Sedapnya Masakan Kampung di Rumah Terbuka!
9:58 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Rumah terbuka raya ketiga dan terakhir yang kami kunjungi pada hari ini ialah di rumah anak buah Encik Suami, Ayen dan Hasna. Awal-awal lagi Hasna sudah beritahu kami hidangan yang disediakan ialah masakan kampung. Katanya lagi umbut kelapa masak lemak dan ikan goreng akan disediakan setelah kami tiba.
Biasalah, kalau berkeluarga memang sporting semuanya! Lepak-lepak makan kuih dahulu sementara menunggu masakan siap. Kata Hasna, sedap kalau makan panas-panas.
Apabila kami sampai, Hasna sudah penuhkan meja dengan pelbagai lauk-pauk! Benar seperti apa yang dikatakannya, umbut kelapa masak lemak dan ikan goreng disediakan setelah kami sampai.
Cantiklah perancangan Hasna, sebab kami pun masih kenyang setelah beraya di rumah Pak Lin. Jadi, sementara Hasna teruskan masak umbut dan goreng ikan, sempatlah kami 'turunkan' nasi dalam perut!
Cantiklah perancangan Hasna, sebab kami pun masih kenyang setelah beraya di rumah Pak Lin. Jadi, sementara Hasna teruskan masak umbut dan goreng ikan, sempatlah kami 'turunkan' nasi dalam perut!
Satu lagi, rasa terharu sangat di atas kesungguhan Ayen dan Hasna jemput saudara-mara datang bertandang walaupun ada masalah air di kampung. Hasna gunakan pinggan mangkuk pakai buang sebagai pilihan bijak.
Ulam kacang bendi dengan kacang botol. |
Sambal colek resipi warisan arwah MIL. |
Ulam Raja. |
Ayam Masak Kicap. |
Ayam Masak Palekko'. |
Sup Ceker dengan Kundur & Kurma Merah. Dua mangkuk kita hirup kuah sup kegemaran ini! |
Sayur Umbut Kelapa Masak Lemak Cili Padi. |
Tidak lama kemudian datanglah semangkuk Sayur Umbut Kelapa Masak Lemak Cili Padi. Kemudian diiringi dengan gorengan ikan basung yang pertama.
Ikan Basung Goreng. |
Aduhai! Tak tertahan rasanya hendak ambil nasi putih, tambah sayur umbut dan ulam-ulaman serta sambal colek @ belacan. Dan paling menggoda sudah tentulah ikan basung goreng itu!
20 comments
Nasib baik dapat makan. Haha macam saya menyesal ada tidak dapat rasa sebab kenyang.
BalasPadamBiasanya masakan kampung le yang sedap. Pasti bertambah-tambah.
BalasPadamuii..sedap2nya menu.umbut kelapa tu..sedapnya..mana nak cari ni
BalasPadamKak Amie , sebagai penyuka sayuran, saya rasa nak cobaaaa semua ulam dan sambal nyaaa 😍😍😍😄. Nampak segar dan enak. Gulai umbut kelapa itu rebung yaaa? Saya juga sukaaaa masakan itu. Di sini pun rebung biasanya dimasak gulai, pedas. 🤤. Tapi di pasar dekat rumah saya jarang ada jual rebung. Susah sangat mencari itu
BalasPadamLauk kampung memang berselera makan, lagi² ada sambal belacan dan ulam. Peh.. 😋
BalasPadamSemuanya nampak sedap!
BalasPadamLama tak makan umbut kelapa Kak Amie...
SELAMAT HARI RAYA buat Kak Amie sekeluarga. Maaf Zahir & Batin dari sy :)
Dah beberapa hari makan rendang pasti lauk kampung menambah selera.
BalasPadamsedapnya mkn masakan kampung kalau hari raya kan? lari dari rendang dan ketupat
BalasPadamsayur umbut la paling feveret saya. Lagipun kalau kat pahang, lauk umbut kelapa ni memang masakan tradisi menyambut kehadiran menantu. asal ada orang kahwin je, menumbang kelapa kita...hehehe
BalasPadamkita yang tengo ni pun terliur kak, biasanya masa awal raya je kita nak makanan rendang ketupat tu dah raya ke 3 - ke 4 tu kita nk makan lauk biasa je. Dapat lauk gini memang sedapla, siap ulam dan sambal belacan tu memang terangkat
BalasPadamBestnya dapat makan masakan kampung, lagi lah umbut kelapa masak lemak cili api ngan ikan goreng, mantap sungguh hidangan dari Hasna!
BalasPadamumbut tu sedapnya, masak sup campur ikan bilis pun sedap
BalasPadamJarang orang hidang masakan kampung semasa hari raya. Tentu sedap, tambah pulak kita dah puas hadap menu raya yang biasa.
BalasPadamada ulam ulaman , memanggg sedapp
BalasPadambertambahh nasi blh jadi mkn mcm ni kan Amie
Masakan kampung sedap n menyelerakan
BalasPadamUncle ni kalau mana-mana 'rumah terbuka' (baca percuma) semuanya sedap! hehehehe
BalasPadamBalik rumah mertua hari tu pun mak mertua buat sayur umbut kelapa masak lemak, sambal asam kumbang dan ikan kembung goreng. Sedapnya makan panas2!
BalasPadamaduhaiiii umbut kelapa di tayangnya. Memang ngences looooo. Susah nak dapat umbut kelapa di jual. Kalau nak buat juga kena tebang pokok kelapa le belakang rumah. huhuhu
BalasPadamSedapnya masakan kampung ada ikan goreng dan lalapan,apalagi kalau ada sambal belacan😀
BalasPadamuiiiii semua sedappppp ada ya g x jumpa jalan balik ke rumah lepas dpt mkn umbut kelapa😁
BalasPadam