Sejuk-Sejuk Manja Sore Hari di Istanbul
12:40 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Keluar dari kedai buku, kami terus menuju ke Grand Bazaar. Bagaimanapun kami tidak membeli apa-apa di situ sebaliknya kami membeli oleh-oleh di deretan kedai di bahagian luar. Masuk ke Grand Bazzar hanya sekadar melihat-lihat sahaja. Ada catatan kurang enak sewaktu Amie berkunjung ke sini 2017 lalu : OLEH-OLEH GRAND BAZAAR.
Mencari oleh-oleh di deretan kedai bahagian luar Grand Bazaar. |
Seterusnya kami bersiar-siar di dataran sambil menikmati angin petang yang dingin.
Apabila terpandang gerai jualan jus buah-buahan, kami menghampirinya. Kami berempat sepakat membeli jus buah delima. Segelas jus delima berharga 100LIRA. Buah delima memang sudah sedia sejuk (dalam peti sejuk). Dan tidak ada sebarang penambahan perasa seperti gula dan juga kuib ais.
Untuk mendapatkan segelas jus delima segar, Amie lihat peniaga jus buah ini memerah 3 biji buah delima!
Inilah segelas jus delima segar daripada perahan 3 biji buah delima.
Nyaman bah!
Kami beli buah berangan dan makan di situ juga.
Melihat jagung bakar, teringin pula hendak makan!
Kalau tidak silap setongkol jagung bakal berharga 30LIRA. Manis....sedap! Terima kasih Nancy, belanja jagung bakar.
6 comments
Nampak sedap pulak air delima tu kalau buh ice
BalasPadamBuah delima Turki ni pun saya pernah rasa dan memang sedap. Harganya pun murah juga.....
BalasPadamSamalah..masuk grand bazaar, cuma jln², ambik gmbr, pegi Zincirli Han..ada jg survey² harga..mmg harga tourist..
BalasPadamfuuuhhh jus delima fresh mmg heaven ni!
BalasPadamSedap betullah tengok jus delima tu.
BalasPadamKalau makan buah delima sampai 3 biji jenuh juga nak habiskan.. bila dibuat jus sedut2 je tak sedar licin.
Besar2 pula nengok buah berangan tu.
Rasanya kan kak, kalo sedang winter nih memang lapaaaar selalu perut kan. 🤣. JD nak makan apa saja semua sedap hahahahha. Tp memang buah2an di Turkiye juaraaaaa sedap nya ❤️
BalasPadam