Junai : Makanan Tradisi Masyarakat Suluk di Sabah

6:56 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas solat zohor, kami berangkat menuju ke Kampung Cocos. Gee mengadakan rumah terbuka dan kami, geng kaki jalan dijemput hadir. Memandangkan kami perlu menghadiri dua lagi jemputan rumah terbuka, jadi kami pun segera menuju ke rumah Gee. Suhu panas menyengat berubah menjadi dingin apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba ketika kami sedang menjamu selera! Alhamdulillah. Mudah-mudahan hujan rahmatlah hendaknya. 

Ketika sedang menikmati juadah yang disediakan, tiba-tiba Gee tunjukkan sekeping bungkusan daun pisang. Katanya: Rasanya belum ada makanan ini dalam blogmu Mie.
Kita pun teruja hendak mengetahuinya.
Ini namanya junai, makanan tradisi orang Suluk, Gee menerangkan.
Apabila kita buka, ia seakan buras tetapi warnanya berbeza.
Sedap ni. Sudah cukup rasanya. Cubalah makan, ujar Mellisa, kakak Gee.
Kita pun cuba cicipi, dan memang rasanya sedap. Lemak-lemak secukup rasa.
Nanti kita sambung cerita tentang junai di bawah ye. Sekarang kita makan-makan dulu

Junai : Makanan Tradisi Masyarakat Suluk

Bergambar kenangan dengan Gee yang akan bersara awal pada tahun hadapan.

Bertemu lagi dengan Faridah & Masitah, rakan sekerja lama yang sudah berpindah ke tempat lain tapi bertemu di rumah terbuka raya Gee.

Gee sediakan lemang kukus, nasi dan bihun sup.



Sedap sungguh lemang makan dengan dendeng daging dan rendang ayam. Nanti hendak tutorial dengan Gee cara hendak buat lemang kukus.

Pantang kita kalau nampak aksesori sup dilengkapi dengan bawang goreng homemade. Mesti hendak menambah! Bawang goreng homemade ini rasanya sangat istimewa. Dan sudah tentu jauh bezanya dengan bawang goreng yang dijual dan ditambah dengan tepung!

Setelah hujan berhenti turun, muncullah kawan-kawan geng kaki jalan untuk beraya di rumah Gee.

Ketika kami turun tangga, mereka sampai ke tangga! Oleh kerana kami hendak sambung beraya, jadi terpaksalah kami undur diri dulu. Terima kasih Gee layan kami beraya, dan sediakan juadah yang enak-enak belaka. Tahun depan walaupun sudah bersara, jangan lupa beraya bersama lagi ye.

Junai @ Nasi Junai

Antara bahan untuk menghasilkan junai ialah beras, pes tiula itum @ sup hitam dan daun pisang. Pes Tiula Itum sudah mengandungi semua bahan perencah yang diperlukan seperti isi kelapa bakar, lengkuas, serai, kunyit, halia, serai, bawang dan sebagainya. 

Sumber : Google
Pes Tiula Itum yang digunakan untuk membuat junai.

Oleh kerana junai begitu enak, lemak dan secukup rasa, maka secara tradisinya junai hanya dimakan bersama telur rebus. Bagaimana pun junai boleh dimakan bersama lauk-pauk lain juga.

Terima kasih Gee & Mellisa dan anak buahnya kerana kongsi info tentang junai dan menerangkan dengan sabar tentang cara memasak junai. Selepas ini nampaknya Amie perlu memburu junai pula!

7 comments

  1. Bagus Gee kenalkan junai pada Puan Amie.

    BalasPadam
  2. Pertama kali juga tahu tentang kewujudan orang/suku Suluk ni.

    BalasPadam
  3. Tertarik pula sy dgn junai tu, tentu sedap juga kalau makan dengan asam pedas macam burasak.

    BalasPadam
  4. tak pernah jumpa atau kenal makann junai ni kak.... ingatkan hitam dia tu pakai daun lemuni macam nasi lemuni kat kedah tu. Sedap semua makanan yang dihidangkan tu kak oi

    BalasPadam
  5. Pertama kali kenal junai. Terima kasih, Amie, kerana berkongsi.
    Lemang kukus saya pun suka. Lembut je, dan tidak berkerak.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe