Cari Makan di Secret Recipe
7:54 PTGBismillahirrahanirrahim.
Hari Isnin, selepas menghadiri mesyuarat tiba-tiba rasa sakit kepala yang teramat sangat. Suhu pada hari tersebut mencecah sehingga 35'C. Amie ajak Encik Suami cari makan di Secret Recipe. Bolehlah bersejuk-sejuk di situ. Kalau balik ke rumah, memang kita akan terus terbongkanglah di ruang berhawa dingin. Nak ke dapur untuk masak memang tidaklah!
Bengang kami dibuatnya apabila membuat pesanan, asyik tidak ada sahaja makanannya! Banyak sangatlah yang tidak ada, termasuk minuman! Jus buah semua tidak ada! Encik Suami tanya pelayan SR : Kalau semua makanan yang kami order tak ada, kami nak makan apa? Berkali-kali pelayan SR minta maaf, sambil menunjukkan beberapa jenis makanan yang boleh dipesan. Sakit hati jugalah seperti diperbodohkan saja dengan hanya melihat katalog tapi kebanyakannya hanya tayangan gambar sahaja! Terpaksa tahan sabar. Hendak keluar mencari tempat makan lain, memakan masalah pula sebab perut pun sudah berkeroncong.
Sumber : Secret Recipe |
Akhirnya ini sahajalah yang kami pesan. |
Encik Suami : Hot Honey Lemon |
Amie : Iced Plum Lime |
Fried Wonton |
Penang Assam Laksa |
Kita memang suka makan Penang Assam Laksa di SR sebab kuahnya sedap. |
Encik Suami : Nasi Goreng Ayam Rangup |
Tak seronok kan kalau masuk kedai makan atau restoran yang menawarkan pelbagai menu tapi apabila kita hendak membuat pesanan, hanya beberapa jenis sahaja yang ada dan bukan pilihan kita! Apabila perkara begini berulang-ulang kita hadap, lama-lama memang timbul rasa geram pula!
14 comments
Teringat film "Senario Lagi" masa depa nak order makanan tu kemain staf dia bgtau bermacam menu..bila nak order semua HABIS🤣
BalasPadamBaru baca pengalaman sama dialami oleh SA tapi di Mitsui Sepang. Kalau saya pun boleh hilang sabar kalau semua makanan yang kita nak tapi takde sudahnya kena pilih makanan yang tak berkenan di hati tapi terpaksa pilih jugak sebab dah duduk.
BalasPadamadoii kalu sy pun hilangg mood nk mkn bila order semua xda ni.
BalasPadambiasa sr pilihn ciknur kek karot dia memngg sedapp pd tekak he hzz
Memang boleh mendatangkan marah, Kak Amie!!
BalasPadamHehehe saya pun begitu .masuk tempat makan dan pesan menu ternyata tak ada..di tawarkan menu lain yg ga selera 🤭
BalasPadamKena pegi kedai mamaklah
BalasPadamNak apa semua ada
Ler.. jus buah pun takde. Niaga apa macam ni? Itu ayat suami saya, bila pergi kedai makan, semua benda tak de. Sabor je la.
BalasPadamStyle macam satu lagi kedai fofular jugak ni, menu penuh katalog tapi bila order takdelah pulak huhu...mungkin strategi nak habiskan jualan menu yg kurang popular?
BalasPadamDah la lapar nk order semua x ada pulak.. i feel u kak... nasib baik ada asam laksa.. sedap kan? sy br pernah try asam laksa SR mmg puas hati
BalasPadamBetul tu kak...itulah yang berlaku pada SA masa ke Mitsui Premium Outlet KLIA bulan lepas...
BalasPadamKak SA pun kena mcm ni baru2 ni...tension je kan.
BalasPadamKalau saya pun geram. Kot satu dua yang tak ada tu boleh terima. Tapi kalau banyak yang tak ada dari ada, baik tak payah bagi buku menu. Bagitau je makanan sekian2 saja yang ada.
BalasPadamKalau ke SR biasanya pun kami pesan Penang Assam Laksa. Kira tu antara makanan yang kami boleh makan di SR.
Kalau sy siap sound..
BalasPadam"Kalau semua tak de.. nt lama2 org tak dtg tau.".
Hihi..
baru ptg td sy minum ice plum tu. kali ni x berapa manis tp masam tu mmg kaw... rs lega betul tekak ni time panas kena air sejuk masam hehehe
BalasPadam