Bismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi Amie masak kari ayam ikut gaya MIL. Di akhir sentuhan masakan, perahkan jus limau nipis. Amie bubuh dua sudu besar dari sebiji limau yang tidaklah besar. Biasanya Amie gandingkan masakan kari ayam dengan acar mentah dan sambal belacan. Tambah sejenis sayur lagi iaitu sayur kacang panjang tumis dengan tempe dan udang kertas. Amie sengaja masak lebih supaya sebahagiannya boleh disimpan buat bekalan pergi menoreh esok pagi.
Ayam Masak Kari Gaya MIL |
Hidangan Tengah Hari / Malam |
Hidangan tengah hari / malam:
- Nasi Putih
- Ayam Masak Kari
- Acar Mentah
- Sayur Kacang Panjang Tumis dengan Tempe dan Udang
- Sambal Belacan
- Buah Betik & Mangga Manila
Acar Mentah : Timun + Nanas + Lobak |
Sambal Belacan |
Kacang Panjang Tumis Campur Tempe & Udang |
Betik & Mangga Manila |
Ayam Masak Kari Gaya MIL |
Amie tambahkan telur ayam rebus ke dalam masakan kari ayam. Firdaus suka tanya mana telur yam kalau Amie masak kari atau masak kurma.
Resipi Ayam Masak Kari Gaya MIL
Bahan-bahan:
Bahan hiris:
Cara memasak:Bahan-bahan:
- 1 kg ayam
- 2 biji kentang - kupas kulit dan belah 4
- 200 ml santan pekat
- 800 ml santan cair
- 2 sudu besar serbuk lada
- 4 sudu besar serbuk kari
- 3 pelepah daun kari - dilurut
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 1 biji limau nipis - ambil jusnya
- 1/2 cawan minyak
- garam / gula / perasa pilihan
Bahan hiris:
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 2 cm halia
- Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga layu.
- Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis kacau hingga naik bau.
- Tambahkan serbuk cili serta serbuk kari dan daun kari. Jika terlalu kering, masukkan sedikit santan cair.
- Masak sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan daging ayam. Gaul sebati dan biarkan seketika sehingga keluar air dari daging ayam.
- Masukkan santan cair dan masak hingga kuah mendidih.
- Kemudian masukkan kentang. Setelah daging ayam dan kentang empuk, tambahkan pati santan.
- Terus masak dengan api sederhana hingga pecah minyak sekali lagi.
- Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
- Akhir sekali tuangkan jus limau nipis. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
Jemput makan. Bismillah. |
Shiela Rusly tu kalau masak pun selalu nampak dia perah jus limau nipis. Tak ingat masakan apa tapi selalu la letak. Ni kari boleh la try nanti.
BalasPadamAda beza rasa kalau letak jus limau nipis.
Padamsayur kacang panjang tu menggoda rupa dia
BalasPadamOh, sayur kacang panjang dengan tempe menu yang emak selalu hidangkan waktu kami kecil dulu.
PadamNampak sesedap semua hidangannya
BalasPadamTerima kasih Wak.
Padamoh limau tu penganti air asam jawa. Guna rempah kari apa ya sedap
BalasPadamSaya gunakan serbuk kari 888, dari zaman dulu sampai sekarang.
PadamKalau masak kurma pernah la try perah jus limau nipis last sebelum tutup api.Nanti nak try versi kak amie pulak, perah dalam masakan kari mesti lagi mantop ni
BalasPadamYa, samalah tu Lina. Masak kurma atau kari memang sayang tuang jus limpau nipis di akhir masakan.
Padamwaduhhhh awal pagi masuk sini terus terliorrrrr T__T
BalasPadamJemput Ana.
PadamNak try jugak la perah jus limau nipis dalam kari ayam 😄
BalasPadamBoleh try Carneyz. Bubuh sikit dulu kemudian rasa. Kalau tak cukup, tambah lagi.
PadamSedapnya semua menu Kak Amie. Ada kawan share dulu jugak perah jus limau nipis tapi tak ikut. 🫢
BalasPadamDulu pun saya tak pernah guna jus limau nipis. Dapat ilmu dari keluarga sebelah Encik Suami, dan juga orang kampungnya.
Padammesti sedap tu kak.... geram nengok menu akak tau. lengkap semua
BalasPadamAlhamdulillah. Memang sedap Dana.
PadamBolehlah saya juga cuba perah lepas ni
BalasPadamSilakan Syaz.
PadamWahh.. menarik ni Amie. boleh la cuba nnt. tertarik dgn acar mentah tu. pkai asam boi tu.
BalasPadamBoleh cuba.
PadamAcar mentah tu rasa dia sedap bila ditambah asam boi.
Mama saya juga tipe yg kalo masak kari atau semur, suka tuang sedikit jus limau nipis. Bagi saya semakin sedap, Krn dia buat rasa jadi balance. 👍👍
BalasPadamBetul tu dik Fanny. Jus limau nipis untuk seimbangkan rasa dan sebagai sentuhan akhir. Syukurlah dapat kongsi resipi dengan arwah emak mentua.
PadamWah perah jus limau nipis ek.. kalau limau kasturi sedap ke x ek? sbb kalau sy mmg sellau ada stok limau kasturi je untuk buat sambal belacan.. hehe
BalasPadamMungkin boleh juga guna limau kasturi tapi rasanya lebih masam dari limau nipis kot. Jadi kena kurangkanlah penggunaannya.
PadamKecur air liur tengok kari ayam lagi² bila baca ada perah limau, Kak Amie.
BalasPadamPerahan jus limau nipis tu yang naikkan rasa karinya.
PadamNgam tu lauk kari tambah sambal belacan.. arrghhh sedap2
BalasPadamNext time nak try jugalah perahkan jus limau sikit atas kari.
Biasanya kalau lauk kari memang saya tambah sambal belacan dan acar mentah. Apabila duduk semeja, timbul aroma yang semerbak dari ketiga-tiga lauk ini.
Padammama sy sejak dia suka tgk vid masakan sri lanka, bla masak kari dia akn masukkan daun pandan... tp tekak sy rs sama je😁
BalasPadamyg ni boleh cuba nanti...sy ok je kari ni. janji jgn terlalu pekat kuahnya...
kari ayam beserta telurnya baru complete. dan jangan di tanya which one come first...the egg or the chicken.
BalasPadam