Bismillahirrahmanirrahim.
Seronok hidup di kampung! Banyak sumber makanan boleh didapati di keliling rumah. Hendak masak sayur, petik saja kangkung, pucuk ubi, pucuk labu, pukul cangkuk manis, bayam, bunga betik, pucuk keledek, terung dan sebagainya. Tak perlu beli serai, lengkuas, kunyit dan cili padi.
Hendak sarapan pagi, boleh goreng atau rebus ubi dan keladi. Kalau rajin boleh buat lepat ubi atau lepat pisang.
Sayangnya kita hanya mampu memilih untuk sediakan menu sarapan yang mudah saja seperti goreng keladi. Itu pun Wak Niah yang sediakan bumbunya iaitu rempah jintan manis dan ketumbar biji ditumbuk kasar dan bubuh sedikit tepung beras. Apabila digoreng, semerbak aromanya terbit dari kuali.
Jom sarapan Keladi Goreng Berempah dan minum halia madu panas.
Keladi Goreng Berempah. |
Kalau hendak digoreng semua jenis, memang kena panggil cucu cicit Bonda datang untuk makan.
Untuk menceriakan warna sarapan, Amie hidangkan fishball yang ditumis bersama capsicum merah, hijau dan kuning.
Menu Sarapan Firdaus pun pandai makan keladi goreng! |
Di atas meja makan di dapur, ada sebesen kecil buah ciku yang sudah dibersihkan. Mungkin Wak Niah yang petik dari pokok. Kalau diperam nanti dua hari kemudian masaklah buah ciku ini.
Sebelum matahari meninggi, sempat petik buah jambu batu di depan rumah Bonda. Encik Suami kata, bolehlah bawa ke Perak untuk Abang Farid beberapa biji. Abang Farid memang suka makan buah jambu.
Buah Jambu Batu |
Wokey!
Nak cerita tentang keladi goreng tapi sampai ke buah jambu batu pula!
Ini menunjukkan dalam kepala kita ini ada seribu satu macam perkara yang difikir dalam satu masa!
Sy pun suka potong keladi macam tu. Jd bersemangat sikit nak mkn. Tp time rajin je lah. Dtg angin "M", potong besar2 fesyen lama.
BalasPadamTerbayang pula potong besar-besar fesyen lama tu hehehee.
Padamwahhhh sedapnya keladi goreng berempah! ditambah pula buah warna warni & sosej capsicum tu lagi berselera makan! hehehe
BalasPadamMemang sedap keladi goreng berempah. Ini pun first time saya goreng dan makan.
PadamBuah Ciku, lama betul tak jumpa. Sedap sangat.
BalasPadamKami membesar dengan dikelilingi pokok ciku. Arwah ayahanda memang suka tanam pokok buah-buahan. Sekarang ini tinggal sepokok jew pokok cikunya, tapi kalau berbuah memang lebat sangat.
PadamLamanya tak makan buah ciku. Teringat masa kecik kat rumah ada pokok ciku. Mak suruh peram dalam beras nak bagi cepat masak.
BalasPadamSaya pun teringat juga waktu kecil dulu. Selalu bantu emak ayah petik ciku, cuci bersih sebelum diperam.
PadamSuka gak keladi goreng berempah camtu, harum satu rumah.
BalasPadamooo.. ciku tu kalau dibersihkan jadi kilat camtu.
Ye, kami memang bersihkan ciku sebelum diperam.
Padamperghhhh kalau orang johor keladi berempah tu lawan dengan sambal kicap. Siap seteko kopi panas.....tu lah sarapan dolu2. La ni nak dapat keladi pun susah apa lagi keladi yang empuk bila di goreng. Rajinnya keladi di potong macam tu.
BalasPadamAlhamdulillah. Adik ipar rajin tanam keladi. Bolehlah buat goreng-goreng.Lain kali nak cecah sambal kicap lah pula.
Padam