Pucuk & Bunga Betik Tumis Pedas Tanpa Celur

3:38 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu. Semoga sentiasa tenang dan bersabar menghadapi cuaca panas sepanjang hari ini. Hari ini suhu di LD mencecah 34'C. Kelmarin bekalan air terputus disebabkan kerja-kerja penyelenggaran dari pagi sehingga ke petang. Namun begitu sehingga waktu ini, air masih kotor! Syukurlah Encik Suami simpan beberapa baldi dan penuhkan beberapa besen besar sebelum bekalan air terputus. Bolehlah digunakan untuk bersihkan diri, mencuci pakaian dan memasak.

Tengah hari tadi kita masak ringkas sahaja. Kena jimatkan air untuk cuci periuk kuali dan pinggan mangkuk!

Kelmarin, kawan Encik Suami berikan pucuk betik dan bunga betik. Entah berapa kali Encik Suami beritahu, kawannya kata kalau masak pucuk dan bunga petik, tak perlu celur. Terus tumis begitu sahaja. Bagaimanapun Amie tak pernah endahkan kata-kata tersebut. Amie masak seperti biasa, celur terlebih dahulu bunga dan pucuk betik sebelum ditumis atau dimasak lodeh.

Pagi tadi, melihat Amie membersihkan pucuk dan bunga betik, sekali lagi Encik Suami berkata: Kawan kata kalau masak pucuk dan bunga betik, tak perlu celur, Terus tumis begitu sahaja!

Entahlah! Setahu Amie ahli keluarganya mesti celur dahulu pucuk dan bunga betik sebelum ditumis!

Pucuk & Bunga Betik Tumis Pedas Tanpa Celur

Untuk memenuhi hasrat Encik Suami Amie pun ikut sahajalah saranannya yang entah berapa kali tidak pernah kita pedulikan itu! Amie pisahkan daun betik yang muda daripada tangkai dan bunganya. Daun tadi Amie hiris nipis dan kemudian bubuh dua sudu besar garam. Seterusnya Amie ramas sehingga keluar air dan cuci dengan air bersih. Amie perah airnya sehingga kering. Manakala tangkai dan pucuk betik yang masih muda Amie potong-potong. Amie campurkan dengan bunganya. Sewaktu menumis pucuk dan bunga betik tadi, Amie tambahkan satu cawan air dan biarkan sehingga pucuk betik menjadi empuk. 

Setelah dihidangkan dan makan dengan nasi dan ikan goreng, barulah rasa kenapalah selama ini tak dengar cakap Encik Suami? Buang masa celur pucuk dan bunga betik! Rasanya lebih sedap berbanding dicelur terlebih dahulu. Walaupun masih ada rasa pahit, tapi tetap ada rasa lazat yang tersendiri. Bukankah pahit itu ubat?

Kalau boleh kita hendak ratah Pucuk & Bunga Betik Tumis Pedas Tanpa Celur sampai habis, tapi seganlah pula dengan Encik Suami...ahaks! Takut dia kembalikan paku buah keras sebab selama ini kita degil tak dengar cakapnya.

Pucuk & Bunga Betik Tumis Pedas Tanpa Celur

Resipi Pucuk & Bunga Betik Tumis Pedas Tanpa Celur
Bahan-bahan:
  • 2 pucuk betik muda - asingkan daun, tangkai dan bunga
  • 1/2 cawan udang kering - rendan hingga lembut - tumbuk kasar
  • 4 sudu besar minyak
  • 1 cawan air
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan hiris:
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 tangkai cili merah
  • 20 tangkai cili padi
Cara memasak:
  1. Hiris nipis daun betik muda - tambahkan 2 sudu besar garam - ramas hingga keluar air - cuci bersih - perah hingga kering
  2. Potong tangkai daun betik muda - siat kulitnya - campurkan bunga betik
  3. Panaskan minyak.
  4. Tumis bahan hiris sehingga layu dan terbit aroma.
  5. Masukkan tangkai dan bunga betik.
  6. Gaul rata. Tuangkan air dan biarkan masak sehingga empuk.
  7. Kemudian masukkan daun betik.
  8. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
  9. Gaul rata dan padamkan api dapur.
  10. Sedia untuk dihidangkan.

9 comments

  1. Itu batang dan bunga pepayakah?...emm..berarti bisa langsung di tumis ya kak..saya suka tumis daun dan bunga pepaya,tapi belum pernah coba batangnya.sedikit pahit tapi bikin selera makan😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan batang papaya. Itu tangkainya, dari pucuk yang ada daun muda.

      Padam
  2. tq kak amie.. saya tak penah lagi makan Pucuk & Bunga Betik bukan pucuk betikpahit ke.. maaf kalau salah hihi.. tapi bagus utk kesihatan kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi yang tidak biasa makan, sudah tentu rasa pahit. Bagi kami, memang sedaplah. Dengan alasan pahit itu ubat hihihii

      Padam
  3. Macamana agaknya rasa sayur pucuk bunga betik ni. Belum ada rezeki lagi mencubanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seperti juga peria, ada rasa sedikit pahit. Yang sudah biasa makan, tidak terasa pahitnya sudah.

      Padam
  4. Biasanya kalau buat kerabu, mak saya suka letak pucuk betik dan bunganya. Sedap pedas² pahit² sikit. Tumis camtu tak pernah buat lagi. Mungkin boleh dicuba lain kali.

    BalasPadam
  5. Itulah, degil jugak Kak Amie ni ya, ahaks!

    BalasPadam
  6. Bagai terasa2 pahitnya bunga betik tu kat SA kak amie...mmg patut kena celur dulu kan...bagi kurang pahitnya

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe