Keladi Goreng Berempah

8:30 PG

Bismillahirrahmanirrahim.

Seronok hidup di kampung! Banyak sumber makanan boleh didapati di keliling rumah. Hendak masak sayur, petik saja kangkung, pucuk ubi, pucuk labu, pukul cangkuk manis, bayam, bunga betik, pucuk keledek, terung dan sebagainya. Tak perlu beli serai, lengkuas, kunyit dan cili padi.

Hendak sarapan pagi, boleh goreng atau rebus ubi dan keladi. Kalau rajin boleh buat lepat ubi atau lepat pisang. 

Sayangnya kita hanya mampu memilih untuk sediakan menu sarapan yang mudah saja seperti goreng keladi. Itu pun Wak Niah yang sediakan bumbunya iaitu rempah jintan manis dan ketumbar biji ditumbuk kasar dan bubuh sedikit tepung beras. Apabila digoreng, semerbak aromanya terbit dari kuali.

Jom sarapan Keladi Goreng Berempah dan minum halia madu panas.

Keladi Goreng Berempah.


Ada sebiji buah sukun, keladi dan ubi di bawah sinki dapur.
Kalau hendak digoreng semua jenis, memang kena panggil cucu cicit Bonda datang untuk makan.

Buaha-buahan Pembuka Mulut

Ini Amie namakan pembuka mulut dan bukannya pencuci mulut kerana dimakan lebih awal sebelum isi perut dengan makanan yang lain. Kelmarinnya kami ke Pasar Sungai Buluh. Banyaklah buah yang kami borong.


Untuk menceriakan warna sarapan, Amie hidangkan fishball yang ditumis bersama capsicum merah, hijau dan kuning.

Menu Sarapan


Firdaus pun pandai makan keladi goreng!


Buah Ciku


Di atas meja makan di dapur, ada sebesen kecil buah ciku yang sudah dibersihkan. Mungkin Wak Niah yang petik dari pokok. Kalau diperam nanti dua hari kemudian masaklah buah ciku ini.



Sebelum matahari meninggi, sempat petik buah jambu batu di depan rumah Bonda. Encik Suami kata, bolehlah bawa ke Perak untuk Abang Farid beberapa biji. Abang Farid memang suka makan buah jambu.

Buah Jambu Batu

Wokey!
Nak cerita tentang keladi goreng tapi sampai ke buah jambu batu pula!
Ini menunjukkan dalam kepala kita ini ada seribu satu macam perkara yang difikir dalam satu masa!

12 comments

  1. Sy pun suka potong keladi macam tu. Jd bersemangat sikit nak mkn. Tp time rajin je lah. Dtg angin "M", potong besar2 fesyen lama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbayang pula potong besar-besar fesyen lama tu hehehee.

      Padam
  2. wahhhh sedapnya keladi goreng berempah! ditambah pula buah warna warni & sosej capsicum tu lagi berselera makan! hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap keladi goreng berempah. Ini pun first time saya goreng dan makan.

      Padam
  3. Buah Ciku, lama betul tak jumpa. Sedap sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami membesar dengan dikelilingi pokok ciku. Arwah ayahanda memang suka tanam pokok buah-buahan. Sekarang ini tinggal sepokok jew pokok cikunya, tapi kalau berbuah memang lebat sangat.

      Padam
  4. Lamanya tak makan buah ciku. Teringat masa kecik kat rumah ada pokok ciku. Mak suruh peram dalam beras nak bagi cepat masak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun teringat juga waktu kecil dulu. Selalu bantu emak ayah petik ciku, cuci bersih sebelum diperam.

      Padam
  5. Suka gak keladi goreng berempah camtu, harum satu rumah.
    ooo.. ciku tu kalau dibersihkan jadi kilat camtu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, kami memang bersihkan ciku sebelum diperam.

      Padam
  6. perghhhh kalau orang johor keladi berempah tu lawan dengan sambal kicap. Siap seteko kopi panas.....tu lah sarapan dolu2. La ni nak dapat keladi pun susah apa lagi keladi yang empuk bila di goreng. Rajinnya keladi di potong macam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Adik ipar rajin tanam keladi. Bolehlah buat goreng-goreng.Lain kali nak cecah sambal kicap lah pula.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe