Ezogelin Soup (Turkish Lentil Soup with Rice & Bulgur)
7:58 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Rasanya banyak juga jenis sup yang Amie pernah rasa sepanjang berada di Turkiye. Setiap tempat yang dijejaki lain hidangan supnya dan berjenis-jenis pula. Kadang-kadang tidak sempat merasa sebab banyak lagi menu lain hendak dicicipi. Selain Istanbul, Amie pernah kembara sehingga ke Canakkale, Ankara, Konya, Nevsehir, Cappadocia dan Bolu.
Ezogelin Soup (Turkish Lentil Soup with Rice & Bulgur) |
Seperti malam sebelumnya, makan malam kami disajikan secara berhidang. Kami mencari meja yang memuatkan empat buah kerusi, cukup untuk Amie, Kamsiah, Lucy dan Nancy duduk bersama-sama.
Makan malam dijadualkan pada pukul tujuh malam. Selagi belum cukup peserta di meja masing-masing, selagi itulah kami terpaksa menunggu dengan sabar hidangan tiba di meja.
Barangkali agak lama menunggu, termenung pula Kamsiah memandang salad di hadapannya.
Rice Pudding |
Dan juga salad. |
Ezogelin Soup (Turkish Lentil Soup with Rice & Bulgur) |
Tidak lama kemudian setelah semua peserta duduk di kerusi masing-masing, datanglah pelayan hotel menghidangkan semangkuk sup. Ezogelin Soup (Turkish Lentil Soup with Rice & Bulgur) ini merupakan sup tradisional Turkiye iaitu campuran lentil atau kekacang, nasi dan bulgur. Bulgur ialah sejenis biji-bijian yang berasal dari gandum. Biasanya Amie akan celup roti, tapi malam itu makan sup itu sahaja sudah mengenyangkan.
Hidangan utama malam itu ialah spaghetti dengan kentang goreng dan patty ayam goreng.
Selesai makan malam, seperti yang TLM janjikan kami akan membuat laporan kehilangan wang di balai polis.
TLM meminta bantuan petugas di kaunter untuk mendapatkan teksi. Apabila diterangkan tujuan kami hendak membuat laporan di balai polis, berlakulah ketegangan di situ. Petugas kaunter mempertikaikan tindakan TLM hendak melaporkan kejadian tersebut kerana katanya walaupun laporan polis dibuat, pihak hotel tidak dapat kembalikan wang yang hilang. TLM menjelaskan, hanya hendak buat laporan sahaja. Tinggi pula suara petugas kaunter tadi, dan terus membangkitkan kenapa sekarang baru hendak membuat laporan dan bukannya di sebelah pagi ketika duit tersebut hilang. TLM beritahu, dalam tempoh 24 jam laporan masih diterima. Lagipun dalam jangka masa tersebut, masih boleh diusahakan untuk mencari wang yang hilang, mungkin terletak di mana-mana dan dijumpai semula.
TLM terpaksa meminta Lucy menjelaskan semula perkara tersebut kepada petugas kaunter. Kata TLM, pihak hotel berasa risau kerana kalau sudah menjadi kes polis sudah tentu terpaksa buka CCTV dan siasatan akan berlanjutan. Nanti buruklah reputasi hotel sebab berlaku kes kecurian. Pada masa yang sama, Amie rasa tidak sedap hati. Baik batalkan sahaja hasrat TLM untuk buat laporan polis. Petugas kaunter tidak faham maksud buat laporan sebagai bukti kehilangan wang untuk tuntutan travel insurance.
Rasanya hendak beritahu sahaja kepada TLM : Tak perlulah kita buat police report!
6 comments
Makanan sihat nampaknya tu Aimi....salad dia meriah....saya pun suka....
BalasPadamRindu rice puding..sedapp..bulgur pernah mkn...
BalasPadamMenarik semua makanan yang dihidangkan tu..
BalasPadamrice pudding tu sekali tgk mcm bubur lambuk pun ada...
BalasPadamthen jadi ke kak buat laporan polis tu?
Harapnya laporan polis dapat dibuat dan tuntutan travel insurance berjaya.
BalasPadamSerba salah ya kak Amie. Kita nak buat Krn tujuan insurance, tp pihak hotel beda lagi persepsi nya 😔. Memang kalo dah hilang dah tak nak harapkan ketemu. Tp selama msh ada travel insurance kan bisa kita klaim.
BalasPadam