Resipi Telur Dadar Kegemaran Firdaus
7:37 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Semenjak dua menjak ini setiap hari hujan. Kalau tidak hujan pagi, hujan tengah hari dan kadang-kadang hujan petang atau pun malam. Kalau hujan sebelah petang memang mendungnya menggelapkan seluruh alam LD. Jadi, apabila masak tidaklah ambil gambar sebab hasilnya suram sahaja. Kita bukannya mahir bab menangkap gambar.
Untuk entri kali ini, kita paparkan hidangan makan minggu lepas. Masak ringkas-ringkas, tapi apabila disusun dalam talam nampak macam banyak dan meriah dengan warna-warninya. Talam hidangan kali ini:
- Nasi Putih
- Telur Dadar
- Ikan Bolu Pindang dengan Daun Kemangi
- Ulam Romaine Lettuce & Tomato Ceri
- Budu & Tempoyak
- Buah Mangga Manila
Hidangan Tengah Hari / Malam |
Ikan Bolu Pindang dengan Daun Kemangi |
Telur Dadar Firdaus |
Resipi Telur Dadar Firdaus
Bahan-bahan:
- 3 biji telur ayam
- 1 labu bawang besar - cincang
- 3 ulas bawang putih - cincang
- 10 tangkai cili padi - cincang
- 1 rumpun daun bawang - hiris halus
- 2 sudu besar tepung beras
- 2 sudu besar air
- garam / perasa pilihan
- 1/2 cawan minyak
Cara memasak:
- Pukul telur bersama bawang besar, bawang putih, daun bawang, cili padi, tepung beras, air dan garam / perasa pilihan.
- Panaskan minyak di dalam kuali.
- Tuangkan adunan telur dan biarkan sehingga bahagian bawah telur berwarna kuning coklat keemasan.
- Kemudian terbalikkan telur.
- Pastikan sehingga warnanya juga sama dengan bahagian telur dadar yang sudah diterbalikkan.
- Padamkan api dapur.
Romaine Letuuce & Tomato Ceri |
Budu & Tempoyak |
Mangga Manila |
Jemput makan sama! |
10 comments
Elok nampak telur dadar tu garing je. Letak tepung beras nanti boleh la try letak jugak.
BalasPadamHidangan lengkap yang menyelerakan
BalasPadamCuma wak tak makan budu dan tempoyak
Nampak garing telur dadar ..
BalasPadamOoo ada resepi nak masak telur goreng tu.. blh la try.
BalasPadamoo.. tambah tepung beras bagi garing
BalasPadamSaya belum pernah makan budu macam tu.. biasa makan yang dalam nasi kerabu je.
Mesti rangup² telur dadar tu sebab ada tepung beras.
BalasPadamselalu buat telur dadar tak pernah tambah tepung beras. emm kena cuba ni
BalasPadamGaring telur dadar tu kak amie...sedap makan tu..semerbak bau bila goreng
BalasPadamJD nak buat telur dadar seperti itu 😍😍😍. Garing luarnya, lembut di dalam
BalasPadamnampak sedap betul dengan segala isi dalamnya tu kak, ini kalau Aiyan memang tak makan la telur dadarnya tu.. bawang tak mau segala daunnya pun tak mau
BalasPadam