Nasi Goreng Minyak Sapi & Cengkaruk

10:31 PG

Bismillahirrahim.
Selamat berhujung minggu. Hari ini Sabtu, Firdaus menghadiri aktiviti kokurikulum. Sebelum Encik Suami tinggalkan rumah, sempat pua berpesan : Gorengkan cengkaruk!
Cengkaruk ini Encik Suami buat sendiri, dan sudah lebih dua bulan tersimpan dalam bekas kedap udara. 

Sarapan cengkaruk sahaja sudah tentu tidak mengenyangkan!
Ada lebihan nasi semalam, Amie goreng dengan minyak sapi. Semerbak aromanya memenuhi ruang dapur di pagi hari.

Nasi Goreng Minyak Sapi


Resipi Nasi Goreng Minyak Sapi
Bahan-bahan:
  • 3 cawan nasi putih sejuk
  • 2 tangkai cili hijau -hiris
  • 1/2 cawan lobak merah potong dadu
  • 1 cawan hirisan jagung manis
  • 1/2 cawan kismis (hitam & biasa)
  • garam / perasa pilihan
  • 2 sudu besar minyak sapi
Bahan Tumbuk:
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 7 tangkai cili padi
  • 1 cawan isi ikan selayang goreng 
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak sapi.
  2. Tumis bahan tumbuk sehingga terbit arima.
  3. Masukkan lobak merah, jagung manis dan kismis. Gaul rata hingga layu.
  4. Masukkan nasi putih sejuk.
  5. Masukkan hirisan cili hijau serta garam / perasa pilihan.
  6. Gaul sekali lagi. Apabila cili hijau berubah warna, padamkan api dapur.
Cengkaruk & Serondeng Kelapa

Inilah rupa cengkaruk yang sudah digoreng. Amie hidangkan bersama serondeng kelapa baki serondeng yang Amie buat untuk dimakan bersama nasi himpit dan sayur lodeh di sini: LONTONG SAYUR LODEH DI HARI LEBARAN KESEMBILAN
Biasanya keluarga Encik Suami makan cengkaruk dengan serondeng ikan. Kata Encik Suami makan dengan serondeng kelapa pun tidak kurang sedapnya!


Sementara Amie siapkan nasi goreng, Encik Suami renih kopi. Kemudian kami sama-sama bersarapan di dapur. Cuba teka, ada dua mug @ cawan besar  warna hitam dan putih berisi air kopi. Mana satu cawan Amie dan mana satu cawan Encik Suami?

18 comments

  1. Apa itu cengkaruk?
    Saya rasa, cawan Encik Suami kiri, cawan Amie, kanan. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cengkaruk tu Encik Suami buat dari lebihan nasi atau pulut yang dijemur di bawah panas matahari sehingga kering. Kalau tak mahu digunakan, simpan saja. Kalau hendak makan, goreng dan makan dengan serondeng.

      Padam
  2. Wah...cengkaruk tu apa cikgu?macam menarik tu..

    Rupa dalam pinggan tu macam nasi/ pulut kering yang digoreng pula saya tengok Kalau kat Indonesia ada dodol cengkaruk yang kat sini kita panggil wajik kesirat.
    Kat LD ada cengkaruk versi lain pulak ni.Kayanya kulineri Malaysia..syurga makanan.
    Nanti share info pasal cengkaruk tu ye cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tahu apa bahasa kita nak beri maksud cengkaruk.
      Betullah tu nasi atau pulut kering. Biasanya kalau nasi atau pulut tak habis makan akan dijemur sampai kering. Kemudian digoreng. Kalau nasi atau pulut dah ada rasa (contohnya lebihan nasi minyak yang dijemur), boleh makan begitu sahaja selepas digoreng. Keluarga Encik Suami suka makan dengan serondeng ikan. Pada hari raya memang ada rumah orang Cocos yang hidangkan cengkaruk dengan serondeng ikan. Maknanya, yang mereka hidangkan itu bukanlah lebihan nasi atau pulut melainkan nasi atau pulut dimasak khusus untuk dibuat cengkaruk.

      Padam
    2. kalau gitu nak suruh mama sy buat laa cengkaruk ni. dia selalu je jemur lebihan nasi. tapi sy x tahu apa yg dia buat dgn nasi tu lps kering.

      Padam
    3. Oh,rupanya cengkaruk a.k.a nasi kering goreng ni dimakan dengan serondeng yer..
      Kalau tempat saya ,ada juga digoreng begini tapi makan bersulam air kopi 0 saja..hihihi

      Cara lain ialah nasi kering disangai hingga garing dan ditumbuk/ blend kering dan digaul kelapa,gula dan sedikit garam.Kami panggil " sagon"
      Kalau makan jangan berbual nanti bersembur🤭

      Padam
  3. Eh..lupa nak teka cawan..Naluri saya rasa macam cawan hitam kopi cikgu dan cawan putih untuk En Majid..🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihiii... mug putih saya punya, mug hitam Encik Suami punya.

      Padam
  4. Sedapnyaa!!!. Done baca resepi sampai habis. Ok noted. Ikan selayang pengganti ikan bilis. Minyak sapi pengganti minyak. Mesti special mcm nasi bariyani sikit tp lg sedap. Sy selalu buntu klu bab nasi goreng ni.. balik2 asik nasi goreng kg. Bosan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan selayang walaupun kecil tapi keenakan rasanya mengalahkan ikan saiz besar yang tawar isinya.

      Padam
  5. wak rasa cawan cuckoo hitam tu utk sowmi., kann ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Wak!
      Alaaa... jauhnya nak hulur duit raya hihihiii.

      Padam
  6. Cengkaruk tu, macam inang-inang jer, Kak Amie. Sekali baca, terbayang cengkerik pula, hihi. Sy di rumah pun kdg ada mug hitam dan putih, mug hitam biasanya pilihan sy. Sy rasa, Kak Amie guna mug putih la kot.

    BalasPadam
  7. oh cengkaruk namanya ye kak... kira mcm inang-inang atau kerak nasi goreng la ye, emak dana suka jemur kerak nasi lepas tu goreng jadilah macam cengkaruk tu tapi saiz besar, kita cicah sambal kicap... sedap kak oi

    BalasPadam
  8. Owh.. macam inang-inang.. Nak cuba buat jugalah.. Macam best..

    BalasPadam
  9. minyak sapi teraroma harum kak amie...dicampur dengan nasi dan digoreng ugh sedap nian...mbul pun sedang eksperimen nasi goreng tapi bukan cengjarung...mbul pakekan pete daun mengkudu dan sisa sambal tomat

    BalasPadam
  10. Menarik plak baca pasal cengkaruk tu...SA x pernah lagi masak nasi goreng guna minyak sapi..boleh cuba nanti ni...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe