘πŸ‘

    BalasPadam