Perahkan Jus Limau Nipis dalam Masakan Kari Ayam Gaya MIL

9:39 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Petang tadi Amie masak kari ayam ikut gaya MIL. Di akhir sentuhan masakan, perahkan jus limau nipis. Amie bubuh dua sudu besar dari sebiji limau yang tidaklah besar. Biasanya Amie gandingkan masakan kari ayam dengan acar mentah dan sambal belacan. Tambah sejenis sayur lagi iaitu sayur kacang panjang tumis dengan tempe dan udang kertas. Amie sengaja masak lebih supaya sebahagiannya boleh disimpan buat bekalan pergi menoreh esok pagi.

Ayam Masak Kari Gaya MIL

Hidangan Tengah Hari / Malam

Hidangan tengah hari / malam:
  • Nasi Putih
  • Ayam Masak Kari
  • Acar Mentah
  • Sayur Kacang Panjang Tumis dengan Tempe dan Udang
  • Sambal Belacan
  • Buah Betik & Mangga Manila

Acar Mentah : Timun + Nanas + Lobak

Sambal Belacan

Kacang Panjang Tumis Campur Tempe & Udang

Betik & Mangga Manila


Limau Nipis / Limau Kapas


Ayam Masak Kari Gaya MIL

Amie tambahkan telur ayam rebus ke dalam masakan kari ayam. Firdaus suka tanya mana telur yam kalau Amie masak kari atau masak kurma.

Resipi Ayam Masak Kari Gaya MIL
Bahan-bahan:

  • 1 kg ayam 
  • 2 biji kentang - kupas kulit dan belah 4
  • 200 ml santan pekat
  • 800 ml santan cair
  • 2 sudu besar serbuk lada
  • 4 sudu besar serbuk kari
  • 3 pelepah daun kari - dilurut
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 1/2 cawan minyak
  • garam / gula / perasa pilihan

Bahan hiris:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 cm halia

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga layu.
  2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis kacau hingga naik bau.
  3. Tambahkan serbuk cili serta serbuk kari dan daun kari. Jika terlalu kering, masukkan sedikit santan cair.
  4. Masak sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan daging ayam. Gaul sebati dan biarkan seketika sehingga keluar air dari daging ayam.
  5. Masukkan santan cair dan masak hingga kuah mendidih.
  6. Kemudian masukkan kentang. Setelah daging ayam dan kentang empuk, tambahkan pati santan.
  7.  Terus masak dengan api sederhana hingga pecah minyak sekali lagi.
  8. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
  9. Akhir sekali tuangkan jus limau nipis. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
Jemput makan.
Bismillah.


32 comments

  1. Shiela Rusly tu kalau masak pun selalu nampak dia perah jus limau nipis. Tak ingat masakan apa tapi selalu la letak. Ni kari boleh la try nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada beza rasa kalau letak jus limau nipis.

      Padam
  2. sayur kacang panjang tu menggoda rupa dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, sayur kacang panjang dengan tempe menu yang emak selalu hidangkan waktu kami kecil dulu.

      Padam
  3. oh limau tu penganti air asam jawa. Guna rempah kari apa ya sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya gunakan serbuk kari 888, dari zaman dulu sampai sekarang.

      Padam
  4. Kalau masak kurma pernah la try perah jus limau nipis last sebelum tutup api.Nanti nak try versi kak amie pulak, perah dalam masakan kari mesti lagi mantop ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, samalah tu Lina. Masak kurma atau kari memang sayang tuang jus limpau nipis di akhir masakan.

      Padam
  5. waduhhhh awal pagi masuk sini terus terliorrrrr T__T

    BalasPadam
  6. Nak try jugak la perah jus limau nipis dalam kari ayam 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh try Carneyz. Bubuh sikit dulu kemudian rasa. Kalau tak cukup, tambah lagi.

      Padam
  7. Sedapnya semua menu Kak Amie. Ada kawan share dulu jugak perah jus limau nipis tapi tak ikut. 🫢

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu pun saya tak pernah guna jus limau nipis. Dapat ilmu dari keluarga sebelah Encik Suami, dan juga orang kampungnya.

      Padam
  8. mesti sedap tu kak.... geram nengok menu akak tau. lengkap semua

    BalasPadam
  9. Bolehlah saya juga cuba perah lepas ni

    BalasPadam
  10. Wahh.. menarik ni Amie. boleh la cuba nnt. tertarik dgn acar mentah tu. pkai asam boi tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba.
      Acar mentah tu rasa dia sedap bila ditambah asam boi.

      Padam
  11. Mama saya juga tipe yg kalo masak kari atau semur, suka tuang sedikit jus limau nipis. Bagi saya semakin sedap, Krn dia buat rasa jadi balance. 👍👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu dik Fanny. Jus limau nipis untuk seimbangkan rasa dan sebagai sentuhan akhir. Syukurlah dapat kongsi resipi dengan arwah emak mentua.

      Padam
  12. Wah perah jus limau nipis ek.. kalau limau kasturi sedap ke x ek? sbb kalau sy mmg sellau ada stok limau kasturi je untuk buat sambal belacan.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin boleh juga guna limau kasturi tapi rasanya lebih masam dari limau nipis kot. Jadi kena kurangkanlah penggunaannya.

      Padam
  13. Kecur air liur tengok kari ayam lagi² bila baca ada perah limau, Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perahan jus limau nipis tu yang naikkan rasa karinya.

      Padam
  14. Ngam tu lauk kari tambah sambal belacan.. arrghhh sedap2
    Next time nak try jugalah perahkan jus limau sikit atas kari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya kalau lauk kari memang saya tambah sambal belacan dan acar mentah. Apabila duduk semeja, timbul aroma yang semerbak dari ketiga-tiga lauk ini.

      Padam
  15. mama sy sejak dia suka tgk vid masakan sri lanka, bla masak kari dia akn masukkan daun pandan... tp tekak sy rs sama je😁

    yg ni boleh cuba nanti...sy ok je kari ni. janji jgn terlalu pekat kuahnya...

    BalasPadam
  16. kari ayam beserta telurnya baru complete. dan jangan di tanya which one come first...the egg or the chicken.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe