Shopping di Pasar Tanah Abang Jakarta
10:53 PGBismillahirrahmanirrahim.
Selepas mengibarkan bendera kemerdekaan di lorong kecil daerah Petamburan dan setelah mengisi perut dengan nasi Padang, kami kembali semula ke Hotel Alma. Bbeberapa minit kemudian kami bertolak menuju ke Pasar Tanah Abang. Tahun 2011 pernah datang ke Jakarta tetapi tidak sempat singgah di sini. Khabarnya Pasar Tanah Abang merupakan gedung pakaian terbesar di Asia Tenggara dengan tawaran harga yang murah dan berpatutan.
Sebelum turun ke lobi hotel, sempat tangkap gambar corak batik yang menjadi hiasan dinding di hadapan pintu lift. |
Asal ceritanya Amie dengan Kam sedang menunggu pintu lift terbuka dan berswafoto tetapi mata tertarik dengan hiasan dinding di belakang! |
Sudah bersedia untuk berangkat ke Tanah Abang Market. |
Pinjam gambar Jusna. |
Oleh kerana masing-masing sibuk naik turun eskalator, memilih dan membeli pakaian, jadi tidaklah sempat ambil banyak gambar! Apa tidaknya, kiri kanan tangan penuh dengan hasil belian.
Akhirnya terpisahlah kami menjadi beberapa kumpulan dengan pasangan masing-masing.
Sementara menunggu kawan-kawan yang lain meneruskan urusan beli-belah, Amie dan Kam duduk di tangga sambil makan buah matoa.
Setelah terpisah entah di mana-mana, akhirnya kami bertemu semula. Itu pun saling cari-mencari kerana bingung disebabkan keadaan ruang yang kelihatan sama di mana-mana. Masing-masing membawa harta sepencarian yang diperoleh.
Di hujung sanun, Gee dan Hajah dengan sabar menunggu kawan-kawan yang berhenti lagi di salah sebuah gerai untuk memilih barangan yang hendak dibeli. |
6 comments
Asik ya kak belanja "sampai tak terasa empat jam lebih..perempuan memang begitu kalau sudah belanja,wah saya sendiri bahkan belum pernah mampir ke Tanah Abang sekalipun walau sering ke Jakarta
BalasPadamBestnya tanah abang... rindu pulak cuci mata di sini
BalasPadamTak terlalu ramai Kat dalam ya kak?
BalasPadamBaru2 ini penjual tanah Abang banyak protes Krn penjualan mereka sepiiii, sejak ada tiktok shop dll. Krn sejak pandemi kita LBH suka online kan.
Tanah Abang dulu sebelum pandemi ramenya luar biasa, saya jalan di sana sampai susah, Krn padat sangaaaat.
Tapi sejak pandemi, memang sepiii.
Dah lama sangat tak kesana. Trakhir sebelum nikah mungkin.
boleh sesat masuk tanah abang ni hahhaa... rambang mata pun ya... tapi sekarang mesti dah banyak berubah... banyak tak kak amie memborong kat situ?🤭
BalasPadamSeronok shopping tempat macam ni. Leka kadang. Banyak juga masing masing membeli tu.
BalasPadammemang sakan la semua bershopping ye kak, rugi dah datang tak membeli kan
BalasPadam